31.7.09

Kasut Buruk Menanti Zahid Di Permatang Pasir.

Jasad yang berhormat baru saja disemadikan dan Parti UMNO jahanam telah memainkan dialog cerita lama. Nak majukan nak memartabatkan Melayu dan bermacam-macam lagilah janji. Sedangkan janji yang terdahulu semenjak pilihanraya tahun 1999 masih tak tertunai. Kalau nak dikenangkan jasa Allahyarham Pak Hamdan tak terkiralah banyaknya. Namun bukan itu yang diminta untuk dikenang ataupun diungkitkan biarlah segala perbuatan ataupun sebarang pekerjaan dalam membantu rakyat di Permatang Pasir Allah Taala sahaja yang membalasnya.
Zahid barua Yahudi yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO akan berusaha menawan Dun Permatang Pasir berikutan kenyataan Najib Toya bahawa UMNO akan bertanding kerana ada keperluan mengikut perlembagaan berikutan kematian YB Mohd Hamdan.Datanglah wahai Zahid Hamidi kasut buruk menantimu dimana-mana di Dun Permatang Pasir ini. Hanya penghinaan sedemikian yang layak kepada orang yang menghina dan menganiaya saudara seagama dengan tingkah dan laku yang sanggup berbaik-baik dengan yahudi laknatullah.
Kita tunggu apa pula kata kata Harussani sekiranya Zahid hamidi di lontar dengan kasut. Akan ada fatwa barukah mengenainya. Kalau perhimpunan menentang akta zalim ISA dikatakan haram bagaimana pula kisah Najib Toya yang menyalakan lilin pada majlis keagaman kaum hindu dan kalungan bunga di Tugu Negara. Pada majlis menyambut Hari Pahlawan yang sememangnya aku banggakan namun pengisiannya amatlah memalukan. Patung dipuja namun banyak lagi bekas perajurit yang hidup dalam keadaan daif dan susah. Apakahkah hukumnya bertafakur dan memberi kalungan bunga pada tugu yang ibarat patung sembahan bagi sesetengah agama. Tidak sensitifkah Harussani. Mufti kerajaan yang dilantik untuk menjaga kerajaan yang zalim dan memberi fatwa pada yang hanya berkepentingan. Hilang langsung rasa hormat aku kepada mufti yang sorang ni.
Namun apa yang pasti kita tunggulah harinya pada ketika DUN Permatang Pasir yang pasti akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tatkala dihari penamaan calon sehingalah kehari pengundiannya. Zahid Hamidi celakalah kamu.Kasut buruk Permatang Pasir menantimu.

3 comments:

  1. Anonymous said...

    Saya rasa tidak. Hujjah saya dalam artikel saya kuat untuk membuktikan bahawa Harussani ini tidak lain seorang pelacur kepada UMNO.

    Beliau melacurkan agama demi kepentingan peribadi beliau.

    Hujah anda tidak kuat,sila rujuk dalam artikel sama dalam blog Ahmad Awang.

    Harussani diiktiraf sebagai org yg menyedarkan umat Islam ttg murtad sehingga dia tidak dibenarkan berceramah oleh Majlis ugama sesetengah negeri krn pendedahannya dianggap boleh menggugat pihak2 tertentu.

    Ada dia tarik balik statement pasal murtad?

    Harussani banyak keluar statement lawan mahathir,sampai mahathir cuba influence kerajaan Perak buang Harussani tapi gagal.Dia pelacur UMNO ke jugak masa ni?

    Lagi satu,siapa yg kata Anwar tak payah sumpah mubahalah masa Anwar teruk digasak oleh byk pihak lead by DrAsri?Nik Aziz pun mula2 setuju tapi lepas Harussani kata tak payah, Nik Aziz terus keluar statement, ANwar tak payah sumpah mubahalah.

    Adakah Harussani pelacur Anwar masa ni?

