1.5.09

Ahli PAS bersama tetap kepada Jamaah

Walaupun sekarang ini banyak pihak terutama orang UMNO mangkak yang mengadu domba antara PAS dan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti namun perpecahan tidak akan terjadi. Bukan keuntungan yang dicari tetapi memakmurkan parti. Walaupun banyak cerita yang timbul bahawa PAS Pulau Pinang ingin meletakkan calon pada pilihanraya kecil Penanti namun PAS Pusat tidak bersetuju. Inilah yang dinamakan berpegang kepada prinsip. PAS tidak akan sekali-kali menikam kawan dari belakang seperti yang UMNO buat kepada PAS dahulu. Melainkanlah PKR sendiri yang tidak mahu meletakkan calon mereka pada pilihanraya itu nanti namun calon sudah diumumkan bahawa PKR akan bertanding maka tak perlulah pihak lain merasa marah. Pihak UMNO akan melakukan apa sahaja termasuk menghasut ahli PAS supaya memboikot gerak kerja parti bagi membantu jentera pilihanraya itu nanti sehinggakan ada blogger yang menyarankan ahli PAS supaya menyokong calon UMNO BN. Ahli PAS bukannya bodoh seperti ahli UMNO. Ahli PAS telah didik untuk berbaiah kepada parti dan patuh kepada UMARAK selagi tidak bersalahan ianya kepada ALLAH. Rasa marah mungkin timbul pada sesetengah orang namun harus jangan dilupa PAS Kedah menang kerana sokongan semua pihak termasuk PKR dan DAP. Perjuangan PAS sekarang adalah untuk menjatuhkan UMNO BN yang zalim. Walaupun siapa yang bertanding selagi ianya bersama dengan PAS maka haruslah ditolong. Jangan sesekali berpaling tadah dari perjuangan hanya kerana ingin mendapatkan kuasa. Janganlah meminta sesuatu jawatan yang belum tentu dapat kita penuhi. Ada hikmahnya yang tersembunyi bahawa PAS tidak menjadi calon. Dapatkah nanti wakil PAS berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat seperti yang sebelumnya. Seandainya tidak maka akan dipandang hinalah wakil PAS tersebut. Diumpat dicerca dan ini akan mendatangkan rasa benci. Mungkin belum sampai masanya tetapi kita amat berharap akan menjadi kenyataan seperti ADUN Permatang Pasir yang ternyata amat dihormati. Pihak UMNO sememangnya berasa amat iri hati dan gerun seandainya PKR dan PAS bersatu di Penanti. Amat susah mereka ini untuk memenangi kerusi Penanti dengan hanya bersandarkan kepada ahli UMNO sahaja. PAS Pusat sememangnya amat bijaksana kerana tidak meletakkan calon di Penanti kerana jika hal ini berlaku maka akan berpecahlah Pakatan Rakyat bukan hanya di Penanti malah diseluruh negara. Bersyukurlah kita kehadrat ALLAH kerana kemenangan yang diberi dapat menonjolkan bahawa PAS mampu memerintah dengan penuh keadilan dan keberkatan. Tak perlulah berpadu dengan UMNO selagi hukum ALLAH tidak ditegakkan. Walaupun Melayu namun mahukah kita menjadi seperti Mesir. Sesama Arab namun yang Arabnyalah yang diseksa dan didera seperti yang berlaku di Malaysia.

No comments:

Post a Comment