29.3.09

BuKit Selambau Medan Pertempuran.

Setelah 13 calon bebas mendaftarkan diri sebagai calon bagi Dun Bukit Selambau terdapat sebilangan pengundi yang berasa yakin PR akan tewas disini. Sebenarnya apa yang berlaku adalah selepas risikan dan pengumpulan pendapat yang dibuat kesemua calon bebas ini adalah yang diupah oleh pihak BN. Calon Melayu diupah oleh UMNO dan calon India diupah oleh MIC dan PPP. Selepas tinjauan pendapat dan risikan boleh dikatakan hampir 60 peratus undi telah diberikan kepada PKR. Penduduk Bukit Selambau yang boleh dikatakan 90 peratus adalah pekerja ladang dan petani telah lama dipinggirkan. Dan selepas PAS memerintah Kedah dan Ahli DUN Bukit Selambau dilantik sebagai exco maka banyak pembaharuan yang cuba dibawa kesini. Tetapi oleh kerana tempoh perkhidmatan wakil Bukit Selambau yang singkat maka segala rancangan telah terhenti. Sekiranya calon PKR berjaya memenangi DUN Bukit Selambau maka segala perancangan awal akan disambung semula. Penduduk mengetahui perkara ini kerana wakil rakyat yang sebelum ini sentiasa berhubung dengan penduduk dan amat dikenali oleh semua. Dan sekiranya wakil bebas yang memenangi DUN Bukit Selambau maka mereka ini akan dibeli untuk menyertai BN, perkara tersebutlah yang tidak diingini oleh penduduk sekitar. Wakil calon dari MIC sememangnya amat dikenali di DUN Lunas setelah memenanginya pada pilihanraya ke-11 2004 yang lalu. Ganeson dikenali dengan sifat sombong telah menipu pengundi Dun Lunas dengan umpanan untuk mendirikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan India di DUN Lunas tetapi tidak beliau tepati. Dan beliau juga amat sukar dihubungi oleh pengundi. Bukit Selambau dan Lunas tidaklah jauh. Penduduk Bukit Selambau yang hendak ke Kulim akan melalui Lunas terlebih dahulu. Jadi segala yang terjadi di Lunas akan mereka ketahui. Sebab itulah pengundi Bukit Selambau menolak sepenuhnya calon MIC ini sama seperti Dato V Saravanan pada pilihanraya yang lepas. Bekas Menteri Besar Dato Mahathir Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk memenangi DUN Bukit Selambau maka segala perancangan jahat telah dibuat. Maka calon bebas ditaja bertujuan untuk memecahkan undi kepada PKR. Kes yang melibatkan kaum India di Malaysia masih menghantui mereka. Tidak akan ada undi kaum India kepada calon MIC. Rampasan Kuasa di Perak akan menyebabkan kaum Melayu akan berasa marah. Pengundi kaum Cina akan menolak BN secara total setelah apa yang berlaku kepada kaum cina di Perak. Rasuah yang menjalar dalam UMNO terutamanya yang berlaku kepada Khairy Jamaludin akan menyebabkan ahli UMNO ahli MIC dan Ahli MCA akan berfikir dua kali bagi mengundi calon BN. Parti rasuah yang hanya membela golongan atasan BN tetapi rakyat bawahan dan ahli akar umbi diabai dan dilupakan. Sama-samalah kita tunggu dan lihat pada hari pengundian nanti .

27.3.09

Gaji Zambry dibekukan. Macam mana ni?

Punyalah gah seantero Tanah Melayu Dr Zambry Menteri Besar Perak yang baru. Maka berduyun-duyunlah para konco-konco beliau menatang dan melambung tinggi kerana beliau telah menjadi Menteri besar. Terbayanglah dimata juak-juak beliau banyaklah projek yang akan diperolehi selepas ini. Adalah duit sedikit. Tapi sekarang ini apa dah jadi. Menteri besar tak ada gaji. Kalau tak ada gaji macam mana boleh jadi Menteri Besar ni. PAC sendiri tidak mengesahkan bahawa beliau Menteri Besar. Segala gaji beliau telah dibekukan. Kalau gaji Ir Nizar dibekukan tak apalah jugak sebab beliau telahpun ditafsirkan bukan sebagai Menteri Besar lagi itupun hanya cakap juak-juak UMNO sahaja. Kiata tunggulah keputusan Mahkamah nanti. 16 Mei ini akan menjadi penentu kerana sekiranya sidang DUN tidak dilaksanakan sebelum itu maka secara otomatik DUN dibubarkan. Penghakiman Speaker hanya akan didengar pada 28 Mei ini jadi fikirlah akibatnya nanti. Rujukkan: http://thestar.com.my/news/story

