21.8.11
Hj Azizi Hj Abdullah yang aku kenal
Segalanya bermula ketika era reformasi 98 dimana ketika itu ramai anak muda yang bangun menentang ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Era reformasi telah menyedarkan aku tentang kezaliman kerajaan pemerintah yaitu UMNO/BN.Aku didatangi oleh Allahyarham Azizi Abdullah ketika sedang kuat berkempen pilihanraya di Taman Selasih. Allahyarham telah mengajak aku untuk duduk dalam jamaah PAS bagi Cawangan Kulim Bandar pada ketika itu yang tidak mempunyai kalangan pemuda PAS yang ramai.Di markas PAS Kulim Bandarlah segalanya bermula dalam perjalanan aku sebagai ahli PAS.Sikap peramah dan ambil tahu segala permasalahan yang berlaku dalam PAS cawangan dan peribadi yang suka membantu amatlah diingati.Setelah beralihnya pimpinan PAS Cawangan dalam pemilihin peringat cawangan aku dilantik sebagai Ketua Pemuda dan selepas itu juga sebagai Setiausaha PAS cawangan dibawah pimpinan beliau.Banyak yang aku belajar.Boleh dianggap beliau sebagai seorang bapa yang banyak membantu dan memberi nasihat dalam perjalanan organisasi PAS cawangan.Sikap bertanggungjawab dan mahukan kesempurnaan dalam organisasi adalah sifat beliau yang amat aku kagumi.Aku juga bolehlah dianggap sebagai penasihat peribadi secara tidak rasmi selain dari menantu beliau dalam bab komputer rosak ni.banyak yang ingin aku pelajari dari beliau namun begitu kesempitan masa dalam bekerja membataskan pembelajaran aku.Namun segalanya adalah dalam ketentuan Ilahi.Pemergian beliau amatlah dirasai.Ketika sakit dan terlantar dihospital beliau tidak jemu menulis dalam blognya.Sikap tidak menunjukkan rasa sakit dan kepayahan menghadapi kesulitan akibat dari kompilasi jantung dan yang terakhirnya buah pinggang telah mambawa kepada kematian beliau. Masih sempat juga dikirimkan sms bahawa beliau semakin pulih rupa-rupanya itu hanyalah kata-kata untuk menyedapkan hati. Disepanjang bulan ramadhan ini boleh dikatakan setiap hari aku teringatkan beliau dengan harapan pada hari raya nanti bolehlah diziarahi beliau.Namun segalanya telah berlalu. Allahyarham akan sentiasa berada dalam kenangan sebagai seorang guru seorang ayah dan seorang pejuang yang banyak berbakti kepada masyarakat baik dari penulisan mahupun bakti sebagai seorang ahli PAS seumur hidup kepada parti PAS.
Azizi Hj Abdullah meninggal dunia
13.8.11
Baru dilantik - Zahid Hamidi Mufti Pulau Pinang

10.7.11
Selepas Bersih 2.0 Najib dan Sharizat berdemo depan Sogo pulak
aku orang yg rugi.pagi buta dah kena tangkap
20.6.11
Zulkifli Nordin ni Pembohongpun Pangkat Datuk la.

