25.11.09

Hakim Mahkamah Tinggi Kurang Cerdik ?

Bermula dari episod Negeri Perak hinggalah ke Negeri Kedah menampakkan keputusan Mahkamah Tinggi berterusan dipertikaikan. Semalam sekali lagi Mahkamah Rayuan menolak keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berikutan keputusan tidak membenarkan rayuan penangguhan SPR kepada Pilihan Raya Kecil Kota Siputeh.
Kriteria sebagaimanakah yang diperlukan untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Adakah Setakat lulus darjah enam sahaja. Sehinggakan segala keputusan yang berunsurkan politik meyebelahi keputusan hakim Mahkamah Rayuan. Adakah Hakim Mahkamah Rayuan lebih cerdik ataupun lebih berkelulusan tinggi?. Tidak dapat dinafikan kebelakangan ini Mahkamah Rayuan menjadi kuasa penentu terhadap segala keputusan bermotifkan politik. Siapakah yang menentukan hakim bagi mendengar kes dalam Mahkamah Rayuan. Siapakah orang itu ?. Adakah individu ini berkepentingan ?. Agaknya berapakah habuan yang diperolehi bagi setiap penangguhan yang dibuat. Makan angin lagilah nampaknya para hakim ni.

19.11.09

TGNA-UMNO-Sampai Matipun Tak Akan Dapat

Gambar Harakahdaily
Setelah menitis air mata dihina dan dikhianati serta difitnah akhirnya dek kerana takut akan menerima kekalahan yang memalukan dan penolakkan total dalam pilihanraya yang akan datang dengan rendah diri (muka tak malu) Nazri Aziz mengunjungi TGNA Aziz bagi menjelaskan keadaan dimana kertas siasatan pelakuan rasuah yang dibuka oleh SPRM adalah berdasarkan laporan akhbar dan bukan kerana laporan individu.
Beliau mengatakan bahawa perkara rasuah tersebut telah selesai apabila TGNA membatalkan pemergian ke Makkah dan tidak berlaku perlakuan rasuah kerana penerimaan tajaan tidak diterima oleh TGNA.
Mudahnya lidah berkata-kata. Manisnya mulut mencurah cuka. Setelah terguris hati dan mengalir air mata sehinggakan meledakkan suasana amarah yang amat sangat dikalangan penyokong dan rakyat akibat dari perbuatan UMNO terutamanya UMNO Kelantan sendiri dengan tuduhan TGNA menerima rasuah dan dengan beberapa orang yang melakukan himpunan haram di Kelantan dengan menuduh TGNA makan rasuah tetapi dengan mudah Nazri Aziz mengatakan perkara ini telah selesai?. Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Kelantan yang memandang tinggi TGNA pasti tidak akan lupa kejadian ini. Hal ini akan terus diingati dimana Quraisy Malaysia yaitu UMNO yang mendalangi hal ini akan terus dihukum. Ia akan tetap diungkit dalam setiap perbualan dan perbalahan tentang rosaknya akhlak UMNO. Pada pilihanraya kecil yang mungkin berlaku dengan izin Allah tidak berapa lagi, hal ini akan terus menjadi isu. Isunya adalah dimana UMNO Quraisy Malaysia menghalang seorang Tok Guru mengerjakan haji. Ketepikan dahulu status MB. Ketepikan dahulu Status Ketua Negeri. Rakyat tidak melihat isu rasuah dalam kes ini tetapi rakyat melihat bagaimana seorang Islam dihalang dari menunaikan haji oleh seorang Islam yang lain. Yang membezakannya hanyalah amalan Islamnya sahaja. Yang membezakan UMNO dan PAS adalah hal yang begini. Quraisy Malaysia=UMNO.
Cukuplah dengan segala penipuan dan kini penafian pula dilakukan. Bukankah UMNO terlibat secara terus dalam hal ini. Bukankah individunya adalah orang UMNO sendiri.

17.11.09

Derma Ikhlas Untuk Tok Guru RM2.00

Terasa sayu apabila melihat gambar TGNA mengesat airmata selepas kuliah ugama beliau. Terasa sangat pihak yang membuat fitnah dan khianat kepada TGNA berasa puas hati kerana dapat menyentuh hati TGNA dek kerana perbuatan mereka yang berjaya menghalang niat TGNA itu. Tidakkah mereka ini berfikir bahawa niat yang baik seandainya ditahan akan dibalas dosa kepada mereka itu.
Kutipan sumbangan oleh MSK untuk TGNA sebanyak RM2.00 akan membuka mata banyak pihak bahawa niat yang ikhlas dari jutaan rakyat boleh membawa banyak perkara. Sumbangan dari rakyat yang marhaen untuk TGNA bukanlah seperti tokeh-tokeh yang merasuah menteri-menteri atau pegawai kerajaan bagi mendapatkan projek yang hanya untuk kepentingan diri sendiri. InsyaAllah dengan usaha ini biar kita lihat UMNO dan SPRM yang benak hati itu melihat kuasa rakyat yang ada.

9.11.09

Orang Muda Menolak PAS-Ulasan

Apabila luahan pandangan saya disiarkan dalam Al-Banjari online mendapat ulasan daripada segelintir pembaca yang tidak memahami maksud sebenarnya tentang kekuatan beragama dengan bersandarkan pemilihan parti politik sebagai benteng kemaksiatan maka disini saya ingin memberi ulasan tentang keadaan sebenarnya.
Kita dilahirkan sebagai orang Islam dalam keadaan yang suci lagi bersih. Dari bayi kita diasuh untuk menjadi seorang Islam dengan sehingga dewasa kita tetap berpegang dengan prinsip Islam. Kita mencari guru untuk belajar agama. Dan guru kita menjelaskan bab halal dan haram. Selebihnya dengan bercampur dan bergaul dengan rakan-rakan kita akan mempelajari dengan secara semulajadi akan pengenalan dosa dan pahala. Bukankah ibu-bapa kita pernah menegur bahawa yang itu tak boleh yang ini boleh. Dalam pergaulan seharian kalau kita bercampur dengan rakan-rakan yang baik maka kita akan ditegur dengan penuh berhemah sekiranya perbuatan kita itu menyalahi bab agama. Kalau kita bercampur dengan anak hantu maka segalanya bolehlah.
Kita ambil pendekatan mudah mengapa sekarang ini orang muda mula menolak PAS. Kita ambil bab yang pertama yaitu Hiburan. Mahukah yang kaki disko yang meminum arak yang kaki perempuan menerima PAS. Sedangkan PAS parti Islam yang menekankan bab dosa pahala dalam kehidupan. Mahukah PAS menggadaikan prinsip ini hanya kerana mahu menerima sokongan orang muda. Maka bab pegangan agamalah yang menjadi isunya sekarang. Buanglah sikap tidak menghiraukan tentang dosa dan pahala ini maka kesedaran akan timbul bahawa dengan berbaiah kepada parti PAS maka akan timbul rasa malu kepada diri sendiri untuk melakukan perkara tersebut.
Bab kemajuan. Dalam kita untuk memajukan diri sendiri dengan bekerja dan mencari pendapatan untuk keluarga, darimanakah hasilnya. Adakah dengan melakukan bermacam perkara asalkan memperolehi pendapatan tanpa mengira sumbernya akan menyenangkan kita. Banyak yang diperhatikan tidak memperolehi apa-apapun. Hatta yang Melayu Islamnya pun sanggup menjadi ejen menjual nombor ekor. Kesudahannya papa kedana juga ditimpa berbagai masalah. Ada yang sanggup meninggalkan parti PAS kerana ingin mendapat projek dalam UMNO kesudahannya dipinggirkan. Yang ada dalam UMNO sendiripun kehidupannya susah.Yang senangnya adalah ketua bahagian dan konconya yang sanggup menipu ahli bawahan. Projek yang diperolehi hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Jangan katakan tuduhan ini keterlaluan. Tanyalah dahulu ditempat anda yang banyaknya ahli UMNO pasti akan diperolehi jawapannya. Adakah ini tidak berkaitan dengan kekuatan pegangan beragama juga. Mahukah orang seperti ini menyokong PAS. Sudah tentu tidak.Tiada keikhlasan. Maka tiada keberkatan.
Orang muda yang kurang berpelajaran. Golongan ini semangnya mudah diperkudakan.Kita perhatikan sendiri dikampung-kampung yang agak pendalaman. Terdapatnya segelintir pihak yang menawarkan habuan dalam gerak kerja pilihanraya. Mereka ini memilih untuk menyokong parti lawan kerana apa. Bukankah kerana wang. Mereka ini tidak kisah apa-apapun asalkan diperolehi wang. Adakah mereka ini berfikir bahawa yang disokong itu parti yang tidak mementingkan kehidupan beragama. Kenapa saya berkata begitu, rasanya semua sudah maklum tentang Parti Umno. Dari bab undang-undang sehinggalah kehidupan beragama segalanya diperlekehkan. Rasanya kalau golongan muda ini yang berpelajaran rendah tetapi mempunyai kesedaran agama yang tinggi pasti akan ditolaknya parti Umno ini. Bukankah kekuatan pegangan ugama juga isunya disini.
Golongan muda merasakan parti PAS tidak boleh menjamin masa hadapan. Mereka merasakan bolehkah Pas memerintah negara dan mentadbir segala urusan dengan baik. Meraka merasakan golongan Pas ini hanya boleh bercakap bab agama dan tidak mahir dalam pentadbiran. Dikatakan hanya TGNA sahaja yang berkebolehan dan mendapat rating yang tinggi dalam kajian pendapat yang dilakukan. Mengapa ini berlaku. Bukankah sifat TGNA sendiri yang tinggi ilmu agamanya dan berpaksikan pegangan agama Islam yang menyeluruh juga yang membolehkan Kelantan ditadbir sehingga kini. Kelantan semakin maju. Kemajuan yang diperolehi bukannya datang setahun dua. Namun selama 19 tahun Pas memerintah negeri dengan acuan agama jugalah yang menjadikannya begitu. Biarlah dikatakan mundur dari bab ekonomi (realitinya dinafikan memperolehi pendapatan oleh kerajaan pusat) Kelantan terus berkembang maju.
Aktiviti yang dilakukan untuk orang muda tidak mendapat sokongan kerana tidak memenuhi citarasa orang muda. Tarbiah yang dilakukan oleh Ikwanul Muslimin diterajui oleh As Syahid Hassan Al Banna tidak mengenal tempat. Hatta ditempat permainan bola juga tidak dilepaskan. Tetapi cara penyampaiannya haruslah bertepatan dengan kehendak orang muda itu.Memberi penerangan secara menyeluruh dan secara terbuka tentang konsep dosa dan pahala ini. Menerangkan segalanya tentang halal dan haram. Sehingga timbul kesedaran bahawa sebagai seorang Islam seharusnya percaya akan pembalasan akhirat. Kebaikan dengan bertakwa akan memperolehi syurga dan kufur kepada Allah akan beroleh neraka.
Dan dengan kekuatan pegangan ugama jugalah akan lahirnya ahli PAS yang komited dengan perjuangan dan golongan muda yang akan menyokong PAS bukanlah kerana kekayaan dan kemajuan diri sahaja tetapi kerana untuk Kemajuan Islam itu sendiri. Nafikanlah bahawa Islam itu agama yang salah dan menyokong parti PAS itu parti yang terpesong dari ajaran agama. Dan janganlah kerana kejahilan diri kita menafsirkan segala ajaran dan ajakan Ulamak dalam PAS dengan secara salah tanpa melihat kepada seruannya yang mengajak kearah kebaikan dan meninggalkan segala yang terlarang didalam Islam. Tanpa pegangan ugama yang kuat jugalah akan menjatuhkan iman seseorang itu. Jadi dimanakah salahnya PAS sehingga golongan muda mula menolaknya.
Kerajaan yang akan dibentuk adalah berpaksikan kepada keadilan. Tanpa keadilan yang disyorkan Islam maka akan berlakulah kepincangan sehingga menyusahkan rakyat. Maka jadilah seperti sekarang ini. Dan Pas sebagai tunjang PR yang mempunyai ahli yang takutkan Allah dan yang berpegang teguh dengan ajaran Allah akan mentadbir secara saksama untuk kebaikan rakyat dan amanah yang dipegang adalah untuk kebajikan rakyat juga.