Bukit Selambau- UMNO terdesak Sangat

Setelah Kedah jatuh ketangan PAS pada PR12 yang lepas para pemimpin UMNO negeri Kedah merasakan seperti dunia sudah kiamat. Tiada lagi imbuhan wang untuk projek atas angin, tiada lagi wang rakyat yang dapat dirompak, tiada lagi hasil balak yang dapat dikikis. Para pemimpin JKKK merasakan periuk nasi mereka sudah tertutup kerana tiada lagi projek kecil untuk prasarana kampung yang diserahkan kapada mereka. Yang paling malang sekali ialah bekas ADUN Bandar baharu yang sekarang ini adalah merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang hanya dapat meneruskan projek Kolej Komuniti di Kulim. Selepas bercakap besar dalam perhimpunan Agung Umno yang lepas beliau masih tidak berasa malu bahawa beliau ditolak oleh keseluruhan pengundi di Bandar Baharu. Sikap sombong dan sering menikam dari belakang rakan seperjuangan didalam UMNO menyebabkan UMNO bahagian Kulim-Bandar baharu berpecah dua. Sekarang ini gerombolan ini jugalah yang akan ke Bukit Selambau untuk berkempen. Banyak kontraktor kelas F yang akan mendapat projek disini. Akan ada projek mee segera yang akan dilambakkan di Bukit Selambau selepas ini. UMNO yang terdesak telah berikrar akan melakukan apa sahaja untuk memenangi kerusi Bukit Selambau. Benar seperti kenyataan bekas Menteri Besar UMNO akan melakukan apa sahaja. Bukit Selambau akan menjadi sebuah bandar dengan seberapa segera dalam tempoh berkempen ini. Selepas 50 tahun merdeka Pekan Bukit Selambau masih kelihatan seperti sebuah pekan koboi. Bangunan kayu yang usang disepanjang jalan pekan Bukit Selambau menceritakan semuanya.Tiada sebarang kemajuan disini melainkan hanya terdapat sebuah pusat pentadbiran Pejabat Rela Wilayah. Untuk memenangi kerusi Bukit Selambau UMNO-BN telah menyogok beberapa orang calon bebas untuk bertanding dengan harapan dapat memecahkan undi kepada PR iaitu calon PKR. Tidakkah UMNO Kedah tahu bahawa zaman pemerintahan mereka sudah berakhir. Lihatlah sahaja dengan perhimpunan di Taman Ria Sungai Petani. Rakyat yang turun untuk mendengar ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak terbilang banyaknya. Dengan terjahan polis dan FRU akan membangkitkan perasaan semakin benci kepada UMNO. Dengan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan akan bertambahlah benci kepada UMNO. Rakyat negeri Kedah ini lain sedikit caranya. Lagi ditekan akan bertambah kuat ikatan perjuangannya. Peristiwa Memali masih segar diingatan. Janganlah UMNO lupa jangan jadikan Polis sebagai pelindung akibatnya akan memakan diri. Polis semakin tidak dihormati malah semakin dibenci. Tanyalah semua pemuda belia tiada seorangpun yang menyukai polis lebih-lebih lagi selepas insiden yang berlaku. Pihak polis menjadi kuda tunggangan UMNO. Malu rasanya. Tiada maruah dan harga diri. Perjuangan di Bukit Selambau telah bermula maka hadirkanlah diri untuk membantu bagi memenangi Pakatan Rakyat.

25.3.09

UMNO - Lubuk perasuah

Setelah berbulan-bulan siasatan dijalankan akhirnya perasuah didalam UMNO telah berjaya dijejaki. Tindakan telah diambil tetapi benarkah UMNO telah berjaya dibersihkan. Adakah hanya yang terpilih sahaja diambil tindakan bagaimana dengan ratusan laporan yang dibuat. Dan kini pemimpin yang berjaya memenangi jawatan telah diketahui.Adakah bersih mereka itu?.Yang janggalnya ialah walaupun telah dibuktikan bersalah tetapi masih menafikannya. malah dengan perasaan tak tahu malu masih sanggup menunjukkan muka dalam perhimpunan yang dianggap keramat oleh ahli UMNO di PWTC. Adakah ini merupakan perhimpunan terakhir bagi mereka?. Dimanakah SPRM yang dikatakan bebas dan berintigriti dalam menjalankan tugas. Aduan telah dibuat keputusan telah diketahui kesalahan telah dihukum. Terpinggir dari jawatan yang direbut. Kesalahannya adalah politik wang. Bahasa UMNO. Rasuah bahasa SPRM. Maknanya SPRM tidak ada bukti terhadap kesalahan rasuah oleh pemimpin UMNO yang ada hanyalah politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO. Takkan pengerusi SPRM tak belajar sekolah. Pelajar tingkatan dua pun tahu maksud rasuah. Sebabnya dah selalu kena dengan pegawai polis yang korup akibat tidak memakai topi keledar. Permasalahannya sekarang adalah kenapa apabila laporan yang dibuat terhadap parti pembangkang begitu cepat tindakan yang diambil tetapi apabila berlaku kepada pemimpin UMNO pihak SPRM hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga. Dimanakah intigritinya?. Adakah kesalahan politik wang didalam UMNO tidak sama dengan rasuah wang dipihak SPRM. Rakyat sedang melihat tindakan yang akan diambil terhadap dua pemimpin UMNO sekarang yang telah ditendang keluar dan tertendang keluar dalam pemilihan parti.