25.2.10

Budget kena potong.Aku jugak susah.

Pandai la Kementerian Pelajaran ni. Dalam banyak Kementerian kat Malaysia ni awat la kementerian ni yang Najib potong budjet dia. Banyak la orang dok komplain. Tambah-tambah lagi kerani pejabat sekolah bahagian kewangan. Nak belanja susah. Takdak duit.
Termasuk la sekali dengan aku. Silap aku la jugak kot.Hantar claim lambat. Kerja dah siap tahun lepas lagi. Kemudian sambung pulak awal tahun. Bulan dua baru antar claim. Tup-tup kerani kewangan bagitau budjet tak cukup la. Kena tunggu sat. Apa boleh buat tunggu la. La ni diaorang tak berani panggil buat kerja lagi. Takut lambat bayar. Benda yang dok jadi masalah kat sekolah tu pakai sajalah. Katanya. Tapi kita ni jenis yang tak kisah la. Kalau setakat verbal consulting atau teknikal problem tu tak kira harga. Free saja.Tu yang diorang rasa syok tu. Dapat jimat duit. Aku bukannya apa kesian la jugak kat diorang ni. Kalau claim yang bukan-bukan bila audit tanya susah jugak nak jawab. Bukan macam yang sebelah sana. Apa-apatah yang dibuat tapi claimnya masyaallah. Takut. Kena pulak jenis kerani yang nak makan komisen. Maka bertambahlah lagi claim tu. Macam bagi rasuah la. Nak dapat job hulur sikit. Dah biasa dah benda macam ni. (bagi yang tak takut mati la).
Ini semua kerana Permata yang hilang( Permata ) si Rosmah tu lah punya angkara. Merata-rata tempat pusat pendidikan dok sembang bab ni la. Termasuk sekali dengan guru-guru yang tak puas hati. Apa tunggu lagi teruskan rasa tidak puas hati anda tu sehingga PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment