25.11.09

Hakim Mahkamah Tinggi Kurang Cerdik ?

Bermula dari episod Negeri Perak hinggalah ke Negeri Kedah menampakkan keputusan Mahkamah Tinggi berterusan dipertikaikan. Semalam sekali lagi Mahkamah Rayuan menolak keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berikutan keputusan tidak membenarkan rayuan penangguhan SPR kepada Pilihan Raya Kecil Kota Siputeh.
Kriteria sebagaimanakah yang diperlukan untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Adakah Setakat lulus darjah enam sahaja. Sehinggakan segala keputusan yang berunsurkan politik meyebelahi keputusan hakim Mahkamah Rayuan. Adakah Hakim Mahkamah Rayuan lebih cerdik ataupun lebih berkelulusan tinggi?. Tidak dapat dinafikan kebelakangan ini Mahkamah Rayuan menjadi kuasa penentu terhadap segala keputusan bermotifkan politik. Siapakah yang menentukan hakim bagi mendengar kes dalam Mahkamah Rayuan. Siapakah orang itu ?. Adakah individu ini berkepentingan ?. Agaknya berapakah habuan yang diperolehi bagi setiap penangguhan yang dibuat. Makan angin lagilah nampaknya para hakim ni.

19.11.09

TGNA-UMNO-Sampai Matipun Tak Akan Dapat

Gambar Harakahdaily
Setelah menitis air mata dihina dan dikhianati serta difitnah akhirnya dek kerana takut akan menerima kekalahan yang memalukan dan penolakkan total dalam pilihanraya yang akan datang dengan rendah diri (muka tak malu) Nazri Aziz mengunjungi TGNA Aziz bagi menjelaskan keadaan dimana kertas siasatan pelakuan rasuah yang dibuka oleh SPRM adalah berdasarkan laporan akhbar dan bukan kerana laporan individu.
Beliau mengatakan bahawa perkara rasuah tersebut telah selesai apabila TGNA membatalkan pemergian ke Makkah dan tidak berlaku perlakuan rasuah kerana penerimaan tajaan tidak diterima oleh TGNA.
Mudahnya lidah berkata-kata. Manisnya mulut mencurah cuka. Setelah terguris hati dan mengalir air mata sehinggakan meledakkan suasana amarah yang amat sangat dikalangan penyokong dan rakyat akibat dari perbuatan UMNO terutamanya UMNO Kelantan sendiri dengan tuduhan TGNA menerima rasuah dan dengan beberapa orang yang melakukan himpunan haram di Kelantan dengan menuduh TGNA makan rasuah tetapi dengan mudah Nazri Aziz mengatakan perkara ini telah selesai?. Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Kelantan yang memandang tinggi TGNA pasti tidak akan lupa kejadian ini. Hal ini akan terus diingati dimana Quraisy Malaysia yaitu UMNO yang mendalangi hal ini akan terus dihukum. Ia akan tetap diungkit dalam setiap perbualan dan perbalahan tentang rosaknya akhlak UMNO. Pada pilihanraya kecil yang mungkin berlaku dengan izin Allah tidak berapa lagi, hal ini akan terus menjadi isu. Isunya adalah dimana UMNO Quraisy Malaysia menghalang seorang Tok Guru mengerjakan haji. Ketepikan dahulu status MB. Ketepikan dahulu Status Ketua Negeri. Rakyat tidak melihat isu rasuah dalam kes ini tetapi rakyat melihat bagaimana seorang Islam dihalang dari menunaikan haji oleh seorang Islam yang lain. Yang membezakannya hanyalah amalan Islamnya sahaja. Yang membezakan UMNO dan PAS adalah hal yang begini. Quraisy Malaysia=UMNO.
Cukuplah dengan segala penipuan dan kini penafian pula dilakukan. Bukankah UMNO terlibat secara terus dalam hal ini. Bukankah individunya adalah orang UMNO sendiri.

17.11.09

Derma Ikhlas Untuk Tok Guru RM2.00

Terasa sayu apabila melihat gambar TGNA mengesat airmata selepas kuliah ugama beliau. Terasa sangat pihak yang membuat fitnah dan khianat kepada TGNA berasa puas hati kerana dapat menyentuh hati TGNA dek kerana perbuatan mereka yang berjaya menghalang niat TGNA itu. Tidakkah mereka ini berfikir bahawa niat yang baik seandainya ditahan akan dibalas dosa kepada mereka itu.
Kutipan sumbangan oleh MSK untuk TGNA sebanyak RM2.00 akan membuka mata banyak pihak bahawa niat yang ikhlas dari jutaan rakyat boleh membawa banyak perkara. Sumbangan dari rakyat yang marhaen untuk TGNA bukanlah seperti tokeh-tokeh yang merasuah menteri-menteri atau pegawai kerajaan bagi mendapatkan projek yang hanya untuk kepentingan diri sendiri. InsyaAllah dengan usaha ini biar kita lihat UMNO dan SPRM yang benak hati itu melihat kuasa rakyat yang ada.

9.11.09

Orang Muda Menolak PAS-Ulasan

Apabila luahan pandangan saya disiarkan dalam Al-Banjari online mendapat ulasan daripada segelintir pembaca yang tidak memahami maksud sebenarnya tentang kekuatan beragama dengan bersandarkan pemilihan parti politik sebagai benteng kemaksiatan maka disini saya ingin memberi ulasan tentang keadaan sebenarnya.
Kita dilahirkan sebagai orang Islam dalam keadaan yang suci lagi bersih. Dari bayi kita diasuh untuk menjadi seorang Islam dengan sehingga dewasa kita tetap berpegang dengan prinsip Islam. Kita mencari guru untuk belajar agama. Dan guru kita menjelaskan bab halal dan haram. Selebihnya dengan bercampur dan bergaul dengan rakan-rakan kita akan mempelajari dengan secara semulajadi akan pengenalan dosa dan pahala. Bukankah ibu-bapa kita pernah menegur bahawa yang itu tak boleh yang ini boleh. Dalam pergaulan seharian kalau kita bercampur dengan rakan-rakan yang baik maka kita akan ditegur dengan penuh berhemah sekiranya perbuatan kita itu menyalahi bab agama. Kalau kita bercampur dengan anak hantu maka segalanya bolehlah.
Kita ambil pendekatan mudah mengapa sekarang ini orang muda mula menolak PAS. Kita ambil bab yang pertama yaitu Hiburan. Mahukah yang kaki disko yang meminum arak yang kaki perempuan menerima PAS. Sedangkan PAS parti Islam yang menekankan bab dosa pahala dalam kehidupan. Mahukah PAS menggadaikan prinsip ini hanya kerana mahu menerima sokongan orang muda. Maka bab pegangan agamalah yang menjadi isunya sekarang. Buanglah sikap tidak menghiraukan tentang dosa dan pahala ini maka kesedaran akan timbul bahawa dengan berbaiah kepada parti PAS maka akan timbul rasa malu kepada diri sendiri untuk melakukan perkara tersebut.
Bab kemajuan. Dalam kita untuk memajukan diri sendiri dengan bekerja dan mencari pendapatan untuk keluarga, darimanakah hasilnya. Adakah dengan melakukan bermacam perkara asalkan memperolehi pendapatan tanpa mengira sumbernya akan menyenangkan kita. Banyak yang diperhatikan tidak memperolehi apa-apapun. Hatta yang Melayu Islamnya pun sanggup menjadi ejen menjual nombor ekor. Kesudahannya papa kedana juga ditimpa berbagai masalah. Ada yang sanggup meninggalkan parti PAS kerana ingin mendapat projek dalam UMNO kesudahannya dipinggirkan. Yang ada dalam UMNO sendiripun kehidupannya susah.Yang senangnya adalah ketua bahagian dan konconya yang sanggup menipu ahli bawahan. Projek yang diperolehi hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Jangan katakan tuduhan ini keterlaluan. Tanyalah dahulu ditempat anda yang banyaknya ahli UMNO pasti akan diperolehi jawapannya. Adakah ini tidak berkaitan dengan kekuatan pegangan beragama juga. Mahukah orang seperti ini menyokong PAS. Sudah tentu tidak.Tiada keikhlasan. Maka tiada keberkatan.
Orang muda yang kurang berpelajaran. Golongan ini semangnya mudah diperkudakan.Kita perhatikan sendiri dikampung-kampung yang agak pendalaman. Terdapatnya segelintir pihak yang menawarkan habuan dalam gerak kerja pilihanraya. Mereka ini memilih untuk menyokong parti lawan kerana apa. Bukankah kerana wang. Mereka ini tidak kisah apa-apapun asalkan diperolehi wang. Adakah mereka ini berfikir bahawa yang disokong itu parti yang tidak mementingkan kehidupan beragama. Kenapa saya berkata begitu, rasanya semua sudah maklum tentang Parti Umno. Dari bab undang-undang sehinggalah kehidupan beragama segalanya diperlekehkan. Rasanya kalau golongan muda ini yang berpelajaran rendah tetapi mempunyai kesedaran agama yang tinggi pasti akan ditolaknya parti Umno ini. Bukankah kekuatan pegangan ugama juga isunya disini.
Golongan muda merasakan parti PAS tidak boleh menjamin masa hadapan. Mereka merasakan bolehkah Pas memerintah negara dan mentadbir segala urusan dengan baik. Meraka merasakan golongan Pas ini hanya boleh bercakap bab agama dan tidak mahir dalam pentadbiran. Dikatakan hanya TGNA sahaja yang berkebolehan dan mendapat rating yang tinggi dalam kajian pendapat yang dilakukan. Mengapa ini berlaku. Bukankah sifat TGNA sendiri yang tinggi ilmu agamanya dan berpaksikan pegangan agama Islam yang menyeluruh juga yang membolehkan Kelantan ditadbir sehingga kini. Kelantan semakin maju. Kemajuan yang diperolehi bukannya datang setahun dua. Namun selama 19 tahun Pas memerintah negeri dengan acuan agama jugalah yang menjadikannya begitu. Biarlah dikatakan mundur dari bab ekonomi (realitinya dinafikan memperolehi pendapatan oleh kerajaan pusat) Kelantan terus berkembang maju.
Aktiviti yang dilakukan untuk orang muda tidak mendapat sokongan kerana tidak memenuhi citarasa orang muda. Tarbiah yang dilakukan oleh Ikwanul Muslimin diterajui oleh As Syahid Hassan Al Banna tidak mengenal tempat. Hatta ditempat permainan bola juga tidak dilepaskan. Tetapi cara penyampaiannya haruslah bertepatan dengan kehendak orang muda itu.Memberi penerangan secara menyeluruh dan secara terbuka tentang konsep dosa dan pahala ini. Menerangkan segalanya tentang halal dan haram. Sehingga timbul kesedaran bahawa sebagai seorang Islam seharusnya percaya akan pembalasan akhirat. Kebaikan dengan bertakwa akan memperolehi syurga dan kufur kepada Allah akan beroleh neraka.
Dan dengan kekuatan pegangan ugama jugalah akan lahirnya ahli PAS yang komited dengan perjuangan dan golongan muda yang akan menyokong PAS bukanlah kerana kekayaan dan kemajuan diri sahaja tetapi kerana untuk Kemajuan Islam itu sendiri. Nafikanlah bahawa Islam itu agama yang salah dan menyokong parti PAS itu parti yang terpesong dari ajaran agama. Dan janganlah kerana kejahilan diri kita menafsirkan segala ajaran dan ajakan Ulamak dalam PAS dengan secara salah tanpa melihat kepada seruannya yang mengajak kearah kebaikan dan meninggalkan segala yang terlarang didalam Islam. Tanpa pegangan ugama yang kuat jugalah akan menjatuhkan iman seseorang itu. Jadi dimanakah salahnya PAS sehingga golongan muda mula menolaknya.
Kerajaan yang akan dibentuk adalah berpaksikan kepada keadilan. Tanpa keadilan yang disyorkan Islam maka akan berlakulah kepincangan sehingga menyusahkan rakyat. Maka jadilah seperti sekarang ini. Dan Pas sebagai tunjang PR yang mempunyai ahli yang takutkan Allah dan yang berpegang teguh dengan ajaran Allah akan mentadbir secara saksama untuk kebaikan rakyat dan amanah yang dipegang adalah untuk kebajikan rakyat juga.

28.10.09

Awat hang ingat rakyat bodoh ka Zahid Hamba Abdi ooi.

Anak ###** Zahid Hamba Abdi ni tak habis-habis nak perbodohkan rakyat. Masa kat Permatang Pasir aritu dah kena maki tapi tak serik-serik lagi la barua mangkuk hayun ni.Awat dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh ka apa ka. Kalau orang Umno tu boleh jadi la. Bodoh piang dok makan kedarah macam-macam yang disogokkan. Kalau dia nak tipu orang umno yang tua nak mampus yang gigit tokua pun tak putus boleh la. Orang Umno yang macam tu yang jenih tak sedar diri. Ni orang yang belajaq sekolah. Yang dok guna Internet. Derhaka kat sultan yang macam mana.
Mana ada undang-undang bagitau kata boleh angkat speaker keluar dari dewan. Mana ada undang-undang kata polis boleh bawa senjata api masuk kedalam dewan. Mana ada undang-undang kata polis boleh menghalang ADUN masuk kedalam dewan. ****### punya Zahid Hamba Abdi.Kalau hang nak bodek sultan pun biaq la bertempat. Sultan Perak tu tak pandang la barua haram jadah jenis lidah bercabang macam biawak ni. Lebih baik Sultan layan benda lain.
Derhaka kepala bapak hang la zahid hamba abdi ooi. Baca kenyataan anak ##*** ni kat sini.

Kecoh DUN Perak 28 Oktober kerana polis sial

Celakalah pihak polis yang menyalahgunakan kuasa. Kejadian kecoh Dun Perak yang disebabkan pihak polis yang haramjadah amat menyakitkan hati dan menaikkan darah. Tercabarlah minda orang muda dengan perangai polis yang hanya tahu mentedarah barang yang haram. Celakalah kamu polis yang menyalahgunakan kuasa dengan menurut perintah yang tidak munasabah menyebelahi pihak kerajaan yang haram dan zalim dan akan terlaknatlah kamu didunia dan akhirat. Amin.

27.10.09

Aloo! Syed Ali AlHabshee mana nak letak muka?

Ulasan TGNA tentang tuduhan Syed Al AlHabshee bahawa TGNA adalah ulamak akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam memakan diri malah membuka pekung didada tentang gelaran Syed yang dipakai oleh beliau. Sedarkah beliau selama ini bahawa keturunan beliau adalah penentang Nabi Muhammad yang paling wahid. Sehinggalah sekarang beliau meneruskan tradisi datuk nenek moyang beliau menentang Nabi Muhammad. Dengan melibatkan diri dalam Umno beliau meneruskan tradisi turun temurun tersebut.Umno yang kita ketahui berfahaman sekular dengan beranggapan bahawa ugama dan politik harus dipisahkan berterusan menolak hukum Islam dengan mencampur adukkan undang-undang sekular sebagai panduan.
Ulasan TGNA sememangnya tepat untuk menyanggah tuduhan Syed Ali AlHabshee yang berlagak terlebih ulamak dari ulamak Umno sendiri.
SYED ALI PERLU FAHAM SEJARAH ISLAM

26.10.09

Hidung tak mancung Muka sembam-Muhyiddin Yassin

Mangkak yang sekoq ni tak habis la nak pelaga Pas supaya bergaduh. Orang Pas dah tak kelapaq sangat nak berbincang dengan Parti Umno ni. Tapi ada hati juga la dok bagi kenyataan Umno masih terbuka nak berbincang. Nampak sangat taktik untuk memecah belahkan Pas masih berjalan. Ditambah dengan pihak yang suka sangat nak berbaik dengan Umno menyambut usaha jahat Umno ni.
Sedarlah diri anda sudah dipermainkan sehinggakan berantakan Pas kerana anda. Akhbar yang menjadi alat propaganda melaporkan dengan begitu eksklusifnya berita tentang Muktamar Khas Pas sehinggakan menjadi tajuk muka hadapan. Sejak bila pula PAS dihati mereka. Klik untuk membaca kalau sudi la berita dari akhbar haram jadah ni.

25.10.09

Syed Ali Al Habshee takut PAS berpecah?

Kenyataan Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua Umno Cheras melihat pergolakan dalam PAD itu bertitik tolak daripada sikap dan corak politik Nik Aziz. "Seorang ulama atau tok guru yang benar-benar berjuang atas landasan Islam tidak akan redha melihat perpecahan berlaku di kalangan umat Islam," kata beliau yang turut terkejut dengan langkah Nik Aziz, dalam blog Umno Cheras hari ini. "Tok guru tulen adalah mereka yang memikul amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan umat Islam keseluruhannya melebihi kepentingan peribadi dan tidak pula sengaja memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam," tegasnya.
Sejak bila la dia ni ambik berat tentang Pas. Kalau takut UG tak jadipun apa la yang dia ni nak kisah. Takkan ada apa pa yang nak rugi. Melainkan sebab ada masuk syer dengan sapa-sapa kot.Kalau nak jaga hubungan sesama Islam apamacam kalau puak Umno terima hukum Islam dulu. Lepas tu baru sembang bab persaudaraan sesama Islam.Orang Islam kat Kelantan dah lama dok tunggu sikap mesra Umno. Bila lagi nak berbaik dengan kerajaan Kelantan?.
Berita lanjut disini

