29.5.10

Azizi Abdullah yang sedang sakit

Apabila mendapat sms mengatakan bahawa Ustaz Azizi Abdullah yang sedang mendapat rawatan kerana serangan jantung saya berasa amat terkejut. Beliau yang kini sedang dirawat di Hospital Pakar Penang di bandar Perda dijangka akan menjalani pembedahan jantung secara "bypass" di Hospital Besar P.Pinang. Segalanya bergantung kepada keadaan dan beliau akan terus berada di Hospital Pkar sehingga Isnin ini.
Kepada mereka yang mengenali beliau bersama-samalah kita berdoa semoga keaadaan beliau akan pulih sepenuhnya.