7.5.09

Hari Ini Dalam Sejarah: UMNO Tamat Riwayat PR13

Rasa seksa hari ini berlalu. Makan tak lalu kerja tak menjadi memikirkan apa yang akan terjadi dalam Sidang DUN di Perak telah terjawab. Inilah harinya UMNO telah tamat riwayatnya di hati rakyat Malaysia. Keganasan dan paksaan dan tidak menghiraukan undang-undang telah mamatikan UMNO dihati rakyat Malaysia. Rakyat keseluruhannya telah melihat bagaimana BN-UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi untuk berkuasa. Pada hari ini juga tercipta dalam sejarah negeri Perak dan sejarah negara malaysia hatta sejarah dalam dunia bagaimana Speaker DUN diheret keluar bagi melantik speaker yang lain yang tidak diiktiraf tatkala masih terdapat speaker yang sedia ada. Mana mungkin terjadi satu pihak melantik speaker yang lain pada masa usul untuk memecat speaker yang terdahulu ditolak. Inilah Malaysia. Malaysia Boleh. Sakit hati tidak terkira apabila terbaca dan melihat bagaimana pihak berkuasa sanggup menggunakan kekerasan bagi memenuhi selera BN-UMNO. Tidak terfikirkah mereka ini tentang halal dan haramnya perbuatan mereka ini. Dan terdetiklah dihati ini akan kemarahan kepada mereka ini. Tidak ku halalkan segala gaji dan pendapatan dari titik peluhku ini melalui cukai ataupun apa sahaja yang diambil untuk membayar gaji mereka ini. Mungkin nampak melalut ataupun tidak praktikal namun kemana sahaja cukai yang dikenakan keatas aku digunakan seperti membayar gaji pihak ini tidak ku halalkan didunia dan akhirat.Begitulah marahnya aku pada hari ini. Hanya Allah Maha mengetahui betapa kecewanya dengan apa yang terjadi. Tetapi apakan daya aku ini hanya rakyat biasa. Kuasa yang ada hanyalah pada setiap kali pilihanraya. Kepada pemimpin ku yang disayangi dari PR berjuanglah jangan berputus asa. Rakyat yang tahu menilai akan tetap bersama kamu semua.

No comments:

Post a Comment