27.6.09

Makansuap - Idris Jusoh berani kerana ada back-up

Berani sungguh Idris Jusoh ni. Kalau dipanggil oleh SPRM (Suruhanjaya Perabis Ringgit Malaysia) beliau tak akan malu-malu untuk mengadap diri. Ni nak tanya mung la berapa banyak dah ahli politik yang ada sokongan UMNO yang dipanggil dan diambil tindakan oleh SPRM. Mung cakap besar la kalu dah ada backup tu sapa-sapa pun berani. Beliau yang baru pulang dari Amerika seharusnya dikuarantin terlebih dahulu. Mana la tau bawak balik selsema babi dari Amerika nu.
Dalam kes bumbung runtuh ni macam-macam perkara harus dipertimbangkan. Dari kualiti kerja sehinggalah kualiti bahan binaan. Namun yang nampaknya adalah berkat doa rakyat Terengganu yang tertindas dek kerana duit royalti minyak yang dirampas maka kejadian ini bolehlah juga disabitkan.SPRM nipun satu juga. kalau cikgu pakai kereta yang mahal nak kena siasat. Kalau menteri,YB Umno ada banglo,kereta mewah walaupun pada hakikatnya tak mampu buat dek aja. Pasai apa SPRM tak siasat Ketua Menteri Melaka yang dah confirm ada kes. Tak ada langsung kata kertas siasatan telah dibuka. Lembab macam babi juga SPRM ni. Kalau SPRM macam selsema babi kan bagus cepat merebak. Cepat ambil tindakan keatas aduan. Kalau kes terhadap pihak pembangkang sebut sahaja terus adakan siasatan. Kalau dipihak UMNO atau kerajaan terjadi sebaliknya. Lembab silap-silap tak ada kes pula.
Apa-apapun yang pasti Idris Jusoh akan terlepas dan bebas dari unsur rasuah ataupun sebarang penyelewengan berdasarkan status politik beliau dalam Umno. Lihatlah nanti.

18.6.09

Kemana Arah Kemelut Kerajaan Perpaduan.

Hampir sebulan berlalu Muktamar berlangsung, cerita kerajaan perpaduan masih dilaungkan dan ianya makin berserabut apabila dua pimpinan tertinggi berbalah antara menerima dan menolaknya. Kenyataan Mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang amat keras apabila meminta Timbalan Presiden untuk meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan meyertai UMNO.
Kekeliruan terus timbul sehinggakan 10 ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan yang sememangnya mengejutkan banyak pihak. Persoalan timbul apabila kenapakah selepas hampir sebulan cerita kerajaan perpaduan ini dimainkan oleh akhbar pihak kerajaan dan selepas bermacam-macam pujian yang dilambungkan bahawa PAS ikhlas(merujuk kepada individu yang menyuarakan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan)maka baru timbul isu tidak berbangkitnya perkara ini dalam agenda PAS dan PR?.
Rakyat yang berbilang kaum yang memberi sokongan padu kepada PAS berasa amat sangsi akan keadaan ini dan seharusnya perlu ada penjelasan segera sebelum keadaan bertambah parah. Bermaaf-maafan dan berbaik sangka itu dituntut dalam Islam namun haruskan prinsip dan akidah perjuangan diketepikan. Mahukah UMNO dan barisan komponen menerima prinsip politik PAS. Apa yang pasti selama ini PAS dianiaya dengan bermacam-macam cara sehinggakan ada ahlinya yang dibunuh dan terbunuh dalam mempertahankan prinsip perjuangan PAS dalam menegakkan perlembagaan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Apakah kita lupa kepada Peristiwa Memali sehingga kini tidak berkesudahan ceritanya. Mahukah Kerajaan terutamanya UMNO memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka sehinggakan berlakunya Peristiwa Memali.Apakah pihak yang menyokong Kerajaan Perpaduan lupa bagaimana apabila Kelantan dikuasai oleh PAS kerajaan Pusat telah menghentikan segala bentuk bantuan kepada Kerajaan negeri hatta baja untuk tanaman juga dibekukan. Beginilah nasib PAS pada waktu UMNO merasakan parti mereka ini kuat. Ahli PAS yang bekerja dengan kerajaan ditukarkan kemerata ceruk sehinggakan ada yang lemah semangat dan melupakan kepada perjuangan PAS dan yang paling menyedihkan apabila anak Tuan Guru Nik Aziz sendiri yaitu Nik Adli telah ditahan dibawah Akta ISA. Jadi mana mungkin seorang yang kita ketahui sebagai seorang yang berilmu dan beramal dengan penuh ikhlas kepada Allah mahu menolak apa yang diunjurkan oleh Islam melainkan beliau tahu apa yang tersirat dalam kepala pemimpin UMNO.
Idea Tuan Presiden Tuan Guru Haji Hadi sememangnya ada rasionalnya. Pautan sesama Islam harus jangan diputuskan. Memaafkan seharusnya ada namun mahukah UMNO bersedia menerima tuntutan PAS. Bersedia menerima syarat kepada berlakunya kerajaan Perpaduan?.Sebelum ianya berlaku buktikan dahulu UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional ikhlas. Kembalikan bantuan serta peruntukkan kepada Kerajaan Kelantan. Mansuhkan ISA. Jadikan Al-Quran sebagai panduan perlembagaan dan mahukah mereka berikan jawatan seperti yang diminta oleh Tuan Guru Nik Aziz dahulu. Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan?. Apa kata Muhyiddin?

