14.5.09

Seru Semua Rakyat Penyokong PR Buat Laporan Polis Terhadap Zambry Dan Konco-konconya

ADUN BN, Bebas buat laporan polis terhadap Sivakumar May 14, 09 5:54pm Seramai 27 ADUN BN dan tiga ADUN bebas di Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar yang didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan semasa persidangan DUN 7 Mei lalu. Kesemua mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri, tiba di balai polis Sungai Senam di Ipoh pada jam 2.15 petang untuk membuat laporan mereka. Exco Kanan Kerajaan Perak Datuk Hamidah Osman berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa esok, lapor Bernama Ketua Polis Daerah Ipoh Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.-"Malaysiakini"
Takkan Polis tu berani nak ulas.Buat-buat ditukarkan ke pendalaman Sabah tak ka naya.
Kalau semua rakyat Penyokong PR membuat laporan polis keatas tindakan Zambry dan konco-konconya boleh pitam polis yang ambil report tu. Takkan tak sangkut satu atau dua laporan yang dibuat. Takkan berani polis tu nak tolak laporan keatas salah guna kuasa atau kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker Sivakumar dalam DUN. Lagi satu laporan polis terhadap Hamidah dilupa jangan bersabit salah guna kuasa apabila mencampuri dan mempengaruhi urusan polis tentang kes pukul terhadap warga Perak yang dibuat sebelum ini.

No comments:

Post a Comment