27.1.10

Kan aku dah kata. UMNO memang celaka pembawa masalah

Hari ini umat Islam dikejutkan lagi sekali dengan perbuatan mencemarkan tempat ibadat penganut ugama Islam yaitu MASJID. RUMAH ALLAH.Kalau hari itu gereja dan kuil sikh diceroboh dibakar dibaling dengan cat kiranya tak apa la sangat. Bukannya penghinaan pun sekadar niat ingin merosakkan sahaja. Kini masjid telah dicemari oleh kepala babi. Satu penghinaan yang amat teruk sekali. Siapa yang harus disalahkan. Sebab itulah ALLAH telah menegah jangan merosakkan rumah ibadat penganut agama lain. Nanti kalau rumah ibadat penganut agama Islam pula dikhianati macamana pula rasanya. Kalau yang melakukan perkara tersebut bukan orang Islam dah diketahui bahawa mereka ini tidak beriman dengan ALLAH. Ini yang bmerosakkan gereja, kuil sikh dah tentunya orang Islam. Yang beriman dengan ALLAH. Tahu hukum hakammya.Sekarang ni nak siasat siapa pula. Dimanakah kesudahannya. Siapa yang nak marah sekarang. Takkan hanya UMNO yang baru belajar pakai ketayap, putih sahaja. Sudah semestinya seluruh umat Islam di Malaysia. Tak kalutkah jadinya nanti.
Kepala babi dilontar kedalam dua masjid.Malaysiakini
Kepala babi dilontar dalam dua Masjid-Malaysiakini.Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.Kepingan wang kertas dijumpai bertaburan ditempat yang sama.
Dalam ingatan akulah wang kertas tersebut mungkin sebagai pampasan seperti mana yang telah diberikan oleh Najib kepada sebuah gereja yang terbakar sebelum ini. Kalau haritu puak-puak UMNO inilah yang bermatian menentang padahal Al-Quran tidak menegahpun selain daripada Islam menggunakan kalimah ALLAH sekarang ini mahukah mereka ini bertindak balas akibat daripada perbuatan yang menghina Rumah ALLAH ini?.Kalau perkara ini berlaku dimanakah kesudahannya. Pihak Polis harus segera mengambil tindakan bagi membendung kejadian ini daripada menjadi lebih parah. Umat Islam digesa bersabar dan jangan mengambil tindakan melulu sehinggakan boleh membawa kepada satu musibah yang merosakkan kepada keharmonian negara kita. Tolonglah dengar nasihat ulamak yang muktabar dan janganlah menerima bulat-bulat pandangan mereka yang berkepentingan. InsyaAllah segalanya akan selamat sekiranya Islam itu dihayati dan dipraktikkan dengan sebenar-benar hati yang ikhlkas.

No comments:

Post a Comment