2.6.09

Jangan Terikut Rentak Songsang UMNO

Sekarang ni banyak cerita yang keluar tatkala Muktamar PAS akan berlangsung. Bermacam-macam teori tentang orang nombor dua dan kenyataan fitnah yang dilemparkan. Kalau yang sebelum ini Timbalan Presiden Pas dipilih pada sidang muktamar maka kali ini pemilihan itu juga harus dipilih melalui muktamar juga. Kenapa harus ada banyak cerita puak itu dan puak ini. Jikalau sebelum kemenangan PR12 yang lalu tiada siapa yang ambil peduli siapa yang harus menjadi orang nombor dua dalam Parti PAS tetapi kenapa sekarang ini bermacam-macam telahan yang timbul.
Adakah sudah ada perasaan gentar dalam hati pihak-pihak yang menyokong kepada perubahan dalam PAS bahawa harus memilih orang itu dan orang ini supaya agenda tertentu dapat dibawa bersama dengan corak pemikiran professional yang dikatakan harus seiring dengan kepimpinan ulamak. Jikalau sebelum ini hanya berapa kerat sahaja golongan professional yang ada dalam PAS. Namun Parti PAS dapat terus hidup malahan berkembang sehingga menjadi sebuah parti yang dominan.Boleh dikatakan Ulamaklah yang berperanan sebagai nyawa Parti PAS.
Namun oleh kerana seiring dengan perubahan zaman penyertaan banyak golongan professional dan golongan lain dalam PAS maka sama-samalah kita ini menjaga dan mentadbir Parti PAS ini seperti sedia ada dengan sedikit penambahbaikan. Kalau dahulu rakyat yang bukan beragama Islam takut kepada Parti PAS tetapi oleh kerana ketekunan dan kesabaran golongan ulamak inilah yang yang menjadikan PAS sebuah parti yang boleh dipayungi oleh setiap lapisan masyarakat. Kefahaman Islam yang dibawa dalam Parti PAS adalah punca kepada kejayaan ini.
Kenapa sekarang ini timbul bermacam-macam cerita tentang calon yang akan bertanding. Tidak sedarkah bahawa sekarang ini terdapat pihak tertentu yang cuba membawa corak pemikiran songsang UMNO kedalam PAS. Tidak dapat dinafikan penyertaan ahli UMNO kedalam PAS tidak sama dengan ahli yang sedari mulanya menyertai PAS. Ahli-ahli ini telah ditarbiah dengan sukatan pentarbiahan PAS. Berbeza dengan ahli UMNO yang kecewa ataupun secara luarannya ingin menyertai PAS akibat kesedaran dosa-dosa yang dilakukan apabila yang dahulunya menghentam PAS. Bagi ahli-ahli yang sedari dahulu yang tidak pernah menyertai mana-mana parti politik mereka ini tidak tahu meminta ataupun mengharapkan sebarang balasan dari titik peluh usaha seperti mana ahli UMNO yang sedia diberi imbuhan atas setiap kerja. Dukacita saya rasakan bilamana Parti PAS yang disayangi ini cuba ditukar haluannya oleh beberapa kerat Ahli yang berjawatan yang berpandangan golongan ulama harus diketepikan dan Parti ini harus dipacu oleh golongan professional yang sifatnya pasti menjurus kepada kebendaan. Mana manusia dapat lari dari kegelojohan nafsu. Sebab itulah saya berpendapat kekalkan haluan yang pernah dibawa oleh para ulamak dan ahli bijak pandai ugama Islam dan pentadbiran Parti Pas ini ditadbir bersama golongan professional.
Ambillah iktibar apa yang berlaku dalam UMNO tatkala golongan ulamak diketepikan yaitu tidak mengambil cakap ataupun nasihat tentang prinsip kepimpinan yang harus ada dalam parti yang akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Wallahuaklam.

1 comment: