8.12.10

Apabila Sultan Perak Bertitah

Titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah jangan jadi penderhaka kepada bangsanya sendiri apabila Melayu mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu amatlah janggal. Adakah baginda sedar bahawa berapa ramai orang melayu yang hilang hak keistemewaan hatta baginda sendiri telah hilang hak keistimewaan sebagai Raja Melayu angkara perbuatan Melayu sendiri.
Angkara siapakah yang melucutkan hak keistemewaan Raja-Raja Melayu. Angkara siapakah tanah Melayu di Negeri Perak yang hilang terlepas ketangan bangsa bukan Melayu. Janganlah baginda hanya terperap didalam istana dan sekadar mencemar Duli berangkat kemajlis yang diaturkan dengan penuh gilang-gemilang dengan karpet dan alasan yang berwarna kuning sahaja. Jenguklah jalan yang berputar pusing ke Cameroun Highlands yang dipenuhi hutan tebal dan rumah beratapkan daun dan berdindingkan buluh. Siapakah mereka itu. Melayukah ataupun bukan. Dimanakah hak keistemewaan mereka?. Ampun Tuanku kerana menyembah sembah derhaka kerana tulisan sebegini. Tetapi itulah realitinya.
Melayu yang manakah yang menganiaya Melayu sendiri?. Sehingga tergadai tanah Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu di negeri yang mempunyai Sultan Melayu. Apa kuasa Sultan untuk menyekat kebobrokan ini. Dimanakah kuasa keistimewaan Sultan dinegeri Melayu ini?.

2 comments:

  1. Cuba belajar tiru keperibadian Raja Bumipol dari Thailand. Bagaiman baginda disanjung bagitu rupa.

    ReplyDelete
  2. salam reformasi,

    contohi sultan kelantan


    KLIK SINI:SEKS MELAYU

    ReplyDelete