29.8.09

Arak Kepala Lembu -Arak Kilang Carlsberg

Hari ini berlaku sejarah dalam Umno Selangor yang bangkit kerana mempertahankan Seksyen 23 yang majoritinya Melayu berugama Islam dari dibina kuil hindu. Dengan membawa kepala lembu sebagai lambang simbolik kepada kemarahan mereka.Tapi rasanya sudah terlambat perlakuan mereka itu. Sekiranya mereka dari dahulu sedari bahawa seksyen 23 itu majoritinya melayu Islam mengapa pada tahun 1972 dahulu bilamana Carlsberg ingin mendirikan kilang arak yang begitu besar pembinaanya di seksyen 15 tiada seorangpun orang umno Islam membantah dan berarak ke Pejabat Menteri Besar dengan membawa kepala lembu juga.
Bukankah majoriti negeri Selangor itu Melayu Islam. Dimanakah perasaan marah mereka ketika itu. Adakah kerana pada ketika itu Selangor diperintah oleh Umno maka pembinaan kilang arak tersebut tidak menjadi hal buat mereka. Pembinaan kuil tidak dilarang oleh Islam malah Islam sendiri menyuruh umatnya menghormati ugama yang lain tetapi Islam mengharamkam arak sehingga dinyatakan larangannya didalam Al-Quran.Mengapakah puak-puak Umno ini tidak bangun menentang walaupun dengan nyawa sendiri. Nyatalah Umno cuba membangkitkan perasaan marah segolongan kaum dan berkemungkinan menimbulkan huru-hara kaum.Dalam temubual Malaysiakini para pendemonstrasi melahirkan kekesalan kepada kerajaan PR Selangor kerana tidak sensitif kepada aduan rakyat secara khususnya penduduk Seksyen 23 yang membantah pembinaan kuil tersebut. MB Khalid Ibrahim dan YB Khalid Samad menjadi sasaran dan dituduh sebagai pengkhianat ugama Islam dan penyebab lahirnya rakyat yang biadap.Mareka ini menuduh MB Khalid mengajar mereka menjadi biadap. Kerana tidak mendengar bantahan lebih kurang 50 orang penduduk yang berdemonstrasi membantah pembinaan kuil tersebut. Kalau nak diikutkan hati bagaimana pula dengan tindakan Najib dan polis yang tidak mahu mendengar bantahan ribuan orang yang membantah Akta ISA dan PPSMI dahulu. Bukankah mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai guru yang kurang ajar/biadap. Mereka ini Najib dan KPN juga telah mengajar rakyat menjadi biadap sehinggakan terpaksa mengadakan demonstrasi membantah Akta ISA dan PPSMI.
Rasanya cukuplah Umno cuba memperbodohkan rakyat dengan menganjurkan demonstrasi yang secara terangan berkepentingan untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada Umno. Umno akan diangkat sebagai pembela ugama Islam dan membela bangsa Melayu.Adakah dengan terdirinya kuil hindu itu akan menghakis kepercayaan penduduk seksyen 23 kepada Islam. Akan murtadkah mereka ini. Bagaimana pula dengan kilang arak Carlsberg di Seksyen 15 yang sememangnya mendatangkan musibah kepada rakyat Selangor dan rakyat Malaysia khususnya yang berugama Islam. Berapa banyak orang Islam yang meminum arak kerananya. Berapa ramai yang sudah terhakis imannya dan terkeluar dari Islamnya kerana arak ini. Rasanya Umno Selangor harus sedari bahawa cita-cita mereka untuk membangkitkan semangat perkauman dengan perlakuan mereka ini yang berarak dengan kepala lembu ke bangunan Kerajaan Selangor akan gagal malah tindakan harus diambil kepada individu yang terlibat yang memungkinkan membawa kepada rusuhan kaum. MANA NAJIB 1MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment