23.5.09

Dr Mansor Othman : Kena Pandai Ambil hati

Pada hari pertama berkempen lokasi yang menjadi tempat utama sebagai prasyarat sama ada diterima atau ditolak pengundi adalah Guar Perahu. Bilik gerakan AMK terletak disini.Boleh dikatakan Guar Perahu merupakan kubu terkuat PAS dan PKR.Jadi bagaimana boleh dikatakan Dr Mansor masih belum selamat?. Setahun yang lalu YB dari PKR melalui perkara yang sama. Selesai sahaja penamaan calon pada sebelah petangnya lokasi yang sama dikunjungi. Pasar Malam Guar Perahu.Hanya sekali itulah yang dilihat. Semasa berkempen selepas itu tiada susulan bagi meninjau sekiranya ada sebarang masalah yang dihadapi oleh peniaga disini. Sedangkan rumah beliau hanyalah lebih kurang 100 meter dari Pasar Malam ini. Macamana saya tahu?. Setiap hari Sabtu selalu datang kesini berborak bersama rakan peniaga. Macam-macamlah cerita yang keluar. Hendaknya tidak terjadi lagi seperti yang sebelumnya.
Disinilah terletaknya pusat jualan para penduduk yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat tak kira UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC,GERAKAN. Penerimaan calon boleh dilihat dari keramahan pengunjung ataupun peniaga yang boleh dikatakan amat ikhlas menerima sesiapa yang mereka suka. Banyak pengundi dari saluran 1 disini. Boleh dikatakan banyaknya juga yang menyokong PR. Sekiranya Dr mansor yang dikatakan sebagai penyelidik sehingga lahirnya TEKUN bagi membantu peniaga bumiputra maka gunakanlah segala kepakaran yang ada bagi menawan hati pengundi disini. Janganlah hanya sekali menunjukkan muka dan selepas itu menghilang lagi. Banyak pasar malam terdapat di DUN Penanti ini. Disinilah tempat pertemuan rakan-rakan bersembang bercerita .
Janganlah pula hanya mengharapkan PR sahaja untuk bertemu masyarakat setempat. lain pula jadinya nanti. Masyarakat disini sememangnya mengharapkan YB yang senang dikunjungi bagi membantu sekiranya ada sebarang masalah dihadapi. Ziarahlah sebarang kenduri kahwin sekiranya dijemput. Ziarahlah sebarang kematian yang berlaku sekiranya dikhabarkan. Janganlah kerana terlalu sibuk batang mukapun tidak kelihatan. Sememangnya masyarakat tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kalau boleh makan tak apalah juga. Besok akan ada ruang lagi untuk Dr Mansor membuktikan diri.

No comments:

Post a Comment