8.2.10

Ada lagi yang nak keluar parti ni. Offer tengah tinggi!

Baguih la ahli PKR ni dengaq cakap ketua.
Saranan Menteri Besar Selangor agar mana-mana ahli yang tidak dapat bersama dengan pandangan serta prinsip diminta keluar parti agar dapat membersihkan parti dari anasir yang buruk serta merosakkan parti telah diambil tindakan dengan keluarnya bekas ahli umno yang tengah lapaq duit. Berserta dengan semangat Tahun Baru Cina ini pemberian ang pau kepada bekas ahli umno yang menyertai PKR kemudian masuk semula umno bolehlah diibaratkan seperti sireh pulang ke junjung.
Semangat pemberian ang pau yang diamalkan oleh kaum cina di Malaysia telah membangkitkan semangat ahli-ahli PKR ini bahawa dengan menyertai umno semula maka amalan ang pau ini akan dapat diteruskan dan diterima oleh mereka.Kandungan ang pau tersebut tidak diketahui tetapi melalui firasat saya mestilah banyak. Jika tidak masakan mereka ini yang berjawatan akan menyertai semula Umno. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid kerana berjaya menyedarkan barua-barua Umno ini dari terus merosakkan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment