28.12.10

Sudah-sudahlah Gobala.Anda tak perlu kecewa.

Sebenarnya anda adalah individu yang diangkat oleh rakyat yang faham bahawa BN sememangnya parti yang sedang mereput.Sejak sekian lama anda berdiam diri dan memberikan sepenuhnya kesetian tak berbelah bagi kepada parti.Dan mengapa kini perlu ada luahan ketidakpuasan hati diatas pemilihan parti yang tidak memihak kepada anda. Tak perlulah secara terbuka mengkritik kepada Anwar Ibrahim yang pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada personaliti anda.Anda dikenali sebagai individu yang kuat bekerja untuk pengundi dan untuk parti. Jangan kerana ketidakpuasan hati anda akan membuka peluang kepada UMNO-BN yang sentiasa menunggu masa untuk meratah dan memperlekehkan PR.
Buatlah kerja seumpama menarik rambut secara lembut dari dalam tepung nescaya semua akan mendapat kebaikan darinya.Saya yang secara peribadi sentiasa mengikuti perkembangan anda didalam Kawasan Parlimen anda dan sekaligus sebagai penyelaras bagi menggantikan Zulkifli Nordin yang belot amatlah mengharapkan yang terbaik daripada anda.Diamkanlah diri dan mintalah nasihat dan pendapat bagi meredakan kemarahan anda.
Apa salahnya kalau pendapat Tok Guru Nik Aziz diambil kira.Mungkin ada kebaikannya.

No comments:

Post a Comment