3.1.10

Kalimah ALLAH : Apa Agendanya?.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang sememangnya diketahui tak berapa cerdik ahlinya ternyata sekali lagi menimbulkan kekalutan. Isu nama ALLAH menjadi bualan terkini. Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kebenaran The Herald Catholic adalah berdasarkan perlembagaan persekutuan. Sememangnya itu tidak dapat kita nafikan dan dan dalam Islam sendiri tidak menghalangnya ataupun mengharamkannya. Yang dipertikaikan adalah kenapa harus menggunakan nama ALLAH dalam penerbitan mereka. Adakah tuhan agama Katholik sama dengan tuhan umat Islam. Adakah mereka mempercayai dan mempunyai akidah sama dengan umat Islam yang lain bahawa hanya ALLAH sahaja tuhan yang ada. Sudah semestinya tidak. Jikalau timbul kesedaran dan keyakinan bahawa Hanya Agama ALLAH sahaja yang diredhai maka alhamdulillah jawapannya. Seandainya tidak maka sudah semestinya ada agenda tersembunyi yang cuba dilakukan.
Masyarakat Islam di Malaysia sudah sedia maklum tentang agenda memurtadkan penganut Islam kepada ugama Kristian. Saban tahun dilaporkan ramai yang terpesong akidah mereka dengan gerakan Kristianisasi ini. Kerajaan menafikan berlakunya perkara ini. Namun dengan kehendak ALLAH ramai yang bangkit dalam mempertahankan penggunaan nama ALLAH ini oleh golongan kafir Kristian ini. Sekaligus membuka mata banyak pihak bahawa terdapat golongan kafir yang cuba secara terangan megalih akidah umat Islam dengan kesamaan nama tuhan.
"ALLAH nama tuhanku. ALLAH juga nama tuhanmu. Jadi apa bezanya. Marilah bersama kami menyembah tuhan yang sama. Cuma agama kami lebih bebas adabnya. Tiada kongkongan terhadap perlakuan. Tiada batasan terhadap kehidupan. Dosa boleh diampunkan sekelip mata dengan pengakuan kepada paderi yang menjadi perantaran kepada tuhan. Nama ALLAH tuhan agamaku, nama ALLAH tuhan gamamu. Apakah bezanya."
Telah timbul banyaknya pejuang Agama Islam yang mempertahankan Nama ALLAH hanya untuk penganut Islam di Malaysia. Namun kemanakah menghilangnya mereka ini tatkala Hukum Islam dari Agama Tuhan yang bernama ALLAH dipermainkan. Yang haram dihalalkan. Yang dilarang dibenarkan. Bukannya dilakukan oleh kaum kafir tetapi oleh orang Islam sendiri. Presiden UMNO yang menghalalkan perjudian dan arak kepada masyarakat Majmuk Malaysia yang didominasikan oleh Melayu yang beragama Islam. Berapa banyak sudah yang Islam lalai dan leka dalam kehidupan berjudi. Meminum arak tanpa halangan. Mengapakah tiada yang teringin meminta Yang DiPertuan Agong merangkap Ketua Agama mengambil tindakan dalam hal ini. UMNO dan Kalimah ALLAH. Apa Agendanya.

No comments:

Post a Comment