kEJUT SIKIT SEBAB NAK BAGI INGATAN

Saya tertarik dengan tulisan al bakistani tentang telahan Tok Guru Nik Aziz mengenai keadaan politik PAS masakini. Saya bersependapat bahawasanya jangan diingat hanya pimpinan sahaja yang berkuasa dalam jamaah. Pendapat dan kata ahli kebanyakkan juga harus diambil kira. Berikut adalah pendapat Al-Bakistani yang boleh diambil kira:
MENAFSIR TINDAKAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempunyai pendidikan dari beberapa tokoh ulama dari India. Sejak di kelantan, bapa tuan Guru, iaitu Tuan Guru Haji Nik Mat Alim sendiri berguru dengan Tok Khurasan, seorang ulama yang menetap di kelantan, tetapi berasal dari India.
Semasa kecil lagi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dibawa oleh bapanya untuk mendalami ilmu hadis dan tafsir dengan Tok Khurasan. Kemudiannya mendalami ilmu mantiq dengan Tuan guru Haji Abbas, seorang tokoh Ulama yang tinggal di besut; yang mendapat pendidikan dari Negara India juga.
Jamiah Darul Ulum Dioband, New Delhi, India merupakan tempat jelajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mendalami ilmu setelah menuntut dengan sebilangan ulama-ulama di Tanah melayu.
Apa yang perlu difikirkan, keberadaan ulama India tidak sama seperti ulama-ulama dari Negara arab. Cara mereka berfikir agak unik, jika mahu dibandingkan dengan ulama Madinah dan makkah, juga ulama dari Negara mesir.
Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana Maulana Ilyas boleh mencetuskan satu pertubuhan yang disebut sebagai Jemaah tabligh dikala negara India mendapat tekanan politik dari penjajah. Ketika itu, serangan dari penjajah terhadap umat Islam di India amat menekan, menyebabkan Maulana Ilyas meletakkan usaha dakwah itu sekadar kemampuan yang ada. Jika mahu masuk dunia politik, sudah pasti akan menimpa mudharat yang lebih besar, makanya Maulana Ilyas mengambil sikap menyeru manusia kepada islam dalam perkara yang tidak mendapat serangan dari penjajah, iaitu dengan menyeru manusia memahami islam menerusi solat berjemaah, juga diwujudkan juga majlis-majlis ta’lim.
Dilihat dari sudut positif, tindakan Maulana Ilyas itu mengandungi seribu-satu kebijaksanaan dalam menyeru manusia kepada Islam. cumanya, puak-puak tabligh yang wujud pada hari ini, tidak memahami tujuan dan maqasid yang telah dilakukan oleh maulana Ilyas tersebut.
Mungkin itu salah satu tokoh ulama dari Negara India. Tetapi, jika kita perhatikan, tindakan ini bukan sekadar dilakukan oleh Maulana Ilyas sahaja, malahan dilakukan juga oleh sebilangan besar ulama-ulama dari negara india yang lain.
Dilihat dari sudut ini, sudah pasti tindakan mereka mengandungi seribu satu rahsia, yang mungkin kurang difahami dengan pandangan mata kasar, tetapi akan difahami apabila didalami dan diselami.
PAS DAN TOK GURU
PAS sudah amat sinonim dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Apabila menyebut PAS, kelihatan wajah Tuan Guru. Menyebut nama Tuan guru, kelihatan pula lambang bulan, atau lambang ’bola pimpong’ yang sering disebut oleh pengundi cina dan india, yang merujuk kepada PAS.
Tuan Guru sering menyebut, PAS sekadar wadah, bukan matlamat. Tujuan asal dalam perjuangan PAS adalah islam. Bahkan, banyak kali juga Tuan Guru menyebut bahawa pendokong PAS perlu menjadi pejuang islam, bukan pejuang PAS.
Atas asas ini, menyebabkan Tuan Guru berjaya menjaga pemerintahan islam di kelantan semenjak 1990 sehingga hari ini. kejayaan ini amat susah kelihatan dalam sejarah PAS sejak ditubuhkan lagi.
PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, amat unik jika mahu dibandingkan dengan tokoh-tokoh kepimpinan PAS yang lain. ucapan beliau mengandungi seribu satu maksud, yang kadangkala susah untuk difahami jika difikirkan sekali imbas sahaja. Tetapi, jika didalami dan diselami, kita akan dapat lihat dan memahami pemikiran beliau, bahawa pemikirannya itu saling tidak tumpah dengan cara berfikirnya ulama-ulama dari negara india. Mungkin kerana faktor tempat pengajian beliau memberi banyak kesan kepada cara beliau berpolitik.
PAS DAN KELANTAN
PAS pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menguasai kelantan sejak 1990 sehingga pada hari ini. membaca sejarah, didapati Tuan Guru adalah tokoh penting dalam usaha menggabungkan antara PAS dengan parti-parti melayu ketika itu – termasuk semangat 46 – atas nama APU (angkatan perpaduan Ummah)
Dari sejarah itu, dapat dilihat bahawa kejayaan PAS merampas Kelantan dari taghut UMNO, adalah berasaskan faktor penyatuan PAS dengan parti-parti pembangkang yang lain dalam melawan UMNO. Tanpa penyatuan dengan parti-parti yang lain, agak mustahil PAS berjaya mengalahkan UMNO dalam pilihanraya.
Tidak ada dalam sejarah, PAS berjaya menguasai negeri dengan sebab kekuatan PAS sendiri. Selalunya, kejayaan PAS menguasai negeri, semuanya disebabkan kelemahan musuh – iaitu UMNO – dikala mereka berperang sesama sendiri.
Kejayaan PAS menguasai Terengganu, bersebabkan perbalahan UMNO semasa mereka dalam kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan perdana Menteri, disamping PAS ketika itu bersama PKR dan DAP menubuhkan Barisan Alternatif (BA) dalam melawan UMNO – laknatullah alaihim ajmain.
Pun begitu, apabila wujud persengketaan antara PAS dengan parti-parti Barisan Alternatif, menyebabkan lahirnya kekurangan kerusi PAS yang agak teruk di Kelantan, tetapi kekalahan maha buruk di Negeri terengganu pada tahun 2004.
Secara teorinya, asas kemenangan PAS adalah kebersamaan PAS dengan parti-parti yang lain. tanpa kebersamaan ini, sudah pasti PAS tidak akan mencapai kemenangan, malahan tidak mustahil PAS boleh jatuh dari pemerintahannya pada bila-bila masa sahaja berlaku pilihanraya.
PAKATAN RAKYAT
Pakatan rakyat telah terbina; membariskan PAS, PKR dan DAP. Kekuatan PAS merupakan kekuatan bagi PKR dan DAP, begitujuga PKR dan DAP merupakan kekuatan bagi PAS.
Dengan wujudnya kebersamaan antara PAS, PKR dan DAP dalam menghadapi sesuatu pilihanraya kecil, pasti kerusi Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan. Tetapi, kekalahan parti Pakatan Rakyat berlaku, apabila tidak wujud kebersamaan antara parti-parti; PAS, PKR dan DAP
DUN Bagan Pinang menjadi bukti yang amat kukuh. Begitujuga, DUN manik urai. Ketidak-kebersamaan itu, menyebabkan PAS kalah teruk di Bagan Pinang, juga kemerosotan undi yang agak teruk dalam pilihanraya DUN Manik Urai.
Justeru, kebersamaan antara PAS, PKR dan DAP perlu diperkukuhkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kebersamaan kita menang, pertembungan kita kecundang.
DURI DALAM DAGING
Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan, demi mahu melahirkan kekuatan. Tanpa kekuatan, mana-mana parti pun dalam pakatan Rakyat akan gugur menyembah bumi. Tidak kira, ia bernama PAS, ataupun PKR, juga DAP.
Justeru, sebarang tindakan dari mana-mana parti yang boleh melahirkan permasalahan sesama parti, atau pertembungan sesama parti, wajib dihindarkan. Jika berlaku juga, penyelesaian dengan kadar segera perlu diusahakan.
Isu kerajaan Perpaduan dan ’gabungan PAS-UMNO’ benar-benar memperlihatkan kekalutan, juga melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP. Di kala ia disebar-luas, ketika itu pertembungan demi pertembungan sering terjadi.
Isu Kerajaan perpaduan dan ’gabungan PAS-UMNO’, bukan sekadar melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP, bahkan wujud juga pertembungan sesama dalaman PAS. apabila ini terjadi, sudah pasti akan melahirkan kelemahan pada Pakatan Rakyat itu sendiri.
Kelemahan Pakatan Rakyat merupakan kelemahan PAS juga. Begitujuga, kelemahan yang akan menimpa pada PKR dan DAP dalam mengadapi UMNO/BN yang maha jahat lagi sial sesial-sialnya.
Makanya, pertembungan ini wajib diselesaikan. Penyelesaian yang paling baik adalah, hapuskan terus pemikiran kerajaan perpaduan ini, juga usaha-usaha ’gabungan UMNO-PAS’. sengaja mewujudkan juga dua isu ini, bermakna berusaha hendak melemahkan Pakatan rakyat, seterusnya memberi kekuatan kepada UMNO/BN yang sedang melakukan penyatuan ahlinya. Apabila UMNO/BN sudah bersatu kembali, maka tunggulah jangka kalah yang akan menimpa Pakatan Rakyat.
POLITIK TOK GURU
Dilihat, isu Kerajaan perpaduan dan ’gabungan PAS-UMNO’ datang dari PAS, sudah pasti Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat tertekan dengan keadaan yang menimpa. Apabila ini disedari oleh Tuan Guru, sudah pasti Tok Guru akan bertindak sebijaksana yang mungkin dalam menghindarkan perkara ini.
Sudah berkali-kali Tuan Guru Nik Abdul Aziz berpesan, tutup sahaja isu kerajaan perpaduan, juga jangan wujud lagi sebarang tindakan yang melahirkan usaha ’gabungan PAS-UMNO’ ini. disamping itu juga, tidak pernah terlalai dari lidah Tuan Guru menyebut tentang keputusan Muktamar PAS di Ipoh yang menekankan peri-pentingnya PAS perkukuhkan Pakatan Rakyat.
Pun begitu, ada sebilangan pimpinan PAS yang agak ’kepala batu’, menyebabkan isu yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat sering dijadikan mainan. Permainan demi permainan dilakukan, sehingga meluat rakyat berbangsa cina dan India kepada PAS amat teserlah.
Jika keadaan ini dibiarkan, ia memberi kesan bahaya kepada PAS, malahan pakatan rakyat sendiri – termasuk PKR dan DAP – bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lagi. Justeru, sebelum tiba waktu pilihanraya umum, tindakan yang paling berkesan perlu dilakukan.
Makanya, Tuan Guru pun meledakkan ’Bom C4’ di tengah-tengah rakyat Malaysua, menjadikan ramai kepimpinan PAS ’terkujat biawak’ apabila mengetahui berita tersebut. Kenyataan meminta diadakan EGM khas, yang melibatkan Presiden PAS, Timbalannya, setiausahanya, juga tidak ketinggalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang banyak membuat masalah di negeri selangor merupakan bom C4 yang tidak dijangka, tetapi mengandungi seribu satu rahsia politik.
Mungkin jika dilihat sekali-imbas, kenyataan itu seperti mewujudkan pertembungan sesama PAS, tetapi hakikatnya, tindakan tersebut merupakan cara untuk menyelamatkan PAS, juga kawan-kawan dari Parti PKR dan DAP dari kalah bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.
Aku tidak beranggapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meluat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sehingga benar-benar mahukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden, tetapi sengaja dilakukan sedemikian, agar orang yang berada ’dikeliling’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi terkujat dan tidak lagi melakukan tindakan yang boleh melahirkan pertembungan sesama Parti Pakatan Rakyat, yang boleh melahirkan kekalahan PAS dan pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 kelak.
Mengapa aku beranggapan sedemikian? Jawapanku adalah, kerana aku melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berguru dengan ulama-ulama dari negara India. Makanya, sengaja aku menafsirkan begitu, kerana lebih 4 tahun aku berguru dengan ulama-ulama diobandi di pakistan yang beraliran pengajian dari negara India.
Sekian Wallahu ’Alam Al-Bakistani ustaz_bakistani@yahoo.com

22.10.09

Pimpinan PAS Pusat Harus dirombak?

Latarbelakang: Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi: “Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)
Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)
iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)
Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”
“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”
“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”
“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini : Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Berikutan tulisan Tok Guru maka saya rasa tentulah ada yang tidak kena sehinggakan pandangan secara terus terang dipaparkan. Pimpinan yang pada dasarnya dihormati seharusnya mengambil kira pandangan Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am. Dan seharusnya Muktamar Khas Luarbiasa yang dinukilkan oleh Tok Guru haruslah segera diadakan bagi mencapai keputusan yang amat penting demi meneruskan kesinambungan PAS dalam mengangkat martabat keadilan dan kesucian Islam itu sendiri dihati rakyat Malaysia.

20.10.09

Dunia Tanpa Sempadan - Salah Siapa?

Tun Mahathir dalam ucapan beliau menegaskan bahawa barat cuba menakluki dan menjajah negara melalui ekonomi dan perdagangan. Tegas beliau lagi bahawa kita jangan terlalu ghairah dalam mengejar sesuatu tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Dengan kelemahan politik orang Melayu maka mudahlah negara kita ini dijajah.
Pada pandangan beliau hanya negara luar sahaja yang berminat untuk menjajah negara Malaysia ini. Bagaimana pula dengan penjajah ekonomi yang dibentuk oleh kerajaan pemerintah sendiri dari dalam negara kita. Bidang ekonomi secara keseluruhannya dikuasai oleh kaum selain dari Melayu. Kerajaan Umno secara ghairahnya membuka peluang perniagaan untuk diswastakan dan dimajukan oleh pelbagai pihak namun hanya satu kaum sahaja yang mengambil kesempatan dari sikap keterbukaan ini. Ditambah lagi dengan pembiayaan modal yang tidak dapat dipenuhi oleh Melayu itu sendiri. Pemilikan tanah yang diperolehi dengan sogokan tanpa mengira statusnya dan boleh dibeli dengan nilai suapan yang berpatutan kepada pihak berkuasa dijadikan sandaran modal. Sikap pihak berkuasa yang laparkan habuan boleh kita lihat dimana kebanyakkan penempatan bukan Melayu berada. Agak menghairankan bagaimana kaum yang hanya mendatang boleh memperolehi berekar tanah berbanding dengan penduduk Melayu asal disesuatu tempat. Akibatnya Melayu yang ada terpaksa berpindah ketempat lain. Bagaimana pula dengan pemilikan tanah dikawasan terpencil yang boleh dikatakan 100 peratusnya adalah orang Melayu. Bagaimanakah kaum yang mendatang yang berdagang dikawasan tersebut dapat memperolehi tanah dengan kadar premium yang rendah. Bukankah mereka ini dibantu oleh pihak yang laparkan habuan juga. Siapakah yang berpengaruh untuk membantu kaum mendatang ini melobi pihak berkuasa untuk meluluskan tanah?. Bukankah Umno namanya.
Setelah kuasa politik Umno kelihatan lemah demi untuk terus berkuasa sedikit demi sedikit hak keistimewaan Melayu itu digadaikan. Apa haknya Melayu yang disebut istimewa itu. Bayangkan Malaysia dalam tahun 70-80an meletakkan hak istimewa Melayu itu tanpa boleh digugat oleh sesiapa. Namun setelah hadirnya gerombolan Umno yang rakus membolot kekayaan negara sehingga tidak cukup untuk diagihkan kepada rakyat Malaysia yang Melayunya maka sedikit demi sedikit hak itu dilucutkan demi untuk menjaga kelangsungan politik Umno. Hak itu diberikan secara tidak langsung kepada kaum yang bukan Melayu. Alasannya kesaksamaan. Rakyat dinyanyikan dengan prinsip muhibah. Umno memainkan peranan dalam mengembalikan kuasa politik mereka. Yang menjadi mangsa rakyat Melayunya. Sekiranya kerajaan yang menjaga Melayu membantu dan membimbing Melayu dalam hal perniagaan dan pemberian tanah ditambah dengan Melayu yang jujur serta amanah maka Melayu hari ini bukan setakat kuat ekonominya malah kuat kuasa politiknya. Tak perlulah risau tentang dunia tanpa sempadan sekiranya kuasa politik orang Melayu kuat tanpa rasuah dan memikirkan akan suapan yang akan diterima sekiranya memberi sesuatu ditambah dengan ilmu agama dan kekuatan iman yang tinggi maka Melayu akan menakluki dunia.Itupun.......
HANYA SEKIRANYA IANYA BUKAN UMNO YANG PERASUAH

14.10.09

Kalau dah Selawat ke atas Nabi pun dipermainkan

Sedar tak sedar dah tiga hari keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang berlalu. Kekalahan yang dialami menjadi satu perbincangan yang panas. Salah kempen, salah pengarah pilihanraya,salah strategi, salah kumpulan dalam Pas dibangkitkan. Kalau yang ada di Bagan Pinang tempoh hari pasti mengetahui lebih lanjut tentang apa yang sebenarnya berlaku. Orang Melayu Islam yang menjadi majoriti disini sememangnya kurang sensitif tentang agama. Kalau tidak masakan pemimpin yang korup sedemikian yang ditatang mereka. Jangan salahkan bab ceramah. Jangan salahkan bab strategi. Orang Melayu Islam kalau dah tahu benda itu kotor jijik ataupun haram maka tak mahunya disentuh. Pendedahan tentang iman dan Islam amat rendah di Bagan Pinang. Mungkin kerana kawasan ini tempat perlancongan maka keadaan kehidupan bersosial disini amat tinggi. Kisah pemudanya. pemudinya dan orang tuanya yang tidak mengendahkan akan hakikat bahawa agama yang menjadi anutan harus melebihi setiap pertuturan ataupun perbuatan.
Semasa melewati peti undi Si Rusa kelihatan petugas Pas yang berkumpul sambil berselawat keatas junjungan Nabi namun yang hairannya ada petugas dari Umno yang sudah tua meninggikan suara " Selawat pun tak jadi apa. Bukan boleh menang. Pergi baliklah. Ini tempat aku. Jangan tunjuk alim. kalau selawatpun bukan boleh menang." Kurang ajar. Celakalah UMNO yang mendidik pengikutnya sedemikian. Tiada perasaan sensitif ataupun rendah diri. Yang tuanya begitu yang mudanya lagilah kurang ajar. "Lawan pakcik. Jangan dibiarkan orang luar membuat kacau ditempat kita " sambil bergelak ketawa.
Jadi dimanakah sandarannya bahawa Pas kalah kerana salah strategi. Pas kalah kerana undi bukan Melayu yang telah berpaling menyokong Umno. Yang sebenarnya wang dan ugutan menjadi faktor kekalahan tersebut. Bermacam kerja licik yang jahat dilakukan. Mana buktinya. Tanyalah pihak yang minoriti yang mengundi Pas. Pasti akan ada jawapannya.

12.10.09

Bagan Pinang N31 -Kalah namun bermaruah

Kekalahan Pas kepada Umno di Bagan Pinang boleh disifatkan sebagai satu pengajaran bahawa selagi Islam tidak difahami dan dijunjung dengan sepenuh hati maka habuan dunia tetap akan mengaburi mata dan hati manusia. Bayangkanlah bagaimana seorang calon yang tidak berwibawa yang pernah didapati bersalah memberi rasuah dan telah terbukti menerima rasuah dengan segala macam projek yang dan anugerah kebendaan sehingakan menjadi antara orang kaya Port Dickson tetap disanjungi.Dipilih menjadi calon untuk rakyat Bagan Pinang. Nafikanlah bahawa calon Umno ini seorang yang tidak bersih dan dikelilingi dengan segala macam samseng yang diberikan bayaran yang lumayan bagi membangkitkan perasaan takut kepada rakyat Bagan Pinang. Anak-anak muda telah diajar bahawa rasuah itu tidak mengapa menyalahgunakan kuasa itu tidak memgapa asalkan perut dapat diisi sudah. Anak-anak muda Bagan Pinang sememangnya menyanjungi Isa Samad. Seorang yang pemurah. Amat suka membantu dengan masalah kewangan.
Marahlah mereka apabila dikatakan Isa perasuah. Tahukah mereka ini apa itu rasuah?. Apa itu dosa?.Namun gambar membuktikan segalanya. Keganasan yang melampau terjadi sekitar hari pengundian. Anak muda yang menyokong Umno amat membenci Pas. Semuanya kerana Dap. Alasan Pas barua Dap dijadikan sandaran untuk tidak mengundi Pas.Menang calon Pas maka maksudnya menang juga Dap.Kenapa harus ini terjadi. Nampaknya selepas ini Pas harus mencari jalan untuk mentarbiah anak muda dan golongan tua di Bagan Pinang. Banyakkan majlis ilmu untuk memberi kesedaran tentang dosa dan pahala. Haram dan halal. Jadikan Permatang Pasir dan Penanti sebagai contoh bagaimana banyak majlis ilmu diadakan sehinggakan terbuka hati golongan muda dan tua kepada Pas.
Undi Pos yang menjadi sandaran Umno untuk menang di Bagan Pinang walaupun dikawal ketat tetap tidak dapat diperolehi dan dijamin keselamatannya mahupun terbuka untuk memilih pilihan hati. Apakata pegawai tentera apabila anak buah mereka memilih calon yang korup ataupun dipaksa untuk memilihnya. Dimanakah kesedaran mereka ini sehinggakan buta hati tentang baik dan buruk
Memilih yang perasuah walaupun dihadapkan kepada mereka calon dari Pas yang bersih. Dimanakah prinsip mereka yang penuh dengan semangat disiplin yang tinggi sehinggakan sanggup menjadi kuda tunggangan. Mereka lebih suka kepada yang boleh diibaratkan kepada melayu yang makan babi dan membela babi daripada yang mengelakkannya. Kalau rasuah boleh dikatakan kotor dan jijik begitulah juga babi. Makan rasuah dan memberi rasuah seumpama makan babi jugalah. Maka sukalah rakyat Bagan Pinang kepada melayu yang makan babi dan membela babi.

9.10.09

Lama tak menulis geram rasanya. Bagan Pinang Tunggu aku datang

Hari ini baru la lapang dari tugas yang sungguh mencabar saban hari. Bagan Pinang menggamit setiap hari. Kawan-kawan yang sudah berada dilapangan sedia menelefon bertanyakan bila nak datang. Seronok kata mereka. Dekat Port Dickson ni kalau nak datang bawak joran sekali. Boleh tinggal kat apartment tiga bilik. Dia duduk sorang saja. Rasa sunyi. Kawan yang lain ada yang tinggal kat banglo tepi laut. Ditaja katanya. Maka gundah gulana hati ini tak sabar untuk berada di Bagan Pinang. Nak lihat perangai beruk-beruk UMNO dan Pekida haram yang dok tunjuk besar kepala.
Rasanya puak pemuda Umno haramjadah ni ditaja juga. Kalau tidak takkan berani nak tunjuk kuat. Berapa keratlah pemuda UMNO yang sanggup berani berjuang demi agama ataupun akidah. Kalau tak kerana duit haram yang mengisi perut yang sudah menjadi daging darah sehinggakan terlupa kepada dosa dan pahala rasanya tak sanggup barua juak-juak pemimpin yang korup ini bergaduh mahupun menghentam para petugas Pakatan rakyat.Ini adalah salah satu strategi Umno dalam menghadapi para petugas PR setelah kekalahan demi kekalahan diperolehi dalam pilihanraya kecil yang lepas. Pihak Umno yang celaka ini merasakan mereka terlalu berlembut dalam menghadapi asakan petugas PR dalam berkempen dan akhirnya kekerasan dan kurang ajar digunakan bagi menakut-nakutkan para petugas PR. Percayalah kami tak gentar. Dan jangan sampai para petudas PR juga bertindak dengan kekerasan juga. Akibatnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.
Namun harus diingat bahawa para petugas pemuda PAS telah bertekad untuk memegang amanah yang diberikan untuk tidak berundur kerana segala pekerjaan yang dilakukan adalah kerana keikhlasan untuk agama Allah. Allah akan memberi kemenangan kepada hambaNYA yang bekerja dengan hati yang ikhlas untuk kemenangan agama Allah tanpa mengharapkan balasan duniawi semata. Bukan seperti Pemuda Umno yang bekerja untuk mendapatkan wang dari pekerjaan yang haram dengan berlaku zalim kepada hamba Allah yang lain. Bukan untuk memenangkan seseorang yang telah diketahui sebagai perasuah dan menggunakan kuasa untuk mendapat imbuhan untuk diri sendiri.Apakah Pemuda Umno ini tidak tahu tentang larangan Allah untuk tidak menghampiri kepada yang maksiat kerana diri sendiri akan terjebak bersamanya. Adakah orang Negeri Sembilan terutamanya yang berada di Bagan Pinang suka kepada orang yang zalim,yang menyalahgunakan kuasa,yang makan rasuah dan memberi rasuh yang sememangnya dilaknat oleh Allah. Fikirlah bahawa segala amalan dan perbuatan kita akan dicatat dan kepada Allah juga kita memohon keampunan.

19.9.09

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bersempena dengan hari lebaran yang bakal menjelang ini saya ingin memohon kemaafan diatas sebarang kesalahan dalam sebarang penulisan yang menghentam kepada yang terasa. Dan terutama kepada Taiping mali yang seterusnya mengeluarkan beliau sebagai follower saya. Sebenarnya ada kebaikan dalam kita berbahas dan bertukar pendapat. Dan sekali lagi ucapan Selamat hari Raya diucapkan kepada pembaca.

29.8.09

Arak Kepala Lembu -Arak Kilang Carlsberg

Hari ini berlaku sejarah dalam Umno Selangor yang bangkit kerana mempertahankan Seksyen 23 yang majoritinya Melayu berugama Islam dari dibina kuil hindu. Dengan membawa kepala lembu sebagai lambang simbolik kepada kemarahan mereka.Tapi rasanya sudah terlambat perlakuan mereka itu. Sekiranya mereka dari dahulu sedari bahawa seksyen 23 itu majoritinya melayu Islam mengapa pada tahun 1972 dahulu bilamana Carlsberg ingin mendirikan kilang arak yang begitu besar pembinaanya di seksyen 15 tiada seorangpun orang umno Islam membantah dan berarak ke Pejabat Menteri Besar dengan membawa kepala lembu juga.
Bukankah majoriti negeri Selangor itu Melayu Islam. Dimanakah perasaan marah mereka ketika itu. Adakah kerana pada ketika itu Selangor diperintah oleh Umno maka pembinaan kilang arak tersebut tidak menjadi hal buat mereka. Pembinaan kuil tidak dilarang oleh Islam malah Islam sendiri menyuruh umatnya menghormati ugama yang lain tetapi Islam mengharamkam arak sehingga dinyatakan larangannya didalam Al-Quran.Mengapakah puak-puak Umno ini tidak bangun menentang walaupun dengan nyawa sendiri. Nyatalah Umno cuba membangkitkan perasaan marah segolongan kaum dan berkemungkinan menimbulkan huru-hara kaum.Dalam temubual Malaysiakini para pendemonstrasi melahirkan kekesalan kepada kerajaan PR Selangor kerana tidak sensitif kepada aduan rakyat secara khususnya penduduk Seksyen 23 yang membantah pembinaan kuil tersebut. MB Khalid Ibrahim dan YB Khalid Samad menjadi sasaran dan dituduh sebagai pengkhianat ugama Islam dan penyebab lahirnya rakyat yang biadap.Mareka ini menuduh MB Khalid mengajar mereka menjadi biadap. Kerana tidak mendengar bantahan lebih kurang 50 orang penduduk yang berdemonstrasi membantah pembinaan kuil tersebut. Kalau nak diikutkan hati bagaimana pula dengan tindakan Najib dan polis yang tidak mahu mendengar bantahan ribuan orang yang membantah Akta ISA dan PPSMI dahulu. Bukankah mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai guru yang kurang ajar/biadap. Mereka ini Najib dan KPN juga telah mengajar rakyat menjadi biadap sehinggakan terpaksa mengadakan demonstrasi membantah Akta ISA dan PPSMI.
Rasanya cukuplah Umno cuba memperbodohkan rakyat dengan menganjurkan demonstrasi yang secara terangan berkepentingan untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada Umno. Umno akan diangkat sebagai pembela ugama Islam dan membela bangsa Melayu.Adakah dengan terdirinya kuil hindu itu akan menghakis kepercayaan penduduk seksyen 23 kepada Islam. Akan murtadkah mereka ini. Bagaimana pula dengan kilang arak Carlsberg di Seksyen 15 yang sememangnya mendatangkan musibah kepada rakyat Selangor dan rakyat Malaysia khususnya yang berugama Islam. Berapa banyak orang Islam yang meminum arak kerananya. Berapa ramai yang sudah terhakis imannya dan terkeluar dari Islamnya kerana arak ini. Rasanya Umno Selangor harus sedari bahawa cita-cita mereka untuk membangkitkan semangat perkauman dengan perlakuan mereka ini yang berarak dengan kepala lembu ke bangunan Kerajaan Selangor akan gagal malah tindakan harus diambil kepada individu yang terlibat yang memungkinkan membawa kepada rusuhan kaum. MANA NAJIB 1MALAYSIA.

28.8.09

Konflik MCA-Rakyat dah lama tolak BN

Gambar dari Mstar online
Hari ini Najib menyarankan supaya MCA menyelesaikan konflik dalaman MCA berikutan isu pemecatan Sooi Lek daripada jawatan Timbalan Presiden berkaitan dengan DVD lucah beliau. Najib khuatir sekiranya perkara ini tidak diatasi segera rakyat akan menolak MCA dan BN. Rupa-rupanya Najib masih terlena diulit mimpi dicelah ketiak Mommanya.
Dah ada 8 pilihanraya kecil. 7 daripadanya telah tewas.Yang mengund itu semuanya rakyat Malaysia. Rakyat menolak Umno -BN. Dah lama perkara ini berlaku tentang penolakan rakyat kepada Umno-BN tetapi kenapa Najib masih belum sedar lagi. Adakah beliau terus dihidangkan dengan berita yang sedap-sedap sahaja. Kemanakah perginya perisik dan para pelapor tentang tahap Umno-Bn dihati rakyat. Sebenarnya apa yang harus Najib ketahui adalah sesungguhnya Rakyat dari pelbagai kaum secara amnya yang bijak pandai telah menolak Umno-Bn kecuali kroni-kroni,rakyat bawahan yang masih belum ada kesedaran dan yang boleh dibeli sekupang dua sahaja yang menerima Umno-Bn ini. Kalau kita perhatikan pola pengundian dan peratusan jumlah undi yang memberi kemenangan kepada PR menunjukkan bahawa 70 peratus menyokong PR. Tidak kira Melayu,Cina,India ataupun kaum yang lain.
Mengenai isu-isu yang timbul Najib nampaknya cuba berselindung dengan menyatakan rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada Umno-BN. Untuk tatapan Najib dan Muhyiddin, percayalah Umno-BN sedang menghampiri garisan penamat dengan kedudukan terakhir dalam perlumbaan. Rakyat akan terus diperingatkan dan akan dibekalkan dengan pelbagai maklumat berkaitan dengan penyelewengan Umno-Bn. Rakyat akan diperlihatkan akan segala kezaliman dan kebobrokkan UMno-Bn.Doa orang yang dizalimi akan diangkat untuk memberi kecelakan kepada Umno-Bn. Penolakan Umno sebagai tunjang Bn terhadap hukum Allah akan mengheret sekali para penyokong Umno kepada kehancuran dan bala serta kemurkaan Allah. Bukan hanya penyokong akan terpalit tetapi seluruh rakyat akan menerima tempiasnya. Hanya Allah maha mengetahui dan kepada Allah kita mohon perlindungan.

27.8.09

Arak dan Umno- Kembar siam

Banyaklah pandangan dalam kes hukuman sebat seorang model yang diutarakan. Sehinggakan keluar kenyataan bahawa sesiapa yang memprotes ataupun mempersoalkan tentang hukuman tersebut boleh dikenakan tindakan akibat menghina mahkamah. Yang jadi persoalannya mampukah mahkamah syariah mendakwa pemimpin Kerajaan Pusat yang mempersoalkan akan hukuman tersebut dengan tuduhan menghina mahkamah?. Dalam banyak-banyak komen dan pandangan yang mempersoalkan hukuman tersebut adalah orang Islam sendiri. Pemimpin kanan kerajaan.Nampak sangat pihak ini buta dan hitam hatinya. Adakah takut dengan pandangan pihak yang bukan Islam ataupun mahu menjaga dasar Islam sekular mereka.
Negara Malaysia yang tercinta ini diangkat kata-kata mereka sebagai negara Islam. Namun apabila hukuman yang seakan-akan mencerminkan Islam telah dijatuhkan maka pihak ini menggelupur kepanasan. Takut ianya membawa implikasi buruk dan pandangan negatif dari negara luar. Malaysia yang dasarnya sekular seakan-akan cuba mempraktikkan hukuman syariah. Kalau nak dikatakan hukuman yang dijatuhkan keatas model tersebut masih lagi jauh dari hukum hudud seperti yang dinaskan. Belum cukup syaratnya 40 ataupun 80 kali sebatan keatas peminum khamar.Namun hakim yang mengadili kes ini cuba membawa pendekatan untuk menasihatkan dan cuba memberi pengajaran kepada yang lain.
Selepas ini sepatutnya ada pihak yang membuat laporan kepada pihak berkuasa undang-undang syariah tentang perbuatan Menteri Kewangan yang meluluskan lesen kilang arak. Kemudia harus pula tindakan diambil terhadap pemegang syer dalam kilang arak yang beragama Islam. Hal ini tidak boleh dinafikan kerana sememangnya terdapat bukti kukuh bahawa terdapat individu yang beragama Islam menjadi Pengarah dalam syarikat arak. Ini semuanya dibenarkan oleh kerajaan UMNO sekarang. Dan Pengarah yang terbabit dalam hal ini sememangnya diketahui sebagai penyokong UMNO.( Kalau orang PAS tak maunya terlibat). Dari sinilah seharusnya longkang yang mengalirkan air busuk itu ditimbus. Puncanya adalah UMNO dan kerajaan yang memerintah. Orang Islam meminum arak adalah kerana UMNO. Dan seharusnya UMNO dikambus supaya arak tidak lagi mengalir dilaluan orang Islam dinegara kita ini.

18.8.09

Sketsa Sekitar Penamaan Calon N11

Dalam ramai ramai yang datang segelintir dari ribuan yang ada telah menyusahkan rakyat.
Bang rumah saya kat depan tu saja. "Tak boleh lalu. Jalan dah tutup tak nampak ka.Tapi kat situ saja rumah saya!Tak boleh lalu kamu ikut jalan lain. Tak faham ka.
Gobalakrishnan berjalan dengan penuh semangat diiringi isteri sebelum dipukul dengan begitu teruk sekali.
Dengan penuh semangat anak kecil ini bertakbir walaupun dihalau oleh polis akibatnya "polis bodoh" bergema diudara apabila dimaki oleh penyokong yang marah kerana kanak-kanakpun tidak terlepas dari penangan polis.
Amanat daripada Naib Presiden Mahfuz selepas tamatnya masa pencalonan. Berpesan kepada para penyokong agar bekerja dengan penuh ikhlas dan bersemangat agar kejayaan diperolehi pada pilihanraya kecil kali ini.
Ramainya penyokong yang hadir menyemarakkan suasana.Semangat berkobar-kobar akan dibuktikan dalam gerak kerja pilihanraya nanti.Semoga Allah akan memberi kemenangan kepada pihak yang berjuang dalam menegakkan agama Allah dengan penuh keikhlasan.

17.8.09

Live dari Pusat Penamaan Calon N11

2.45 pagi Lepak dulu la awai lagi baru pukul 2.45 pagi. Nak upload gambar lembab nak mampus. Nanti-nanti la kot aku upload gambar. Yang ramai kat sini peniaga saja la. Masing-masing dok pasang meja.
3.00 pagi Mengantuk dah mata.Dari Pagi tak tidur lagi.Kedatangan penyokong dari kedua belah pihak dijangka ramai berdasarkan dari pengalaman lalu. Kalau Umno lawan dengan Pas ni kalau kat Sabah,Sarawak pun sanggup penyokong tegar ni datang.Dah jadi semacam seteru nampaknya. Apapun kita tunggu la pagi nanti. Nak tau ramai ka dak.
7.41 pagi Orang ramai mula membanjiri kawasan tempat pencalonan. Kelihatan begitu ramai anggota polis dan FRU. Anggaran lebuh kurang 60 trak berderetan. Tak tau la nak buat apa-apa ramai ramai tu.
7.51 Anggota polis mula menyekat laluan untuk ke Bukit Mertajam dari jalan Mengkuang/Berapit.Suasana masih tenang. Masih belum kelihatan penyokong Umno. Mungkin jarak yang dipisahkan dari pintu masuk dan antara penyokong yang amat jauh lebih kurang 300 meter menyebabkab suasana tidak begitu hangat sekarang ini.
8.25 pagi Kelihatan calon Ustaz Salleh Man bersama dengan Sallahudin Ayub dan beberapa pimpinan berarak bersama para penyokong yang pada suatu ketika kelihatan muram. Dengan laungan takbir dan tasbih dengan tiba-tiba jalan yang seketika lenggang telah dipenuhi dengan para penyokong. View yang aku dapat tak cantik. Nak upload gambar slow sangat. nanti aku cuba dapatkan gambar yang lebih cantik.
8.35 Calon berserta dengan wakil calon bersama dengan pimpinan telah memasuki dewan pencalonan
9.00 pagi Borang pencalonan telah diserahkan dan terdapat 15 bantahan semasa proses rayuan tetapi semuanya telah ditolak.Hanya terdapat dua pencalonan dan calon bebas yang bercadang bertanding telah menarik diri.Semasa proses rayuan juga Gobalakrishnan MP Padang Serai telah ditahan apabila berlaku provokasi dari pihak polis. Dan kini masih menunggu sama ada telah dibebaskan.
11.30 Telah tamat masa bantahan dan Salleh Man telah disahkan sebagai calon Pas yang akan bertanding pada 25.8.2009 nanti.
Banyak la gambar nak upload tapi lambat nak boleh maqsuk. Nanti la diuploadkan kemudian. Tamat

Live dari Pusat Penamaan Calon N11

2.45 pagi Lepak dulu la awai lagi baru pukiul 2.45 pagi. Nak upload gambar lembab nak mampus. Nanti-nanti la kot aku upload gambar. Yang ramai kat sini peniaga saja la. Masing-masing dok pasang meja.

