30.1.10

Zahrain + Zulkifli 2x5 saja. Duit punya pasal apapun boleh jadi.

Alahai Zahrain kalau tak dapat projek, tak dapat jawatan semuanya jadi salah. Masa mula buat pakatan dahulu masa ada kuasa, masa ada jawatan semuanya ELOK SAHAJA. La ni bila dah tak ada jawatan tak dapat projek, komunis kuku besi kau kata. Perangai dari bekas ACUAN Umno ni sama saja. Cucilah dengar air selut ka clorox ka samak macam manapun dah tak boleh hilang kotoran dia. Cuba la kawan kawan bagitau kot-kot ada sabun canggih yang ada dipasaran, boleh la bagi kat Dato Seri Anwar kita supaya dia boleh cuci mangkak dua ekor ni.
Menyusahkan orang tak habis-habis. Semua tu bagi bola tanggung kat Umno saja. Ada akai pikiq la sama mangkuk wooi. Jaga la kata-kata tu. Ingat Pesan Tok Guru. Kan Tok Guru dah bagi kata dua. Jangan berpaling tadah dari perjuangan.Jangan ada sikap penting diri. Jangan ada sikap khianat. Jangan ada sifat rasuah. Hangpa cakap saja tak campur dengan Umno tapi perbuatan hangpa tu kami dah tau. Tak payah selindung la. Perangai UMno la tu.
Jangan ingat kata Melayu Umno Pulau Pinang tu baguih sangat. Macam hang Zahrain bekas orang Umno. Mau tak mau perangai busuk perut dengki dan iri hati tu tetap ada. Hang ingat bila hang kata PKR jangan jadi pecacai bila ada jawatan tu hang ingat orang tak tau ka hang kata kat sapa. Kat Mansor la tu. Kawan tu dah jadi Timbalan Ketua Menteri semestinya beliau mengikut perjalanan pentadbiran negeri.Bukan jadi pecacai macam yang hang kata tu. Kalau hang jadi pecacai Umno orang percaya la. Hang tak tau ka Melayu Pulau Pinang dah lama duduk tepi longkang ayak acaq cina saja. Tu kat Kampung Dodol tu Melayu saja. Kalau Melayu Umno yang ada jawatan rumah besaq-besaq semuanya. Kalau yang tak dak jawatan rumah macam mana hang tengok.
Hang simpan la hasad dengki hang dalam hati. Jangan dok cakap ikut sedap mulut saja. Bagi rosak Pakatan Rakyat saja. Kalau boleh mintak hang jugak kena tindakan disiplin.Bagi sedaq sikit. Orang bila biasa senang susah sikit mesti dia tak mau punya. Macam tu la manusia. Jenis tak reti bersyukur. Manusia tak boleh dapat semua.

27.1.10

Apa cerita tentang arahan penarikan balik cerita TV3 dan TV9

Apa cerita sekarang ni. Dah ka TV3 dan TV9 tarik balik berita tentang pegawai khas MB Nizar yang dituduh ditahan SPRM. Kata 24 jam saja. Tak dengar komen apa-apa pun. Tak jalan ka tindakan saman tu. Apa-apapun TV ni memang dah tak betoipun. Cerita kepala babi dlm kawasan masjid sikit saja. Bukan ka yang tu juga satu penghinaan kepada Islam. Takkan la dapat arahan dari orang atas suruh jangan dok heboh sangat cerita ni. Nanti orang marah.

Kan aku dah kata. UMNO memang celaka pembawa masalah

Hari ini umat Islam dikejutkan lagi sekali dengan perbuatan mencemarkan tempat ibadat penganut ugama Islam yaitu MASJID. RUMAH ALLAH.Kalau hari itu gereja dan kuil sikh diceroboh dibakar dibaling dengan cat kiranya tak apa la sangat. Bukannya penghinaan pun sekadar niat ingin merosakkan sahaja. Kini masjid telah dicemari oleh kepala babi. Satu penghinaan yang amat teruk sekali. Siapa yang harus disalahkan. Sebab itulah ALLAH telah menegah jangan merosakkan rumah ibadat penganut agama lain. Nanti kalau rumah ibadat penganut agama Islam pula dikhianati macamana pula rasanya. Kalau yang melakukan perkara tersebut bukan orang Islam dah diketahui bahawa mereka ini tidak beriman dengan ALLAH. Ini yang bmerosakkan gereja, kuil sikh dah tentunya orang Islam. Yang beriman dengan ALLAH. Tahu hukum hakammya.Sekarang ni nak siasat siapa pula. Dimanakah kesudahannya. Siapa yang nak marah sekarang. Takkan hanya UMNO yang baru belajar pakai ketayap, putih sahaja. Sudah semestinya seluruh umat Islam di Malaysia. Tak kalutkah jadinya nanti.
Kepala babi dilontar kedalam dua masjid.Malaysiakini
Kepala babi dilontar dalam dua Masjid-Malaysiakini.Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.Kepingan wang kertas dijumpai bertaburan ditempat yang sama.
Dalam ingatan akulah wang kertas tersebut mungkin sebagai pampasan seperti mana yang telah diberikan oleh Najib kepada sebuah gereja yang terbakar sebelum ini. Kalau haritu puak-puak UMNO inilah yang bermatian menentang padahal Al-Quran tidak menegahpun selain daripada Islam menggunakan kalimah ALLAH sekarang ini mahukah mereka ini bertindak balas akibat daripada perbuatan yang menghina Rumah ALLAH ini?.Kalau perkara ini berlaku dimanakah kesudahannya. Pihak Polis harus segera mengambil tindakan bagi membendung kejadian ini daripada menjadi lebih parah. Umat Islam digesa bersabar dan jangan mengambil tindakan melulu sehinggakan boleh membawa kepada satu musibah yang merosakkan kepada keharmonian negara kita. Tolonglah dengar nasihat ulamak yang muktabar dan janganlah menerima bulat-bulat pandangan mereka yang berkepentingan. InsyaAllah segalanya akan selamat sekiranya Islam itu dihayati dan dipraktikkan dengan sebenar-benar hati yang ikhlkas.

