12.5.09

UMNO TERKEDU.MCM KENA H1N1

Datuk Sri Nizar yang mendapat kembali hak sebagai Menteri besar sememangnya harus dipuji. Dalam kepayahan mengharungi segala dugaan dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat Perak dan juga seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan pertelingkahan yang berlaku selama 3 bulan akibat kerakusan UMNO merampas kuasa akhirnya tanpa gentar mengembalikan hak untuk memilih kerajaan kepada rakyat Perak. Seluruh negara merayakan kemenangan moral kepada PR. Apa yang penting demokrasi. Perbuatan yang dilakukan UMNO merampas tanpa memikirkan kesan yang diterima akibat perbuatan mereka amatlah merugikan. Mahukah rakyat menerima kembali UMNO secara keseluruhannya di Perak . Apa yang akan terjadi kepada malaun 3 ekor yang menjadi calon bebas dan menyokong Umno. Akan dicalonkan lagikah mereka ini pada pilihanraya kecil nanti. Tak jejak kakilah mereka ini di kawasan masing-masing. Kasut, terompah kayu akan menghujani mereka ini. Kepada tiga ekor balaci UMNO yang digantung tugas harap bersabarlah. Lepas ni jangan lupa balik ke kampung masing-masing untuk melihat tanah yang diperoleh untuk bercucuk tanam. Ubi kayu ikan keli harganya mahal sekarang. Mungkin lepas ni boleh jadi petani pulak. Kerja kat opis dah tak boleh buat. Takkan nak duduk relaks sahaja. Nanti sakit-sakit pulak badan tu. Balik kampung nanti jangan lupa pi cerita kat orang kampung auta kamu tu. Yakinkan orang kampung kamu supaya pilihanraya nanti untuk undi UMNO. Jangan pula nanti silap-silap kena terajang tang muka. Sebabnya orang kampung kamu tu dah meluat. Kamu kata raja disanjung tapi yang kamu pi jerkah MB Nizar dihadapan Raja Nazrin tu kenapa. Nak sangat tunjuk perangai kurang ajar kamu tu. Sekarang ni kita mengharapkan Raja Nazrin akan menerima mengadap MB Nizar bagi mendengar permohonan untuk membubarkan DUN. Dengan cara inilah sahaja maka akan dapat memakmurkan kembali negeri Perak dan mengusir anasir yang menjahanamkan perpaduan rakyat Perak. Kepada Tuan Speaker yang sah diharapkan semoga tuan akan terus berusaha untuk mempertahankan kemuliaan dewan. Halanglah mereka yang tidak berhak untuk mengambil bahagian dalam sidang tergempar DUN yang diura-urakan akan diusulkan undi tidak percaya kepada MB Nizar nanti.

No comments:

Post a Comment