14.8.09

Propaganda Umno Gagal Pengaruhi Rakyat-Bah 1

Selepas era reformasi rakyat marhaen telah dibangkitkan dari tidur yang panjang terleka dari mimpi belaian Umno yang telah memerintah sejak sekian lama dengan suapan dan bermacam sogokan. Umno memainkan peranan dengan bantuan akhbar dan media elektronik menipu rakyat bahawa selama Malaysia merdeka dan membangun dari sebuah negara yang kerdil sehingga menuju kearah negara yang maju dan moden hanyalah kerana Umno. Tanpa Umno Malaysia akan kelihatan seperti negara yang mundur. Hanya Umnolah segalanya bagi rakyat negara Malaysia ini. Ditambah dengan parti komponen yang turut serta menipu rakyat. Akibatnya rakyat terus terlena tidak mengambil tahu segala perancangan yang dibuat. Kekayaan harta negara telah disedut dengan sebegitu rupa.
Apa yang tak ada di Malaysia ini. Segala keperluan dibekalkan. Segala kemudahan asas disediakan.Segala kemahuan rakyat dipenuhi tetapi rakyat terlupa bahawa disebalik semua ini ada helahnya. Perancangan untuk mengabui mata rakyat semakin lemah. Dari hari kehari segala tindak tanduk menampakkan kepincangan.Sikap pemimpin yang mengaut keuntungan secara berlebihan daripada setiap projek yang dijalankan semakin disedari. Bayangkanlah sekiranya 20 atau 30 tahun yang lalu kewangan negara diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan secara ikhlas maka sekarang ini rakyat yang ada pastinya akan hidup senang lenang.Tanpa kerisauan.
Parti pembangkang telah memainkan peranan utama dalam kisah menyedarkan rakyat. Sekiranya dahulu kebanyakkan rakyat telah ditutup dari mendapat maklumat tentang Parti Pas. Media telah melabelkan Parti Pas ini sebagai ekstrem sesat dan para pemimpin Pas telah menyalah guna Islam. Media pada suatu ketika telah mewar-warkan bahawa Parti Pas telah menuduh bahawa orang Islam yang tidak menyokong mereka sebagai kafir sehinggakan rakyat pada ketika itu berasa amat marah dan begitu benci akan parti Pas ini. Kemudian satu persatu digambarkan Tok-tok Guru yang menyokong Parti Pas sebagai membawa ilmu Islam yang salah. Paling mendapat perhatian dan yang berjaya sekali mempengaruhi fikiran rakyat adalah mengenai kisah ilmu salah yang dibawa dalam drama Tok Guru Yahya. Cerita diolah sebegitu rupa sehinggakan ada rakyat yang terpengaruh dan melabelkan pengikut Parti Pas yang berserban sebagai pengikut Tok Guru Yahya.Malah ada ahli Umno ketika itu sanggup berbisik menjuih mulut memberitahu bahawa ahli Pas si anu-anu itu pengikut ajaran salah.Pengikut Tok Guru Yahya.

No comments:

Post a Comment