16.8.09

Laporan secara langsung Penamaan Calon N11

Bangunan Kepunyaan Zahid hamidi Kot(Piiiiraah) Blog makansuap akan berusaha menyiarkan laporan secara langsung sekitar Hari Penamaan Calon N11 Permatang Pasir dari IKBN Mengkuang.
Sementara itu dilaporkan oleh penduduk setempat bahawa ada diantara mereka telah ditawarkan wang sebanyak RM300 bagi undi yang menyokong Umno. Bayangkanlah berapa banyak pula wang yang akan dihabiskan nanti untuk membeli undi.Jangan tak beli Zahid ooi.Beli beli.Duit tengah banyak simpan buat apa lagipun bukan duit bapak kau yang punya.

14.8.09

Dua Cendawan Taik

Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz-Utusan
Inilah antara kenyataan pengampu yang dibayar.Yang ini bukannya kenyataan cendekiawan tetapi kenyataan cendawan. Yang tumbuh apabila hujan. Kalau cendawan yang boleh dimakan tentunya sedap kalau dibuat goreng lada. Tetapi yang dua ini cendawan taik . Baunya busuk.
Dah lama dah Umno sebagai pemerintah menghina Islam.Tidak mematuhi syariat Islam. Menghalalkan yang haram dengan nama demokrasi. Masyarakat majmuk. Memberi muka kepada Mca dan Mic dengan berpakat untuk menghina Islam. Menidakkan hak majoriti Islam.
Judi Nombor Ramalan (Nombor Ekor) Genting Kasino Carlsberg Malaysia
Apasallah dua cendawan taik ni tak kata apapun. Takkan baru balik dari kutub Utara kot. Rasanya takdak Universiti la kat sana. Rasanya dok join dengan geng Eskimo kot dok tangkap ikan sebab tulah otak beku. Tak tau tentang Malaysia ni.

Propaganda Umno Gagal Pengaruhi Rakyat-Bah 1

Selepas era reformasi rakyat marhaen telah dibangkitkan dari tidur yang panjang terleka dari mimpi belaian Umno yang telah memerintah sejak sekian lama dengan suapan dan bermacam sogokan. Umno memainkan peranan dengan bantuan akhbar dan media elektronik menipu rakyat bahawa selama Malaysia merdeka dan membangun dari sebuah negara yang kerdil sehingga menuju kearah negara yang maju dan moden hanyalah kerana Umno. Tanpa Umno Malaysia akan kelihatan seperti negara yang mundur. Hanya Umnolah segalanya bagi rakyat negara Malaysia ini. Ditambah dengan parti komponen yang turut serta menipu rakyat. Akibatnya rakyat terus terlena tidak mengambil tahu segala perancangan yang dibuat. Kekayaan harta negara telah disedut dengan sebegitu rupa.
Apa yang tak ada di Malaysia ini. Segala keperluan dibekalkan. Segala kemudahan asas disediakan.Segala kemahuan rakyat dipenuhi tetapi rakyat terlupa bahawa disebalik semua ini ada helahnya. Perancangan untuk mengabui mata rakyat semakin lemah. Dari hari kehari segala tindak tanduk menampakkan kepincangan.Sikap pemimpin yang mengaut keuntungan secara berlebihan daripada setiap projek yang dijalankan semakin disedari. Bayangkanlah sekiranya 20 atau 30 tahun yang lalu kewangan negara diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan secara ikhlas maka sekarang ini rakyat yang ada pastinya akan hidup senang lenang.Tanpa kerisauan.
Parti pembangkang telah memainkan peranan utama dalam kisah menyedarkan rakyat. Sekiranya dahulu kebanyakkan rakyat telah ditutup dari mendapat maklumat tentang Parti Pas. Media telah melabelkan Parti Pas ini sebagai ekstrem sesat dan para pemimpin Pas telah menyalah guna Islam. Media pada suatu ketika telah mewar-warkan bahawa Parti Pas telah menuduh bahawa orang Islam yang tidak menyokong mereka sebagai kafir sehinggakan rakyat pada ketika itu berasa amat marah dan begitu benci akan parti Pas ini. Kemudian satu persatu digambarkan Tok-tok Guru yang menyokong Parti Pas sebagai membawa ilmu Islam yang salah. Paling mendapat perhatian dan yang berjaya sekali mempengaruhi fikiran rakyat adalah mengenai kisah ilmu salah yang dibawa dalam drama Tok Guru Yahya. Cerita diolah sebegitu rupa sehinggakan ada rakyat yang terpengaruh dan melabelkan pengikut Parti Pas yang berserban sebagai pengikut Tok Guru Yahya.Malah ada ahli Umno ketika itu sanggup berbisik menjuih mulut memberitahu bahawa ahli Pas si anu-anu itu pengikut ajaran salah.Pengikut Tok Guru Yahya.

7.8.09

Terkini-Antara Calon-Calon PAS Dun Permatang Pasir

Beberapa hari lagi Pas Negeri Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Dun permatang Pasir. Tetapi buat masa kini belum dimuktamadkan memandangkan perlunya pandangan dari ahli akar umbi siapakah yang paling layak untuk menjadi calon pilihanraya kecil tersebut. Sekarang ini ada empat nama yang dicadangkan antaranya adalah: 1. Mat Sabu sememangnya dikenali oleh banyak pihak 2. Mohd Roshidi Husin - Seorang peguam 3. Yusni Mat Piah - Ketua DPPN Pulau Pinang 4. Salleh Man - Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang
Antara kriteria yang dititik beratkan dalam pemilihan calon adalah seorang yang rapat dengan penduduk kawasan dan sentiasa mengambil berat akan hal kebajikan penduduk sepertimana yang dilakukan oleh Allahyarham dahulu.Apabila ditanyakan kemungkinan Mat sabu dipilih sebagai calon ada antara pengundi yang tidak bersetuju bukan berana tidak menyukai Mat Sabu tetapi kerana bagi mereka Mat Sabu lebih layak sekiranya bertanding dan berkhidmat di Parlimen.
Mengenai dengan calon lain segalanya akan diputuskan kelak.Perbincangan masih diteruskan. Buat masa ini markas pilihanraya banyak telah didirikan di Dun Permatang pasir dan petugas sudah cukup bersedia bagi menghadapi pilihanraya kecil kali ini.

5.8.09

Polis nak cari dalang beri upah? Yang hangpa makan rasuah apa macam?

Polis ni macam manalah rakyat tak kata barua Umno. Takut sungguhla kat Umno ni. Awat hangpa ingat gaji yang hangpa dapat dok bagi anak bini hangpa makan tu duit Umno ka. Kepada anggota polis yang bukan beragama Islam tu mungkin depa ni tak tau pasai halal haram tapi yang beragama Islam ni macam tak tau tentang hukum langsung. Kalau kata hangpa barua,pecacai anjing hangpa marah tapi macam mana la orang tak kata. Dok tak duduk nak pi cari dalang pemberi upah tu pasai apa. Sapa suruh. Betui ka yang mana pi berdemonstrasi tu dapat upah?. Setahu aku la selama ni yang dok jadi dalang lindungi kedai ekor haram, kedai vcd haram, rumah urut haram, kelab malam haram tu kerja polis la. Kalau hangpa polis tak lindung dah lama kena tangkap atau kena tutup dah tempat maksiat tu. Ini depan balai polis ada kedai nombor ekor haram, ada kedai vcd haram.
Orang Pas atau Pkr ni kalau depa dah benci kat Umno silap-silap kedai depa pun puak-puak ni tak masuk. Melainkan la kalau dah kawan-kawan tak boleh buat apa la. Ni nak pi demonstrasi kat KL tu pun guna duit sendiri. Tidoq merata tempat sanggup tinggal anak bini pasai apa nak pi lawan Umno. Sebabnya Tuan Presiden dengan Tuan Guru Nik Aziz ada join sekali. Ambil berkat orang kata. Berjuang bersama pimpinan tertinggi. Punyalah bangga rasanya bila dapat ikut sekali dengan Tok Guru. Dok tak duduk Najib pi Kelantan. Mau tak mau kena la Tok Guru pi sua muka pasai nak jaga ayaq muka Najib.Yang tu kira macam kidnap la. Kalau polis nak siasat sapa dalang yang bagi duit masa demonstrasi hari tu aku nak bagitau kat hangpa tak payah la. Pi cari dulu dalang yang bagi duit masa pilihanraya Manek Urai aritu. Laporan dah lama buat takkan takdak siasatan langsung kot. Atau hangpa nak jaga nama Kepala taik Umno.
Selama Pas dengan Pkr dok buat demonstrasi ni aku nak tanya hangpa la pihak polis dah berapa ramai polis yang mati, patah kaki, patah tangan, pecah muka kena tibai. Tak dak lagi la kot. Yang jadi macam tu kat pihak Pas atau Pkr saja. Kena jijak kena sepak tu biasalah. Apamacam kalau dalam beribu yang dok ada sorang pakat jijak sorang sekali polis yang dok buat tahana kat yang berdemonstrasi mau lumat jadinya. Tapi takdak la pulak depa ni buat macamni. Sebabnya yang dibuat ni perhimpunan aman. Tak mau gaduh dengan sapa-sapa. Tapi polis la yang dok buat pelaq. Jangan dok ikut sangat cakap kepala taik Umno ni. Kot sakit ka mati ka tak dak orang nak pi angkat mayat kot.
Bahasa Kedah ni dengarnya kasar.

4.8.09

Utusan Malaysia Akhbar Pembodek -Rais Yatim Dungu

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan bahawa peserta demonstrasi Mansuhkan Isa diupah untuk menyertai himpunan tersebut. Rais Yatim Kematu menyatakan bahawa ada anak muda telah memberi maklumat bahawa mereka telah diupah untuk menyertai himpunan tersebut bagi tujuan mengalih perhatian umum terhadap kes DS Anwar Ibrahim dan kes Exco Negeri Selangor. Aku kesianlah dengan Rais Yatim ni. Kenapalah dia ni suka sangat menipu diri sendiri. Kalau ikutkan sejarah dan juga jalan cerita dia dalam politik ni amatlah memalukan. Dah bakar jambatan dengan UMNO dan keluarkan tesis bagaimana haram dan zalimnya ISA namun Umno itulah yang dipeluknya sekarang Akta ISA itulah yang dipertahankannya.
Ayat-ayat beliau itu adalah hanya untuk menyedapkan hati dan menipu rakyat UMNO yang buta hati sahaja. Umno Rompin tu bolehlah kamu tipu, kamu perbodohkan tapi bukan rakyat Malaysia yang prihatin dan yang terbuka mindanya terhadap keadaan politik Malaysia yang korup dek kerana UMNO-BN.Kanak-kanak 10 tahun sendiri tahu bahawa Utusan malaysia yang membawa berita berat sebelah dan sentiasa memutar belitkan fakta. Sebarang hal yang dianggap buruk akan disembunyikan dan hanya cerita tentang menaikkan dan menampakkan kebaikan pemimpin UMNO akan dipaparkan diakhbar mereka.
Cerita mengenai UMNO ada peluang menang di Permatang Pasir sememangnya amatlah melucukan. Kalau dah yang tinggal tu berapa kerat sangatlah ahli UMNO itupun yang tua ataupun yang masih bekerja dengan Kerajaan agaknya macam manalah nak menang.Malainkan dengan tipu daya dan ugutan serta rasuah agaknya. Selepas ini akan banyaklah projek serta imbuhan yang akan mencurah-curah ke Dun Permatang Pasir. Senanglah sedikit juak-juak UMNO yang berapa kerat tu. Tunggulah selepas ini kita lihat keadaan dahulu. Mana tahu kalau-kalau ada kes macam kat Padang Serai masa perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian hari tu. Gaduh besar mereka. Seronoklah kita nanti.

31.7.09

Kasut Buruk Menanti Zahid Di Permatang Pasir.

Jasad yang berhormat baru saja disemadikan dan Parti UMNO jahanam telah memainkan dialog cerita lama. Nak majukan nak memartabatkan Melayu dan bermacam-macam lagilah janji. Sedangkan janji yang terdahulu semenjak pilihanraya tahun 1999 masih tak tertunai. Kalau nak dikenangkan jasa Allahyarham Pak Hamdan tak terkiralah banyaknya. Namun bukan itu yang diminta untuk dikenang ataupun diungkitkan biarlah segala perbuatan ataupun sebarang pekerjaan dalam membantu rakyat di Permatang Pasir Allah Taala sahaja yang membalasnya.
Zahid barua Yahudi yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO akan berusaha menawan Dun Permatang Pasir berikutan kenyataan Najib Toya bahawa UMNO akan bertanding kerana ada keperluan mengikut perlembagaan berikutan kematian YB Mohd Hamdan.Datanglah wahai Zahid Hamidi kasut buruk menantimu dimana-mana di Dun Permatang Pasir ini. Hanya penghinaan sedemikian yang layak kepada orang yang menghina dan menganiaya saudara seagama dengan tingkah dan laku yang sanggup berbaik-baik dengan yahudi laknatullah.
Kita tunggu apa pula kata kata Harussani sekiranya Zahid hamidi di lontar dengan kasut. Akan ada fatwa barukah mengenainya. Kalau perhimpunan menentang akta zalim ISA dikatakan haram bagaimana pula kisah Najib Toya yang menyalakan lilin pada majlis keagaman kaum hindu dan kalungan bunga di Tugu Negara. Pada majlis menyambut Hari Pahlawan yang sememangnya aku banggakan namun pengisiannya amatlah memalukan. Patung dipuja namun banyak lagi bekas perajurit yang hidup dalam keadaan daif dan susah. Apakahkah hukumnya bertafakur dan memberi kalungan bunga pada tugu yang ibarat patung sembahan bagi sesetengah agama. Tidak sensitifkah Harussani. Mufti kerajaan yang dilantik untuk menjaga kerajaan yang zalim dan memberi fatwa pada yang hanya berkepentingan. Hilang langsung rasa hormat aku kepada mufti yang sorang ni.
Namun apa yang pasti kita tunggulah harinya pada ketika DUN Permatang Pasir yang pasti akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tatkala dihari penamaan calon sehingalah kehari pengundiannya. Zahid Hamidi celakalah kamu.Kasut buruk Permatang Pasir menantimu.

30.7.09

Zahid Hamidi,UMNO,BN Celaka Ejen Yahudi.

Haram Jadah Zahid Hamidi menyatakan Nik Aziz bukan pejuang Islam sebenar dalam Utusan Malaysia. Ni aku nak tanya hang barua Yahudi tu pejuang Islam ka. Kalau hang yang jadi babi besar dalam kerajaan sanggup pi jumpa Menteri Pertahanan Israil kat Perancis tu boleh la dikatakan sebagai pejuang Islam?. Kalau nak tau hang la anak haram besar. kalau Tok Guru katakan pergi jahanamlah UMNO itu bolehlah dikatakan sebagai ayat yang berlapik dan tidak menunjukkan kepada individu tapi aku kat sini yang bukan orang pandai ugama nak katakan hang ni Zahid Hamidi anak haram besar. Kepala hang dah penuh dengan taik yang berkarat dan dan busuk berulat. Hang dah tak boleh membezakan antara yang baik dan buruk. Benda yang hang makan dari duit haram dah menjadi daging darah dan menggelapkan hati hang kepada yang benar.
Pergi jahanamlah UMNO adalah ungkapan kepada sesuatu yang dirujuk supaya sesuatu itu rosak dan tidak boleh dipakai lagi. Supaya yang jahanam itu tidak boleh diharap dan digunakan dan digantikan. Pergi jahanamlah UMNO merupakan ayat yang membawa kepada sesuatu yang tidak disukai.Dibenci kerana ianya sesuatu yang membawa keburukan kepada kepada orang lain. Dimanakah kebaikan UMNO kepada Islam. Dalam masa UMNO menjaja bahawa UMNO adalah tunjang kepada Islam di malaysia tetapi dalam masa yang sama UMNO jugalah yang membawa kejatuhan Islam dan bangsa Melayu yang terkenal dengan peradabannya. Siapakah yang menghilangkan fakta dan menulis semula sejarah yang penuh penipuan dan bersengkokol dengan ejen bangsa Yahudi untuk melemahkan Islam?.
Zahid Hamidi selepas memperolehi kuasa sebagai Menteri kanan dalam kerajaan saban hari mengeluarkan kenyataan yang membawa kebencian. Pergi jahanmlah UMNO membawa banyak makna dan akan terus dialunkan sebagai membawa kesedaran kepada rakyat semoga negara kita akan selamat selepas kejatuhan UMNO nanti.

19.7.09

ANAK PENGARAH SPRM TERBABIT KES GAMBAR LUCAH

Kes kematian Teoh masih lagi menjadi satu misteri dan siasatan pihak polis yang menjadi barua UBN nampaknya hanya akan berakhir dengan satu kejutan. Tiada unsur jenayah. Pihak SPRM ynag bertanggungjawab akan terlepas dari sebarang tindakan.Apakah sebenarnya motif SPRM dalam siasatan keatas EXCO Selangor.
Apakah Pengarahnya terlibat secara langsung dalam kes ini ataupun hanyalah sebagai pecacai kepada kerajaan UBN yang sanggup menyelesaikan kes anak beliau yang pernah ditahan pada tahun 2008 kerana jenayah pornografi kanak-kanak.Rujukan lebih terperinci boleh dibuat disini. Kandungannya berkait dengan banyak laporan blog dan telah tersebar dahulu tetapi mungkin kerana sudah lama dan telah dilupakan.ANAK PENGARAH SPRM TERBABIT KES GAMBAR LUCAH.Pihak MAS yang berjanji untuk mengadakan satu siasatan dan mengambil tindakan keatas kes ini telah menyepikan diri. Kepada SPRM dan Pengarahnya bekerjalah dengan penuh ketakwaan sekiranya kamu benar beriman kepada ALLAH.

14.7.09

TPM-Urai : Tipu Pengundi Manek Urai

Pas Tiada Hak Tuntut Janji
Negeri Kelantan yang berada didalam Negara Malaysia sepatutnya keluar dari Malaysia sekiranya mahu terus mengamalkan dasar kerajaan yang telus dan berintegriti.Menurut kenyataan TPM penipu ni "Kalau kita lihat dari soal keperluan di sini, sebahagian besar adalah tanggungjawab kerajaan negeri, kawasan Parlimen bukan (milik) kita, DUN bukan (milik) kita, negeri pun bukan negeri kita tetapi negeri Pas."
Kalau dah tahu negeri Pas yang kamu pandai-pandai masuk negeri orang ikut suka hati mak bapak kamu tu lepas tu janji sana janji sini ugut orang kat Manek Urai tu apa ke halnya. Pandai-pandai ambil minyak lepas tu tak tahu pula nak bayar royalti yang sepatutnya. Rakyat kelantan seharusnya menghalau keluar TPM penipu ni dari bumi Kelantan. Kalau bolehlah jangan kebumikan UMNO-BN kat negeri Kelantan. Buat habis tanah saja. Mayat UMNO-BN ni sepatutnya dibuang ke laut biar tak bertanda.
Semoga Manek Urai ini akan menjadi tempat sejarah sebagai berakhirnya keegooan UMNO-BN dalam memerintah negara Malaysia tercinta ini.

5.7.09

Babi kat Kedah tak Sama Dengan Kat Penang

Sekarang ni kecoh tentang Babi. Selsema babi, kandang babi, tempat sembelih babi, babi wangi, babi busuk macam-macam ada. Yang nak tulis ni tentang babi wangi yang ada kat Penang. Lebih tepat lagi sebelah kawasan Berapit dan Kawasan Tasik Gelugor dan Kampung Selamat. Babi yang ada kat sini semuanya wangi hinggakan najis dia pun tak busuk. Kalau nak tau lebih lanjut tanya la kat orang di kawasan yang di sebutkan tu.
Kalau tak percaya cubalah lalu dikawasan tu pada waktu pagi lepas subuh dan selepas hujan turun. Baunya harum semerbak.Orang kat kawasan tu punya la suka baunya. Tak pernah ada yang komplen walaupun banyak kandang babi yang ada hatta sebelah rumah orang Melayu pun ada kandang babi. Penduduk Tasik Gelugor yang majoritinya orang Melayu tak kisahpun dengan kewujudan kandang babi dan bau dari najis babi ni.Kampung Kubang Menerong yang penduduknya 100% Melayu dan kandang babi yang ada hanya dipisahkan oleh deretan pokok kelapa sawit merupakan kawasan yang paling gembira. 0% komplen. Kalau lalu di Lorong 1,2 Kampung Selamat yang dulu tu kecoh tentang Kilang Bihun sebelah kandang babi akan dapat dilihat senario berbeza. Paling trajisnya ada kedai makan orang Melayu yang berada berdekatan dengan kandang babi, selang sebelah jalan sahaja. Masjid yang berada berdekatan dengan kawasan belaan babi ini semuanya diupgradekan kepada yang tak ada tingkap nako. Semuanya ada jenis sliding. Hebat masjid yang ada kat kawasan ini.
Orang kat Kedah marah kalau cakap tentang babi. Tapi orang kat Penang tak kisahpun tentang babi. Sebab babi dan najisnya wangi.Lepas ni aku ada gambar tentang kawasan ini pula. Tunggu.

