19.2.10

Saiful terkena selsema. Perbicaraan tertangguh.

Mahkamah hari ini telah menangguhkan perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung kesatu tarikh apabila diminta oleh peguamcara setelah dimaklumkan Saiful terkena selsema babi. Dikhabarkan bahawa Saiful tidak dapat menghadiri perbicaraan kes tersebut. Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk seperti penyebaran virus selsema babi maka mahkamah dengan rasa sukacitanya memaklumkan perbicaraan ditangguhkan. (Seperti yang dimimpikan malam tadi).
Betulkah itu yang sebenarnya kenapa perbicaraan tertangguh. Sebelum ini sebarang penangguhan kes sering kali disalahkan kepada pihak pembelaan. Tuduhan melambatkan proses perbicaraan dan sebagainya dilemparkan kepada pihak pembelaan. Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menyatakan sekiranya beliau menarik diri dari mendengar kes ini bermaksud beliau lari dari tanggungjawab sebagai hakim.(Dalam hati kalau aku tak dengar kes ini macam mana la aku nak dapat habuan lepas ni. Tak naik pangkat la aku. Tak masyuk la). Selepas dituduh berat sebelah kerana tidak mengambil tindakan terhadap akhbar yang menyiarkan berita yang boleh dianggap menghina mahkamah pihak pembelaan meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri. Penangguhan sehingga 25 Mac adalah bagi mendengar rayuan penolakan menarik diri.
Hai Mahkamah Rayuan lagi. Tak payah la masuk Mahkamah Rayuan. Kompom kalah punyalah. Kan aku dah kata sebelum ni Mahkamah Rayuan tu harta benda Najib dan Rosmah punya. Bukan Anwar punya. Najib dan Rosmah punya.(Berkaitan dengan tuduhan Karpal Singh bahawa Najib dan Rosmah dalang kes liwat 2). Ditambah lagi gelaran Datuk dan Datuk Wira anugerah dari kerajaan BN-Umno. Maka kenalah jaga hati majikan. Takkan nak bagi majikan kalah kes kot? Tak gitu.

No comments:

Post a Comment