18.8.10

Politik UMNO yang menjahanamkan.

Apa yang UMno hendak selindungkan disebalik setiap perbuatan yang terus-menerus menekan segala pergerakkan Pakatan Rakyat dengan membangkitkan segala macam tohmahan dan tindakan agresif dengan memperalatkan segala jentera kerajaan. Semacam ada satu misteri bahawa UMNO BN mesti terus kekal berkuasa.Seandainya hilang kuasa maka akan timbullah dalang disebalik segala percaturan permainan kuasa UBN ini. Rasanya bukan setakat rahsia jenayah,rasuah,salahguna kuasa dan salahguna wang kerajaan (wang rakyat) tetapi ada sesuatu yang ingin dipertahankan. Mengapa sebagai seorang Muslim Perdana Menteri Najib takut untuk menerima seadanya bahawa ALLAH mengira setiap kejahatan dan setiap kemungkaran akan dibalas dengan api neraka. Tidakkah Najib sedar bahawa beliau adalah punca segala masalah kemaksiatan dan kemungkaran ini.
Sebagai ketua eksekutif negara segala kuasa memberi arahan adalah dibawah bidang kuasa beliau. Tidakkah beliau yakin sebagai seorang yang beragama Islam segala kebaikan dan segala ajakan kepada kebaikan akan dibalas syurga akhirnya. Tidakkah mahu beliau dipenghujung usia ini ingin melakukan satu perubahan dengan kuasa yang ada membatalkan sebarang bab yang membawa kepada kemungkaran?. Tidak ingatkah beliau akan mati yang akan menjemput bila-bila masa?. Tidak takutkah beliau akan mati. Adakah sudah terlupa akan hari akhirat. Hari pembalasan dimana segala perbuatan jahat beliau yang berterusan menyokong hal yang menyebabkan rakyat hidup dalam kemungkaran akan dihisab sehalus-halusnya.?.
Sudah pasti ada sesuatu yang menyebabkan beliau berterusan mempertahankan prinsip UMno yang sudah nyata memesongkan.Kenapa beliau harus takut untuk menerima kenyataan bahawa segala perbuatan dan perjalanan ego UMno adalah salah.Bukankah beliau berugama Islam. Dan dimanakah salahnya ajaran Islam. Adakah beliau telah dipengaruhi oleh satu kefahaman bahawa Islam tidak boleh ditegakkan sepenuhnya kerana akan timbul nanti bayang hitam yang selama ini mengheret pemikiran UMno yang memerintah dalam satu arah yang menjurus umat Islam di Malaysia kepada kerosakkan akidah. Ada dalang sebenarnya yang cuba memesongkan akidah umat Islam di Malaysia. Yang mengurus tadbir adalah Melayu UMno tetapi yang memberi idea dan sogokkan minda adalah satu pihak yang kita pasti akan kenal pasti seandainya UBN tumbang dalam pilihanraya nanti.
Akan kita ajukan soalan kenapakah UMno takut untuk membina negara berlandaskan suruhan ALLAH. Adakah Najib terlupa kuasa manusia hanya pada ketika masih bersuara dan berpijak dikaki yang dua sahaja. Kuasa ALLAH adalah segalanya.

No comments:

Post a Comment