25.1.10

Zulkifli Nordin(Agen UMNO) dah Melampau Sangat

Dah lama pengundi PAS Kulim/Bandar Baharu bersabar dengan MP yang sorang ni. Kalau nak cerita kebaikan tu tak tau la tapi kalau nak cerita keburukan banyak sangat. Punya heboh la nak jadi juara pembela agama. Pandangan dan pendapat beliau nampaknya melebihi dari pandangan ulamak muktabar. Ilmu agamanya cukup tinggi. Lebih tinggi daripada alim ulamak yang lain. Selain daripada alim barua UMNO. Adakah beliau fikir bahawa penganut Islam yang lain tidak sayangkan agama. Hanya beliau dan juak-juak UMNO yang sudah pandai pakai ketayap putih sekarang ni sahaja yang memperjuangkan agama. Kalau dah berada dalam Pakatan ni haruslah pandai menjaga perpaduan. Jangan asyik cakap ikut sedap mulut sahaja.
Adakah beliau fikir PAS yang selama ini berjuang dengan berpaksikan Al-Quran sebagai panduan sudah lupa akan kewajiban menjaga Islam. Tidak terfikirkah beliau bahawa selama ini UMNO yang memanipulasikan perasaan dan sentimen perkauman untuk meneruskan kekuasaan. Adakah beliau baru terjaga dari tidur akibat koma yang panjang sehinggakan beliau tidak sedar bahawa perjuangan menegakkan syariat Islam yang selama ini dinafikan adalah daripada UMNO sendiri. Bukankah sebagai seorang peguam yang panjang akal seharusnya dapat membaca permainan UMNO. Teori "Reverse Psychology" yang diamalkan sememangnya membodohkan Zulkifli Nordin.
Tidak pandaikah TGNA dan TGHH tentang permasalahan agama. Adakah begitu cetek pengetahuan agama mereka. bagaimanakah Zulkifli Nordin yang bijaksana boleh tertipu dengan mainan UMNO. Sudah tengelam isu rasuah dan kebobrokan pemimpin UMNO dengan isu ini. Dan lanjutan daripada laporan polis yang dibuat beliau terhadap Khalid Samad daripada PAS yang menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat sememangnya membuka jalan buat UMNO untuk memfitnah dan menghasut rakyat yang percayakan kepada kebebasan secara demokrasi yang berlandaskan daripada keadilan dan pandangan ulamak yang tidak berkepentingan untuk memperolehi sebarang pulangan hanya keikhlasan memberi ulasan berdasarkan kitab Allah.
Dimanakah rasionalnya dengan tindakan Zulkifli Nordin membuat laporan polis hanya dengan kenyataan Khalid Samad supaya disemak semula akta yang diguna pakai oleh pihak berwajib yang menjaga Agama Islam di Selangor. Lebih mengejutkan tuduhan derhaka kepada Sultan dengan membantah titah Sultan juga dibangkitkan. Kenapa tiada laporan polis dibuat terhadap pemimpin dan pertubuhan NGO yang sememangnya sesat dari petunjuk Allah pada satu ketika dahulu mengatakan hukum Al-Quran sudah tidak relevan lagi pada ketika ini. Bukankah itu secara terangan menghina Islam. Dan tiada kepercayaan kepada Kitab Allah yakni Al-Quran sudah semestinya mengeluarkan individu itu dari Islam. Apakah tidak terfikir pada masa UMNO berjuang menjaga nama Allah dan pada masa yang sama mereka jugalah pelopor kepada kegiatan maksiat dinegara kita ini. Begitu banyak kemungkaran yang dianjurkan oleh UMNO tetapi tiada ketua agama yang melarang dan menegurnya. Sebagai ketua Agama Islam di Negeri Selangor Baginda Tuanku seharusnya dinasihati bahawa membenarkan Kilang Arak dibina di Selangor seharusnya ditegah. Bukankah yang menjaga bab hal ehwal Islam di Selangor berkepentingan. Kalau dah jadi Pegawai yang menjaga Hal Ehwal Agama sudah semestinyalah arif tentang agama. Namun apakah tindakan mereka ini terhadap pihak yang membelakangkan hukum ALLAH. Adakah tugas mereka ini hanya kepada kegiatan maksiat seperti khalwat dan menahan GRO sahaja. Pencegahan kepada perbuatan maksiat adalah lebih baik daripada menahan pesalah maksiat tersebut.
Seperti penjelasan Khalid Samad bahawa Baginda Tuanku memahami dan meminta perkara ini diselesaikan dengan sebaik mungkin. Jadi tidak timbul isu derhaka seperti yang dituduh.
Selepas ini kemanakah arah tujuan Zulkifli Nordin. Nampaknya hanya sepenggal inilah jawatan beliau sebagai MP Kulim/Bandar Baharu. Lebih baik letak jawatan dan kalau ada pilihan raya lagi baik. Boleh la juak-juak UMNO makan besar. Tak gitu.

