13.5.09

Sekejap Ja Dah Berubah.Hakim Bacul.

Kalau nak di ingat tentang perjalanan mahkamah di Malaysia ni macam-macam bunyi ada. Semenjak terjadinya krisis pemecatan hakim pada tahun 80an dahulu sehingga kini tak pernah lene dari kontroversi. Sehinggakan timbulnya pita Linggam yang menjadi titik tolak kepada sejarah kejatuhan maruah di bidang kehakiman di Malaysia. Hakim yang dibeli, hakim yang menurut kata pihak eksekutif, hakim yang menyokong pihak tertentu amat ketara sekali penglibatannya. Kita boleh melihatnya dari kacamata seorang rakyat yang prihatin dan boleh memikirkan kesimpulannya. Dalam kes Perlembagaan Negeri Perak dengan jelas penghakiman hanyalah boleh dikatakan sebagai memberi keputusan tanpa memberi kelebihan kepada sesuatu pihak sahaja. Maksudnya tiada yang menang atau yang kalah. Oleh kerana negara kita ini mengamalkan tiga peringkat mahkamah maka setiap pihak akan mendapat pengadilan yang boleh dikatakan tidak konsisten. Kita ambil contoh Kes MB Nizar vs MB haram Zambry. Satu mahkamah dengan jelas mengatakan MB Nizar MB yang sah berikutan sebab yang telah diketahui. Ternyata memang benar pengadilan terhadap kes tersebut berdasarkan perlembagaan negeri Perak. Apabila rayuan dibuat oleh MB haram Zambry maka rayuan diterima hanya bersandarkan kes ini akan disemak semula. Kalau dah secara terang-terangan Perlembagaan Negeri Perak menjelaskan MB Nizar adalah MB yang sah adakah rayuan penangguhan yang diberikan kepada Zambry bertujuan untuk menyemak Perlembagaan Negeri Perak?. Mana mungkin terjadi. "Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar. Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan )" Peguam PAS Hanipa Maidin Keadaan istimewa yang dimaksudkan disini adalah (mungkin) Hakim Mahkamah Tinggi silap mentafsirkan Perlembagaan Perak. Kalaupun silap bagaimana dengan penghakiman yang lepas bukankah boleh diambil sebagai rujukan kes. Sebenarnya yang berlaku sekarang ini adalah sikap hakim yang mengendalikan kes. Kalau boleh dibeli diugut maka akan jadilah kes yang sebegini. Kita lihatlah nanti jawatan apa pula akan dipegang oleh hakim ini sekiranya kes ini berjaya. Sebab itulah yang sepatutnya Tuanku Sultan lebih mempunyai hak dal kes ini. Mahkamah dengan secara jelas mengatakan DS Nizar MB Perak yang sah. Maka MB Nizar dengan berlapang hati memohon dibubarkan DUN supaya rakyat Perak dapat memilih kerajaan mereka sendiri. Biar rakyat yang tentukan. Kenapa perlu diikut cakap Najib. Najib sememangnya takut kepada PR. Dengan kekalahan yang bertimpa-timpa tidak mahu beliau kehilangan kredibiliti sebagai PM yang paling banyak tewas PRK. Dalam sejarah Malaysia belum pernah terjadi UMNO-BN tewas PRK sebegini banyak. Semoga Tuanku Sultan perkenaan menghadap MB Nizar dan membubarkan DUN. Lebih cepat lebih baik sebab lepas ni PRK Penanti pulak. Banyak nak kena buat.

No comments:

Post a Comment