27.6.09

Makansuap - Idris Jusoh berani kerana ada back-up

Berani sungguh Idris Jusoh ni. Kalau dipanggil oleh SPRM (Suruhanjaya Perabis Ringgit Malaysia) beliau tak akan malu-malu untuk mengadap diri. Ni nak tanya mung la berapa banyak dah ahli politik yang ada sokongan UMNO yang dipanggil dan diambil tindakan oleh SPRM. Mung cakap besar la kalu dah ada backup tu sapa-sapa pun berani. Beliau yang baru pulang dari Amerika seharusnya dikuarantin terlebih dahulu. Mana la tau bawak balik selsema babi dari Amerika nu.
Dalam kes bumbung runtuh ni macam-macam perkara harus dipertimbangkan. Dari kualiti kerja sehinggalah kualiti bahan binaan. Namun yang nampaknya adalah berkat doa rakyat Terengganu yang tertindas dek kerana duit royalti minyak yang dirampas maka kejadian ini bolehlah juga disabitkan.SPRM nipun satu juga. kalau cikgu pakai kereta yang mahal nak kena siasat. Kalau menteri,YB Umno ada banglo,kereta mewah walaupun pada hakikatnya tak mampu buat dek aja. Pasai apa SPRM tak siasat Ketua Menteri Melaka yang dah confirm ada kes. Tak ada langsung kata kertas siasatan telah dibuka. Lembab macam babi juga SPRM ni. Kalau SPRM macam selsema babi kan bagus cepat merebak. Cepat ambil tindakan keatas aduan. Kalau kes terhadap pihak pembangkang sebut sahaja terus adakan siasatan. Kalau dipihak UMNO atau kerajaan terjadi sebaliknya. Lembab silap-silap tak ada kes pula.
Apa-apapun yang pasti Idris Jusoh akan terlepas dan bebas dari unsur rasuah ataupun sebarang penyelewengan berdasarkan status politik beliau dalam Umno. Lihatlah nanti.

18.6.09

Kemana Arah Kemelut Kerajaan Perpaduan.

Hampir sebulan berlalu Muktamar berlangsung, cerita kerajaan perpaduan masih dilaungkan dan ianya makin berserabut apabila dua pimpinan tertinggi berbalah antara menerima dan menolaknya. Kenyataan Mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang amat keras apabila meminta Timbalan Presiden untuk meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan meyertai UMNO.
Kekeliruan terus timbul sehinggakan 10 ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan yang sememangnya mengejutkan banyak pihak. Persoalan timbul apabila kenapakah selepas hampir sebulan cerita kerajaan perpaduan ini dimainkan oleh akhbar pihak kerajaan dan selepas bermacam-macam pujian yang dilambungkan bahawa PAS ikhlas(merujuk kepada individu yang menyuarakan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan)maka baru timbul isu tidak berbangkitnya perkara ini dalam agenda PAS dan PR?.
Rakyat yang berbilang kaum yang memberi sokongan padu kepada PAS berasa amat sangsi akan keadaan ini dan seharusnya perlu ada penjelasan segera sebelum keadaan bertambah parah. Bermaaf-maafan dan berbaik sangka itu dituntut dalam Islam namun haruskan prinsip dan akidah perjuangan diketepikan. Mahukah UMNO dan barisan komponen menerima prinsip politik PAS. Apa yang pasti selama ini PAS dianiaya dengan bermacam-macam cara sehinggakan ada ahlinya yang dibunuh dan terbunuh dalam mempertahankan prinsip perjuangan PAS dalam menegakkan perlembagaan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Apakah kita lupa kepada Peristiwa Memali sehingga kini tidak berkesudahan ceritanya. Mahukah Kerajaan terutamanya UMNO memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka sehinggakan berlakunya Peristiwa Memali.Apakah pihak yang menyokong Kerajaan Perpaduan lupa bagaimana apabila Kelantan dikuasai oleh PAS kerajaan Pusat telah menghentikan segala bentuk bantuan kepada Kerajaan negeri hatta baja untuk tanaman juga dibekukan. Beginilah nasib PAS pada waktu UMNO merasakan parti mereka ini kuat. Ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan ditukarkan kemerata ceruk sehinggakan ada yang lemah semangat dan melupakan kepada perjuangan PAS dan yang paling menyedihkan apabila anak Tuan Guru Nik Aziz sendiri yaitu Nik Adli telah ditahan dibawah Akta ISA. Jadi mana mungkin seorang yang kita ketahui sebagai seorang yang berilmu dan beramal dengan penuh ikhlas kepada Allah mahu menolak apa yang diunjurkan oleh Islam melainkan beliau tahu apa yang tersirat dalam kepala pemimpin UMNO.
Idea Tuan Presiden Tuan Guru Haji Hadi sememangnya ada rasionalnya. Pautan sesama Islam harus jangan diputuskan. Memaafkan seharusnya ada namun mahukah UMNO bersedia menerima tuntutan PAS. Bersedia menerima syarat kepada berlakunya kerajaan Perpaduan?.Sebelum ianya berlaku buktikan dahulu UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional ikhlas. Kembalikan bantuan serta peruntukkan kepada Kerajaan Kelantan. Mansuhkan ISA. Jadikan Al-Quran sebagai panduan perlembagaan dan mahukah mereka berikan jawatan seperti yang diminta oleh Tuan Guru Nik Aziz dahulu. Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan?. Apa kata Muhyiddin?

10.6.09

Kerajaan Perpaduan,Sister In Islam.Menjahanamkan

Musuh tidak senang hati sekiranya tidak dapat menghentam ataupun menewaskan lawannya.Perasaan irihati ataupun dengki pasti akan sentiasa membuak-buak dalam hati mereka. Ditambah dengan pihak yang berada dalam lingkungan penyokong yang tidak mengenal akan erti kepatuhan kepada walak.
Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan yang dibangkitkan oleh Presiden TGHH sememangnya menimbulkan rasa tidak senang hati sebilangan penyokong PAS. Kepada yang tidak mengerti haruslah berdiam diri. Jangan dibangkitkan perasaan benci kepada pemimpin tanpa mendalami apa yang cuba ditakrifkan sebagai kerajaan perpaduan. Sebagai seorang Islam memaafkan itu seharusnya ada dalam setiap hati insan Muslim. Dengan era kebangkitan PAS yang semakin dipercayai sebagai sebuah parti yang cuba memimpin kearah sebuah negara yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis dengan penuh keadilan maka orang Islam diperlukan sebagai khalifah untuk memimpinnya. Dengan izin Allah PAS akan mendominasikan politik negara Malaysia ini. Dengan berpadunya orang Islam dalam pentas politik negara maka cita-cita PAS untuk negara Islam berdaulah akan tercapai. Maka hentikanlah cara politik yang tidak sihat yang menghentam para pemimpin PAS sedangkan kenyataan yang sedia ada telah menafikan akan pendapat orang ramai bahawa PAS akan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan. Bukan dengan UMNO tetapi dengan Islam khususnya.
Sister In Islam sememangnya sudah diketahui ramai sebagai penganut Agama Islam yang Liberal. Pengasasnya Amina Wadud telah dikenali diseluruh dunia sebagai Imam Wanita kepada solat fardu dan sekali lagi mengimamkan solat kepada kaum lelaki. Dimanakah rasionalnya keadaan ini. Dan dengan sikap SIS yang setiap kali membelakangkan pandangan ulamak dan Ahli Majlis Fatwa maka seharusnya Pertubuhan ini diharamkam. Majlis Fatwa dan JAKIM haruslah bersikap professional dalam menghadapi SIS. Jangan terikut dengan kenyataan pihak eksekutif yang tidak mempunyai kefahaman tentang Islam yang ingin menjaga survival politik mereka. Kenyataan SIS seringkali menimbulkan kontrovesi dan mengelirukan.
Apakah yang ingin diperjuangkan oleh SIS. Adakah tidak benar ajaran Islam yang terkandung Dalam Al-Quran. Adakah salah hadis dan sirah Nabi Muhammad maka ianya cuba disanggah oleh SIS?. Apakata Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Dengan isu ini maka bertaburanlah kata-kata nista kepada PAS yang sememangnya menjahanamkan.

2.6.09

Jangan Terikut Rentak Songsang UMNO

Sekarang ni banyak cerita yang keluar tatkala Muktamar PAS akan berlangsung. Bermacam-macam teori tentang orang nombor dua dan kenyataan fitnah yang dilemparkan. Kalau yang sebelum ini Timbalan Presiden Pas dipilih pada sidang muktamar maka kali ini pemilihan itu juga harus dipilih melalui muktamar juga. Kenapa harus ada banyak cerita puak itu dan puak ini. Jikalau sebelum kemenangan PR12 yang lalu tiada siapa yang ambil peduli siapa yang harus menjadi orang nombor dua dalam Parti PAS tetapi kenapa sekarang ini bermacam-macam telahan yang timbul.
Adakah sudah ada perasaan gentar dalam hati pihak-pihak yang menyokong kepada perubahan dalam PAS bahawa harus memilih orang itu dan orang ini supaya agenda tertentu dapat dibawa bersama dengan corak pemikiran professional yang dikatakan harus seiring dengan kepimpinan ulamak. Jikalau sebelum ini hanya berapa kerat sahaja golongan professional yang ada dalam PAS. Namun Parti PAS dapat terus hidup malahan berkembang sehingga menjadi sebuah parti yang dominan.Boleh dikatakan Ulamaklah yang berperanan sebagai nyawa Parti PAS.
Namun oleh kerana seiring dengan perubahan zaman penyertaan banyak golongan professional dan golongan lain dalam PAS maka sama-samalah kita ini menjaga dan mentadbir Parti PAS ini seperti sedia ada dengan sedikit penambahbaikan. Kalau dahulu rakyat yang bukan beragama Islam takut kepada Parti PAS tetapi oleh kerana ketekunan dan kesabaran golongan ulamak inilah yang yang menjadikan PAS sebuah parti yang boleh dipayungi oleh setiap lapisan masyarakat. Kefahaman Islam yang dibawa dalam Parti PAS adalah punca kepada kejayaan ini.
Kenapa sekarang ini timbul bermacam-macam cerita tentang calon yang akan bertanding. Tidak sedarkah bahawa sekarang ini terdapat pihak tertentu yang cuba membawa corak pemikiran songsang UMNO kedalam PAS. Tidak dapat dinafikan penyertaan ahli UMNO kedalam PAS tidak sama dengan ahli yang sedari mulanya menyertai PAS. Ahli-ahli ini telah ditarbiah dengan sukatan pentarbiahan PAS. Berbeza dengan ahli UMNO yang kecewa ataupun secara luarannya ingin menyertai PAS akibat kesedaran dosa-dosa yang dilakukan apabila yang dahulunya menghentam PAS. Bagi ahli-ahli yang sedari dahulu yang tidak pernah menyertai mana-mana parti politik mereka ini tidak tahu meminta ataupun mengharapkan sebarang balasan dari titik peluh usaha seperti mana ahli UMNO yang sedia diberi imbuhan atas setiap kerja. Dukacita saya rasakan bilamana Parti PAS yang disayangi ini cuba ditukar haluannya oleh beberapa kerat Ahli yang berjawatan yang berpandangan golongan ulama harus diketepikan dan Parti ini harus dipacu oleh golongan professional yang sifatnya pasti menjurus kepada kebendaan. Mana manusia dapat lari dari kegelojohan nafsu. Sebab itulah saya berpendapat kekalkan haluan yang pernah dibawa oleh para ulamak dan ahli bijak pandai ugama Islam dan pentadbiran Parti Pas ini ditadbir bersama golongan professional.
Ambillah iktibar apa yang berlaku dalam UMNO tatkala golongan ulamak diketepikan yaitu tidak mengambil cakap ataupun nasihat tentang prinsip kepimpinan yang harus ada dalam parti yang akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Wallahuaklam.