    Tulang besi,kau ni mudah lupa, tapi org lain tak lupa.

    Faktor sebenar yg buat TB marah sebab sebelum ni,Harussani adalah satu2nya muftiyg berani berkata menentang arus kerajaan BN tapi dalam soal kerajaan perpaduan,dialah yg menyokong utk jaga maslahah ummah.

    Bapak ayam di sini yang menjual umat islam di Perak untuk disondol,diliwat dan dizina kepada kafir DAP adalah Tulang besi.

    August 1, 2009 6:19 AM

    ReplyDelete
  2. Anonymous said...

    Kiri311,

    TIndakan Harussani menjual agama demi menyokong tindakan zalim BN membunuh orang2 Islam yang tidak berdosa.

    Kalau dalam bahasa lembut,saya kata ini bab khilaf.Yg panggil Ibrahim Libya tu syahid tu adalah another extreme end pulak. Takde sapa pun hina puak2 yg panggil as syahid tu sebagai pelacur pas pulak.

    Kita kena faham dari sudut ugama kenapa Harussani berkata Ibrahim Libya tu bughah. Sebagaimana,Anwar Ibrahim pun setuju Ibrahim Libya bughah dan dia tidak pernah tarik balik lagi-lagi minta maaf kepada "mangsa memali" sampai sekarang.

    Ibrahim Libya adalah bughah kerana melawan dan menentang perintah kerajaan untuk menahannya dengan senjata.Jadi, apakah hukumnya dalam sebuah negara Islam, seorg yang menentang dengan senjata pemerintah Islam ini?

    Ingat definisi pemerintahan Islam dalam babul Imarat sangat luas mengikut Sahih Muslim dan ditahkikkan sebagai sahih oleh Imam Hadith Daruqutni dalam Syarah Imam Nawawi, hatta pemimpin yang berhati syaitan,merampas harta dan mencambuk belakang rakyat selagi mana Islam, Rasulullah pesan supaya dengar dan taat.

    Kalau ilmu tu sikit, jgn hina org yg ada ilmu.Kerja mufti buat fatwa,kena baca byk, bukan macam sorg lagi tu.

    August 1, 2009 6:28 AM

    ReplyDelete
  3. alang said...

    Adakah ini Islam yg anda perjuangkan? Teruk sgtkah Harussani sehingga tiada sekelumit pun kebaikan pada dirinya sehingga anda gelarkan beliau pelacur UMNO? Sedarkah saudara Harussani merupakan mufti paling lantang dan mengeluarkan fatwa bahasa sure heboh HARAM. Tetapi orang2 seperti anda hanya nampak yg buruk. Ada sesetengah haiwan seperti anda yg membidas, kenapa setelah Perak jatuh semula ke tangan BN Jom Heboh kembali ke Perak? Apa bodoh sgt, tugas beliau mengeluarkan fatwa. Bukannya melakukan penguatkuasaan. Bukankah ketika beliau mengeluarkan fatwa negeri perak ketika itu diperintah oleh BN. Yg bab gambar plak, bukankah sesuatu perbuatan yg menyerupai ataupun kita melakukan sesuatu perkara yg mengikut amalan kafir dianggap HARAM? Kerana ini akan mendatangkan keraguan. Ambik contoh, Aku pi duk angguk2 depan patung Budha. HALAL or HARAM? Aku boleh ckp, aku saja duk ratib depan tu, bukan duk sembah. Ada otak pikiaq. Yg pasal gambar Najib tu. Aku kata ang bodoh ang marah plak. Najib tu blajaq agama tinggi mana? Nizar tu plak bukan tinggi ke ilmu agama dia? hmmm. Manusia menjadi bodoh kerana amalan perkauman,kekitaan dan kepartiaan. Semua bodoh. BN bodoh, PAS pun bodoh. Adil lagi2 la bodoh. DAP pandai. :D

    August 1, 2009 8:51 AM

    ReplyDelete