18.6.09

Kemana Arah Kemelut Kerajaan Perpaduan.

Hampir sebulan berlalu Muktamar berlangsung, cerita kerajaan perpaduan masih dilaungkan dan ianya makin berserabut apabila dua pimpinan tertinggi berbalah antara menerima dan menolaknya. Kenyataan Mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang amat keras apabila meminta Timbalan Presiden untuk meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan meyertai UMNO.
Kekeliruan terus timbul sehinggakan 10 ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan yang sememangnya mengejutkan banyak pihak. Persoalan timbul apabila kenapakah selepas hampir sebulan cerita kerajaan perpaduan ini dimainkan oleh akhbar pihak kerajaan dan selepas bermacam-macam pujian yang dilambungkan bahawa PAS ikhlas(merujuk kepada individu yang menyuarakan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan)maka baru timbul isu tidak berbangkitnya perkara ini dalam agenda PAS dan PR?.
Rakyat yang berbilang kaum yang memberi sokongan padu kepada PAS berasa amat sangsi akan keadaan ini dan seharusnya perlu ada penjelasan segera sebelum keadaan bertambah parah. Bermaaf-maafan dan berbaik sangka itu dituntut dalam Islam namun haruskan prinsip dan akidah perjuangan diketepikan. Mahukah UMNO dan barisan komponen menerima prinsip politik PAS. Apa yang pasti selama ini PAS dianiaya dengan bermacam-macam cara sehinggakan ada ahlinya yang dibunuh dan terbunuh dalam mempertahankan prinsip perjuangan PAS dalam menegakkan perlembagaan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Apakah kita lupa kepada Peristiwa Memali sehingga kini tidak berkesudahan ceritanya. Mahukah Kerajaan terutamanya UMNO memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka sehinggakan berlakunya Peristiwa Memali.Apakah pihak yang menyokong Kerajaan Perpaduan lupa bagaimana apabila Kelantan dikuasai oleh PAS kerajaan Pusat telah menghentikan segala bentuk bantuan kepada Kerajaan negeri hatta baja untuk tanaman juga dibekukan. Beginilah nasib PAS pada waktu UMNO merasakan parti mereka ini kuat. Ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan ditukarkan kemerata ceruk sehinggakan ada yang lemah semangat dan melupakan kepada perjuangan PAS dan yang paling menyedihkan apabila anak Tuan Guru Nik Aziz sendiri yaitu Nik Adli telah ditahan dibawah Akta ISA. Jadi mana mungkin seorang yang kita ketahui sebagai seorang yang berilmu dan beramal dengan penuh ikhlas kepada Allah mahu menolak apa yang diunjurkan oleh Islam melainkan beliau tahu apa yang tersirat dalam kepala pemimpin UMNO.
Idea Tuan Presiden Tuan Guru Haji Hadi sememangnya ada rasionalnya. Pautan sesama Islam harus jangan diputuskan. Memaafkan seharusnya ada namun mahukah UMNO bersedia menerima tuntutan PAS. Bersedia menerima syarat kepada berlakunya kerajaan Perpaduan?.Sebelum ianya berlaku buktikan dahulu UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional ikhlas. Kembalikan bantuan serta peruntukkan kepada Kerajaan Kelantan. Mansuhkan ISA. Jadikan Al-Quran sebagai panduan perlembagaan dan mahukah mereka berikan jawatan seperti yang diminta oleh Tuan Guru Nik Aziz dahulu. Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan?. Apa kata Muhyiddin?

No comments:

Post a Comment