11.1.10

Umno dah nak mampus- Makin buruk perangai

Macam-macam dah kami buat Datuk Seri. Yang tu la yang ni la tapi tak jalan jugak. Ni kami dapat tau kata menantu dia bagi kek 10 kg. Kita repot kat SPRM tengok boleh jalan ka tidak jarum kita ni. Apa la mangkaq hang ni Alwi wooi. Takkan pasai kek pun boleh kena tangkap rasuah. Menantu di bagi kat dia tu. Takkan Tok Guru makan sorang kek 10kg tu. Maunya terus masuk ICU. Tok Guru kat lemah jantung. Topping kek tu dibuat daripada apa ha!. Takpa la kita repot aja la Datuk Seri kasi gempak sikit. Mesti SPRM siasat punya.
Umno Kelantan punya hal. Dah orang tak mau kat depa ni macam-macam la pulak depa buat nak bagi rakyat benci kat Tok Guru. Nampak sangat lapaq nak mampuih Umno pelaq ni. NIK AZIZ TERIMA RASUAH KEK 10KG DARI MENANTU (Malaysiakini)
Dah 1Malaysia bangsat umno lingkup ni ada hati nak pelingkup Melayu Kelantan pula.

3.1.10

Kalimah ALLAH : Apa Agendanya?.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang sememangnya diketahui tak berapa cerdik ahlinya ternyata sekali lagi menimbulkan kekalutan. Isu nama ALLAH menjadi bualan terkini. Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kebenaran The Herald Catholic adalah berdasarkan perlembagaan persekutuan. Sememangnya itu tidak dapat kita nafikan dan dan dalam Islam sendiri tidak menghalangnya ataupun mengharamkannya. Yang dipertikaikan adalah kenapa harus menggunakan nama ALLAH dalam penerbitan mereka. Adakah tuhan agama Katholik sama dengan tuhan umat Islam. Adakah mereka mempercayai dan mempunyai akidah sama dengan umat Islam yang lain bahawa hanya ALLAH sahaja tuhan yang ada. Sudah semestinya tidak. Jikalau timbul kesedaran dan keyakinan bahawa Hanya Agama ALLAH sahaja yang diredhai maka alhamdulillah jawapannya. Seandainya tidak maka sudah semestinya ada agenda tersembunyi yang cuba dilakukan.
Masyarakat Islam di Malaysia sudah sedia maklum tentang agenda memurtadkan penganut Islam kepada ugama Kristian. Saban tahun dilaporkan ramai yang terpesong akidah mereka dengan gerakan Kristianisasi ini. Kerajaan menafikan berlakunya perkara ini. Namun dengan kehendak ALLAH ramai yang bangkit dalam mempertahankan penggunaan nama ALLAH ini oleh golongan kafir Kristian ini. Sekaligus membuka mata banyak pihak bahawa terdapat golongan kafir yang cuba secara terangan megalih akidah umat Islam dengan kesamaan nama tuhan.
"ALLAH nama tuhanku. ALLAH juga nama tuhanmu. Jadi apa bezanya. Marilah bersama kami menyembah tuhan yang sama. Cuma agama kami lebih bebas adabnya. Tiada kongkongan terhadap perlakuan. Tiada batasan terhadap kehidupan. Dosa boleh diampunkan sekelip mata dengan pengakuan kepada paderi yang menjadi perantaran kepada tuhan. Nama ALLAH tuhan agamaku, nama ALLAH tuhan gamamu. Apakah bezanya."
Telah timbul banyaknya pejuang Agama Islam yang mempertahankan Nama ALLAH hanya untuk penganut Islam di Malaysia. Namun kemanakah menghilangnya mereka ini tatkala Hukum Islam dari Agama Tuhan yang bernama ALLAH dipermainkan. Yang haram dihalalkan. Yang dilarang dibenarkan. Bukannya dilakukan oleh kaum kafir tetapi oleh orang Islam sendiri. Presiden UMNO yang menghalalkan perjudian dan arak kepada masyarakat Majmuk Malaysia yang didominasikan oleh Melayu yang beragama Islam. Berapa banyak sudah yang Islam lalai dan leka dalam kehidupan berjudi. Meminum arak tanpa halangan. Mengapakah tiada yang teringin meminta Yang DiPertuan Agong merangkap Ketua Agama mengambil tindakan dalam hal ini. UMNO dan Kalimah ALLAH. Apa Agendanya.