9.1.12

Anwar dah bebas!Mlm ni kita ke Tapak Expo Sbg Jaya Penang

Alhamdulillah.Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari pertuduhan meliwat dengan alasan bukti DNA yang meragukan dan pertuduhan lisan tidak boleh diterima pakai sebagai sabit kesalahan.Dan yang paling meragukan adalah sekiranya bacaan penghakiman masih belum dikeluarkan dan hanyalah keputusan hakim sahaja keberangkaliannya Anwar ditahan semula akan berlaku?.
Kenapakah sebelum ini hakim terlepas pandang tentang fakta kes dan tetap meneruskan pertuduhan dan sepatutnya kes ini sudahpun selesai dan Anwar tidak perlu dipanggil membela diri.Ada semacam satu aura yang menyeru supaya keputusan Anwar dibebaskan merayap diudara Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Adakah pihak Pendakwaan akan membuat rayuan keatas kes ini dan selepas itu Anwar akan ditahan semula dan dibicarakan sekali lagi. Jangan lupa bahawa Mahkamah Rayuan adalah lubang tempat UMNO/BN melenyapkan kegembiraan pihak PR seperti yang berlaku sebelum ini. Hakim Mahkamah Rayuan adalah antara yang banyak sekali memberi keputusan yang menyebelahi pihak kerajaan dalam banyak kes yang telah dibawa keperingkat rayuan sebelum ini. Keberangkalian keputusan tidak bersalah boleh dikalih kepada bersalah boleh berlaku.
Apa-apapun malam ini kita semua akan berangkat ke Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang untuk mendegar ceramah Perdana bersama barisan tertinggi pemimpin PR. Jom kita berkonvoi malam ini. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment