30.4.10

Tok Guru Nik Aziz toksah layan la orang meroyan ni.

Kickdafella! Cukup la dok merapu bab 4 juta tu. Yang lebih penting bongkar la rahsia berpuluh juta malahan ratusan juta duit royalti minyak yang Umno Kelantan songlap tu.Ini dok tuduh yang bukan-bukan sebab sakit hati sebab tak masuk dah ka duit dalam poket tak pun tembelang dah pecah muka tak da tempat nak letak?. Cerita kata rahsia sana-sini fakta tanpa bukti yang sahih jangan sembang la. Kalau kata Umno ni yang takdakpun boleh jadi ada. SPR tu kan salah satu biro Umno. Apa cerita rasuah kek 8 kilo hari tu. Dah settele ka belum. Dengaq kata masih dalam siasatan betul ka?.

25.4.10

Aku dah cakap bab duit ni Melayu memang juara.

Syabas Umno. Syabas warga Felda. Melayu warga Felda sememangnya warga yang sayangkan tanahair. 1 Malaysia warga Felda kena kencing dengan Najib dan gerombolannya. Kalau warga Felda tak menyokong Dato Seri Najib maka jangan haraplah hakmilik tanah usaha akan diberikan kepada anda semua. Sapa yang tak sayangkan tanah dan bilik air tempat kencing dan berak setiap hari. Bukan hanya warga Felda sahaja tetapi begitu juga dengan kaum asal yang ada di Hulu Selangor.
Tulisan ini berdasarkan kepada keputusan peti undi yang memberikan kemenangan besar kepada BN.Dimanakah silapnya kerajaan Negeri sekarang yang berada dalam pemerintahan PR. Adakah salah pilih calon ataupun dek kerana lambakan ratusan juta ringgit kepada Hulu Selangor. Sememangnya orang Melayu memang mudah gelap mata. Mungkin selepas ini post mortem secara terperinci boleh dilakukan berdasarkan kepada keputusan undian dari setiap peti undi. ***tak perlulah dipamerkan carta ataupun keputusan undian berdasarkan pecahan kaum nanti dikatakan tak 1 Malaysia pula.****

22.4.10

Sedaq tak kita yang Umno tu Melayu jugak.

Lama bercuti tulis blog ni sebab kena kerja 16 jam sehari tanpa cuti. Ni aku ambik masa sikit ikuti laporan dari parlimen dan tangan terasa gatai pulak nak menaip.
Cerita tentang Umno Melayu Pas Melayu banyak dalam PKR Melayu ni dah jadi semacam saja cerita dia. Bezanya cuma yang pegang kuasa dan salah guna kuasa kaut duit untuk perut sendiri untuk adik beradik, konco-konco macam yang jadi kat Hulu Selangor nun.Dalam dok berkempen cerita pasai APCO pasai rasuah pasai minum arak pasai kuda kat pengundi Hulu Selangor ada satu yang tukang kempen terlupa nak bagitau. Yang bertanding tu MIC orang India. Yang lawan dia tu Melayu PKR. Yang dok berperang tu Melayu dengan Melayu. Yang dok kena pedajai tu Melayu. Umno kata depa bela orang Melayu. Melayu tidak akan dipinggirkan. Melayu akan dijulang. Tapi yang banyak dok mabuk terhoyong-hayang tu Melayu la. Melayu berfahaman UMNO. Melayu yang biasa dengan Umno. Yang blog dok cerita pasai keburukan Zaid tu pun blogger dia Melayu. Orang suruhan UMno la jugak.Melayu tu.
Yang jadi masalah tentang Melayu Umno ni ialah mudah lupa diri. Dapat duit sekupang dua habis mak-bapakpun tak kenal dah. Anak penakan pun dia nak haria. Kalau yang nak berubah tu sekelip mata tuhan akan tunjuk. macam Pak saudara aku kat Bangi tu. Kalau dulu Nama TGNA ni tak boleh sebut langsung. Ulamak tak boleh pakai kata dia. Tapi bila PR dah ambil alih Selangor dan nampak perubahan yang baik kepada rakyat maka terus kalih. Macam tak percaya aku. Macam tu la jugak rakyat yang susah kat Hulu Selangor tu. kalau bab duit selalunya mudah kelam mata cuma petugas dan yang dok ceramah tu kalau boleh buat la macam Kelantan nu. Bagi tau kat pengundi kalau BN bagi duit ambil, bagi benda ambil masa undi sok tau la kita ajar BN ni.Lagi satu kena ingat ceramah macam nak rak macam kat Bagan Pinang nu tup-tup BN menang jugak. Pasai apa? kan ka pasai duit tu.
Jadi tolong la peringat kat pengundi kalau dia Umno Melayu yang dia dok lawan tu Melayu PKR. Tak kemana la duit sekupang dua macam hari ni yang jadi kat tempat aku. Veteran UMNO yang pandai bab agama mati dah. Sebabnya sikit saja. Penat. Mati jugak. Kalau kuat UMnonya tapi bab sakit ni kalau dah nak jadi penyebab nak bawak mati macam-macam boleh jadi. Bertaubatlah cepat-cepat insafkan diri ingatkan tuhan sebabnya semua kan mati tak kira tua ka muda ka.Amalan kena jaga. Kalau dah tau benda tu tak elok jangan ikut. Jangan jadi serupa sapa tu Halili. Dah dok elok-elok luar kandang babi. Gatai nak pi masuk jugak dalam kandang tu. Kan dah kena Najis babi. Dah tu puji la pulak kata Najis babi tu wangi harum. Heran manusia. Takkan la tokey babi tu bayar duit kot kat dia suruh cakap macam tu. Tapi kalau jenis UMNo ni benda tak masyuk takkan nak saja-saja pi ikut kot?