25.1.10

Zulkifli Nordin(Agen UMNO) dah Melampau Sangat

Dah lama pengundi PAS Kulim/Bandar Baharu bersabar dengan MP yang sorang ni. Kalau nak cerita kebaikan tu tak tau la tapi kalau nak cerita keburukan banyak sangat. Punya heboh la nak jadi juara pembela agama. Pandangan dan pendapat beliau nampaknya melebihi dari pandangan ulamak muktabar. Ilmu agamanya cukup tinggi. Lebih tinggi daripada alim ulamak yang lain. Selain daripada alim barua UMNO. Adakah beliau fikir bahawa penganut Islam yang lain tidak sayangkan agama. Hanya beliau dan juak-juak UMNO yang sudah pandai pakai ketayap putih sekarang ni sahaja yang memperjuangkan agama. Kalau dah berada dalam Pakatan ni haruslah pandai menjaga perpaduan. Jangan asyik cakap ikut sedap mulut sahaja.
Adakah beliau fikir PAS yang selama ini berjuang dengan berpaksikan Al-Quran sebagai panduan sudah lupa akan kewajiban menjaga Islam. Tidak terfikirkah beliau bahawa selama ini UMNO yang memanipulasikan perasaan dan sentimen perkauman untuk meneruskan kekuasaan. Adakah beliau baru terjaga dari tidur akibat koma yang panjang sehinggakan beliau tidak sedar bahawa perjuangan menegakkan syariat Islam yang selama ini dinafikan adalah daripada UMNO sendiri. Bukankah sebagai seorang peguam yang panjang akal seharusnya dapat membaca permainan UMNO. Teori "Reverse Psychology" yang diamalkan sememangnya membodohkan Zulkifli Nordin.
Tidak pandaikah TGNA dan TGHH tentang permasalahan agama. Adakah begitu cetek pengetahuan agama mereka. bagaimanakah Zulkifli Nordin yang bijaksana boleh tertipu dengan mainan UMNO. Sudah tengelam isu rasuah dan kebobrokan pemimpin UMNO dengan isu ini. Dan lanjutan daripada laporan polis yang dibuat beliau terhadap Khalid Samad daripada PAS yang menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat sememangnya membuka jalan buat UMNO untuk memfitnah dan menghasut rakyat yang percayakan kepada kebebasan secara demokrasi yang berlandaskan daripada keadilan dan pandangan ulamak yang tidak berkepentingan untuk memperolehi sebarang pulangan hanya keikhlasan memberi ulasan berdasarkan kitab Allah.
Dimanakah rasionalnya dengan tindakan Zulkifli Nordin membuat laporan polis hanya dengan kenyataan Khalid Samad supaya disemak semula akta yang diguna pakai oleh pihak berwajib yang menjaga Agama Islam di Selangor. Lebih mengejutkan tuduhan derhaka kepada Sultan dengan membantah titah Sultan juga dibangkitkan. Kenapa tiada laporan polis dibuat terhadap pemimpin dan pertubuhan NGO yang sememangnya sesat dari petunjuk Allah pada satu ketika dahulu mengatakan hukum Al-Quran sudah tidak relevan lagi pada ketika ini. Bukankah itu secara terangan menghina Islam. Dan tiada kepercayaan kepada Kitab Allah yakni Al-Quran sudah semestinya mengeluarkan individu itu dari Islam. Apakah tidak terfikir pada masa UMNO berjuang menjaga nama Allah dan pada masa yang sama mereka jugalah pelopor kepada kegiatan maksiat dinegara kita ini. Begitu banyak kemungkaran yang dianjurkan oleh UMNO tetapi tiada ketua agama yang melarang dan menegurnya. Sebagai ketua Agama Islam di Negeri Selangor Baginda Tuanku seharusnya dinasihati bahawa membenarkan Kilang Arak dibina di Selangor seharusnya ditegah. Bukankah yang menjaga bab hal ehwal Islam di Selangor berkepentingan. Kalau dah jadi Pegawai yang menjaga Hal Ehwal Agama sudah semestinyalah arif tentang agama. Namun apakah tindakan mereka ini terhadap pihak yang membelakangkan hukum ALLAH. Adakah tugas mereka ini hanya kepada kegiatan maksiat seperti khalwat dan menahan GRO sahaja. Pencegahan kepada perbuatan maksiat adalah lebih baik daripada menahan pesalah maksiat tersebut.
Seperti penjelasan Khalid Samad bahawa Baginda Tuanku memahami dan meminta perkara ini diselesaikan dengan sebaik mungkin. Jadi tidak timbul isu derhaka seperti yang dituduh.
Selepas ini kemanakah arah tujuan Zulkifli Nordin. Nampaknya hanya sepenggal inilah jawatan beliau sebagai MP Kulim/Bandar Baharu. Lebih baik letak jawatan dan kalau ada pilihan raya lagi baik. Boleh la juak-juak UMNO makan besar. Tak gitu.

1 comment:

  1. Aku ingat mamat nie ada sesuatu yg tak kena dengan dia, cari pasal tak abis-abis. Wayar kepala dia putus sikit kot?

    ReplyDelete