17.2.10

Tak letak jawatan la. Tunggu layak dapat pencen dulu.

TGNA juga pengkhinat? Hari ni Encik Zulkifli Nordin buat hal lagi. Samakan kemasukkan TGNA dari Parti Pas dalam Kerajaan Campuran sebagai satu pengkhianatan.Nak tanya En Zulkifli Nordin la adakah TGNA berkempen memburukkan Parti sendiri. Adakah TGNA masuk kedalam Kerajaan Campuran sebab nak jadi kaya. Adakah hanya TGNA seorang sahaja yang masuk untuk membentuk Kerajaan Campuran.
Dah habis modal kah Encik Zulkifli Nordin ni. Saya rasa la betullah cakap seorang yang saya kenal tu bahawa Encik Zulkifli Nordin tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sehinggalah layak En Zulkifli Nordin mendapat pencen. Banyak la jugak duit pencen tu. Tak kerjapun tak apa dah lepas ni. Itu pun sekiranya Encik Zulkifli Nordin tidak boros berbelanja.Ditambah dengan bonus dari kawan-kawan daripada Umno maka bolehlah En Zulkifli Nordin membeli sebidang tanah di Baling untuk bercucuk tanam. Sukacitalah saya ingatkan bahawa di Baling sana nun banyaknya ahli Pas tidak terkira. Beranikah Encik Zulkifli Nordin berhadapan dengan mereka semua. Sebagai seorang yang khianat kepada Parti selayaknyalah Encik Zulkifli Nordin tinggal sahaja di Selangor tu. Lubuk emas. Mana boleh tinggalkan. Tak gitu wahai Encik Zulkifli.
P/s. Bila nak datang Kulim. Kami pengundi Encik Zulkifli Nordin amat merindui anda.

No comments:

Post a Comment