16.2.10

Buat perangai sebab nak bagi orang tak suka- Kepada siapa?

Sekarang ni PKR dilihat sebagai parti bermasalah. Ahli DUN dan Parlimen yang sering menimbulkan masalah kepada PR datangnya dari ahli PKR. Sebab apa timbulnya perkara ini. Nampaknya UMNO melalui ejen-ejen mereka sedang menimbulkan rasa syak wasangka kepada rakyat tentang gabungan ketiga-tiga parti ini samaada mampu bersama dalam mentadbir negara ataupun sekadar gabungan semasa pilihanraya.
Dilihat dari keadaan yang berterusan sekarang ini Umno mengambil peluang yang terhidang dalam mengabui mata rakyat dengan menonjolkan wakil-wakil mereka dalam menjaga kepentingan rakyat. Maka timbullah slogan "Umno Juara Rakyat".Di Kulim ini boleh dilihat betapa menonjolnya Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam menangani masalah yang timbul kepada penduduk di Kulim. Program mendekati rakyat yang baru-baru ini diadakan menampakkan betapa UMNO bersungguh-sungguh berusaha untuk mendekati rakyat sehinggakan dua biji bas digunakan bagi membawa ahli pergerakan wanita dan yang lainnya untuk bertemu dengan penduduk sekitar Pekan Kulim. Dengan sumbangan beras,gula,milo dan barangan dapur, penduduk juga telah diberi sejumlah wang sebagai bantuan kepada warga yang memerlukan.Dalam pada itu bagi rumah yang mempunyai anak gadis mereka ini dipelawa untuk mengisi borang sebagai ahli Puteri Umno. Yang sakit diziarahi yang miskin dibantu dengan barangan dapurnya surau dibersihkan secara gotong royong (kebanyakkan yang bergotong royong tu bukan penduduk setempat semuanya diimport).Kepada yang totok Pas rasanya puak ini tak kisah dan berasa tidak gusar dengan perkembangan ini. Telah ditanam dalam fikiran mereka orang bagi ambil tapi kalau pangkah ingat bulan tetapi bagaimana pula pandangan pengundi atas pagar. Mereka inilah sebenarnya yang menentukan kemenangan ataupun kekalahan calon..
Pertanyaannya sekarang dimanakah Zulkifli Nordin?. Sebagai ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu seharusnya beliau lebih peka kepada permasalahan rakyat. Sentiasa berhubungan dengan wakil untuk mengenal pasti sebarang kekurangan dan membantu dengan sikap terbuka bukan datang senyap-senyap kemudian lari tanpa dapat dikesan. Kehadiran dengan pandangan terbuka untuk dilihat ditempat awam adalah strategi yang amat perlu bagi menonjolkan diri dalam memperkukuhkan parti seperti yang dilakukan oleh Umno sekarang ini. Namun sebaliknya yang berlaku Abdul Aziz dilihat kebanyakkan orang sebagai seorang yang prihatin kepada permasalahan rakyat ditambah pula dengan sokongan jentera kerajaan serta media yang diketahui amat bias dalam melaporkan sebarang berita daripada Kerajaan Negeri ataupun wakil rakyat Pakatan.
Kesimpulannya sekarang ini adalah sikap berkonfrantasi dengan parti gabungan Pakatan Rakyat terutamanya daripada DAP adalah untuk menanam sifat benci ataupun meluat kepada Pakatan Rakyat bagi memperlihatkan hanya Umno sahaja yang bagus dalam membantu rakyat terutamanya di Kulim ini.Perangai dalam membantah keputusan yang dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat tempoh hari dan percubaan menimbulkan rasa tidak puas hati Melayu Pulau Pinang dalam isu Perarakan Maulidur rasul adalah salah satu strategi bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai. Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR tidak berkarisma untuk menjadi Pemimpin Negara. Bolehkah seorang ketua yang tidak mempunyai kebolehan mengawal ahli parti menjadi Ketua Negara.Adakah itu antara perjanjian antara beliau dengan Abdul Aziz sehingakan petisyen pilihanraya bagi membatalkan kemenangan beliau ditarik balik? Itulah telahan saya mengapa Zulkifli Nordin buat perangai untuk orang benci kepada PKR gabungan Pakatan Rakyat.Wallahhua'lam.

No comments:

Post a Comment