10.6.09

Kerajaan Perpaduan,Sister In Islam.Menjahanamkan

Musuh tidak senang hati sekiranya tidak dapat menghentam ataupun menewaskan lawannya.Perasaan irihati ataupun dengki pasti akan sentiasa membuak-buak dalam hati mereka. Ditambah dengan pihak yang berada dalam lingkungan penyokong yang tidak mengenal akan erti kepatuhan kepada walak.
Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan yang dibangkitkan oleh Presiden TGHH sememangnya menimbulkan rasa tidak senang hati sebilangan penyokong PAS. Kepada yang tidak mengerti haruslah berdiam diri. Jangan dibangkitkan perasaan benci kepada pemimpin tanpa mendalami apa yang cuba ditakrifkan sebagai kerajaan perpaduan. Sebagai seorang Islam memaafkan itu seharusnya ada dalam setiap hati insan Muslim. Dengan era kebangkitan PAS yang semakin dipercayai sebagai sebuah parti yang cuba memimpin kearah sebuah negara yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis dengan penuh keadilan maka orang Islam diperlukan sebagai khalifah untuk memimpinnya. Dengan izin Allah PAS akan mendominasikan politik negara Malaysia ini. Dengan berpadunya orang Islam dalam pentas politik negara maka cita-cita PAS untuk negara Islam berdaulah akan tercapai. Maka hentikanlah cara politik yang tidak sihat yang menghentam para pemimpin PAS sedangkan kenyataan yang sedia ada telah menafikan akan pendapat orang ramai bahawa PAS akan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan. Bukan dengan UMNO tetapi dengan Islam khususnya.
Sister In Islam sememangnya sudah diketahui ramai sebagai penganut Agama Islam yang Liberal. Pengasasnya Amina Wadud telah dikenali diseluruh dunia sebagai Imam Wanita kepada solat fardu dan sekali lagi mengimamkan solat kepada kaum lelaki. Dimanakah rasionalnya keadaan ini. Dan dengan sikap SIS yang setiap kali membelakangkan pandangan ulamak dan Ahli Majlis Fatwa maka seharusnya Pertubuhan ini diharamkam. Majlis Fatwa dan JAKIM haruslah bersikap professional dalam menghadapi SIS. Jangan terikut dengan kenyataan pihak eksekutif yang tidak mempunyai kefahaman tentang Islam yang ingin menjaga survival politik mereka. Kenyataan SIS seringkali menimbulkan kontrovesi dan mengelirukan.
Apakah yang ingin diperjuangkan oleh SIS. Adakah tidak benar ajaran Islam yang terkandung Dalam Al-Quran. Adakah salah hadis dan sirah Nabi Muhammad maka ianya cuba disanggah oleh SIS?. Apakata Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Dengan isu ini maka bertaburanlah kata-kata nista kepada PAS yang sememangnya menjahanamkan.

2.6.09

Jangan Terikut Rentak Songsang UMNO

Sekarang ni banyak cerita yang keluar tatkala Muktamar PAS akan berlangsung. Bermacam-macam teori tentang orang nombor dua dan kenyataan fitnah yang dilemparkan. Kalau yang sebelum ini Timbalan Presiden Pas dipilih pada sidang muktamar maka kali ini pemilihan itu juga harus dipilih melalui muktamar juga. Kenapa harus ada banyak cerita puak itu dan puak ini. Jikalau sebelum kemenangan PR12 yang lalu tiada siapa yang ambil peduli siapa yang harus menjadi orang nombor dua dalam Parti PAS tetapi kenapa sekarang ini bermacam-macam telahan yang timbul.
Adakah sudah ada perasaan gentar dalam hati pihak-pihak yang menyokong kepada perubahan dalam PAS bahawa harus memilih orang itu dan orang ini supaya agenda tertentu dapat dibawa bersama dengan corak pemikiran professional yang dikatakan harus seiring dengan kepimpinan ulamak. Jikalau sebelum ini hanya berapa kerat sahaja golongan professional yang ada dalam PAS. Namun Parti PAS dapat terus hidup malahan berkembang sehingga menjadi sebuah parti yang dominan.Boleh dikatakan Ulamaklah yang berperanan sebagai nyawa Parti PAS.
Namun oleh kerana seiring dengan perubahan zaman penyertaan banyak golongan professional dan golongan lain dalam PAS maka sama-samalah kita ini menjaga dan mentadbir Parti PAS ini seperti sedia ada dengan sedikit penambahbaikan. Kalau dahulu rakyat yang bukan beragama Islam takut kepada Parti PAS tetapi oleh kerana ketekunan dan kesabaran golongan ulamak inilah yang yang menjadikan PAS sebuah parti yang boleh dipayungi oleh setiap lapisan masyarakat. Kefahaman Islam yang dibawa dalam Parti PAS adalah punca kepada kejayaan ini.
Kenapa sekarang ini timbul bermacam-macam cerita tentang calon yang akan bertanding. Tidak sedarkah bahawa sekarang ini terdapat pihak tertentu yang cuba membawa corak pemikiran songsang UMNO kedalam PAS. Tidak dapat dinafikan penyertaan ahli UMNO kedalam PAS tidak sama dengan ahli yang sedari mulanya menyertai PAS. Ahli-ahli ini telah ditarbiah dengan sukatan pentarbiahan PAS. Berbeza dengan ahli UMNO yang kecewa ataupun secara luarannya ingin menyertai PAS akibat kesedaran dosa-dosa yang dilakukan apabila yang dahulunya menghentam PAS. Bagi ahli-ahli yang sedari dahulu yang tidak pernah menyertai mana-mana parti politik mereka ini tidak tahu meminta ataupun mengharapkan sebarang balasan dari titik peluh usaha seperti mana ahli UMNO yang sedia diberi imbuhan atas setiap kerja. Dukacita saya rasakan bilamana Parti PAS yang disayangi ini cuba ditukar haluannya oleh beberapa kerat Ahli yang berjawatan yang berpandangan golongan ulama harus diketepikan dan Parti ini harus dipacu oleh golongan professional yang sifatnya pasti menjurus kepada kebendaan. Mana manusia dapat lari dari kegelojohan nafsu. Sebab itulah saya berpendapat kekalkan haluan yang pernah dibawa oleh para ulamak dan ahli bijak pandai ugama Islam dan pentadbiran Parti Pas ini ditadbir bersama golongan professional.
Ambillah iktibar apa yang berlaku dalam UMNO tatkala golongan ulamak diketepikan yaitu tidak mengambil cakap ataupun nasihat tentang prinsip kepimpinan yang harus ada dalam parti yang akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Wallahuaklam.