16.6.11
Utusan,Perkasa,Polis,SPR dan Bersih.Sekadar Renungan
Umno sokong Utusan Malaysia,Perkasa Sokong Umno dan Utusan Malaysia,Polis Barua Umno,Utusan Malaysia, dan Perkasa,Pengerusi dan Setiausaha SPR pecacai Umno, Rakyat sokong kasi Bersih semua.Kena baca Yassin banyak-banyak la kat Pengerusi SPR tu. Minta terbukak hati jangan dok menipu rakyat sangat.Kat Timbalan Ketua Polis tu agak-agak dah la kalau nak bagi statementpun. Awat dia ingat rakyat takut sangat la kalau kena tangkap tu. Kalau takut kena tangkap takkan la makin banyak kaki fitnah, kaki produser filem lucah, kaki rasuah dalam Umno tu. Ni yang terbaru hacker yg serang laman web kerajaan. Kalau setakat kena sembur kena ligan tu apalah sangat. Apa kata kalau 300 ribu yang berkumpul tu pakat-pakat balun balik anggota polis yang melakukan provokasi masa hari perhimpunan aman 9 July nanti. Agak-agaknya apa yang terjadi. Apa kata kalau rakyat bangun melawan tak kisah la kalau kena balun ka kena apa ka. Apa kata sekiranya pemuda PAS berpakat andaikata seorang ahli perhimpunan aman itu dipukul maka setiap ahli yang ada akan menyerang balik. Tidak akan membenarkan sebarang tangkapan pun dibuat. Pihak Polis akan ditentang dilawan sepenuh hati. Takkan nak panggil askar untuk cover polis pulak. Maka dari titik tolak inilah akan berlakunya ketegangan dan seterusnya membangkitkan semangat untuk memberontak menentang anggota keselamatan. Ianya kan merebak sehinggakan jalan raya tempat perhimpunan akan menjadi tempat rusuhan sepertimana yang berlaku di Mesir. Akan ditembakkah mereka ini. Akan dibunuhkah mereka ini.Andaikata diseru kesemua pemuda ini oleh walak untuk bangun menentang sebarang kekerasan semasa perhimpunan dan perarakan aman ini agak-agaknya apa yang akan terjadi.Maka nasihat kepada Timbalan Ketua Polis Negara yang kuat membodek ni patuhilah undang-undang yang sedia ada berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan kebebasan berhimpun dan bersuara secara aman. Jangan jadikan rakyat sebagai musuh pegawai keselamatan. Kawal dan pastikan perarakan ini berjalan secara aman tanpa diganggu. Janganlah jadi barua pecacai Umno yang dah nak mampus tu.Ambil kes seperti yang sebelum ini yang mana dibicarakan kesemuanya dibebaskan dan dilepaskan oleh mahkamah tanpa sebarang tuduhan. Polis dah banyak kali kalah dalam kes perhimpunan yang dianggap haram ini. Benda jadi haram kalau tidak dihalalkan. Serupa dengan orang kerja polis la. Makan gaji dari duit rakyat tapi polis la yang dok pi balun rakyat yang banyak berhimpun tu. Depa ni tak halalkan la duit gaji tu. Macam mana pulak. Takkan nak kata tak kisah la bukan depa yang bayar gaji kami tapi kerajaan umno yang bayar.Tup-tup buat haji dengan duit haram. Gelaran haji bawak sampai mati. Lepas tu bila mati ambil pulak duit tu buat kenduri bacaan tahlil. Bila dah tanam ambil duit buat beli batu nisan pacak kat kubur. Panjang la cerita bab ni.Apa-apapun bagi pihak rakyat bersabarlah. Polis yang bercakap besar tupun bukannya nak hidup lama. Bukan nak tongkat langit. Tua sikit hari lagi mati la.
1.6.11
Subsidi Minyak dah takdak.
Kepada yang memandu kenderaan pengkutan harap sedia maklumlah bahawa mulai hari ini tiada lagi subsidi minyak.Maka secara automatik jugalah bertambah kos untuk tujuan penghantaran barangan. Maka dengan itu jugalah harga barangan terpaksa dinaikkan bagi menampung kos minyak yang tidak lagi rendah. Kepada siapakah kos itu akan dikenakan. Adakah dengan menggunakan wang poket sendiri ataupun kos itu akan diserapkan dari wang pengguna.Nampaknya kerajaan BN berbohong kepada rakyat dengan mengatakan pengguna tidak akan dibebankan walaupun tiada kenaikan harga minyak.Namun subsidi yang ciput itulah yang amat diharapkan. Tarif elektrik dah naik. Subsidi minyak dah tiada.Harga barang yang dibeli untuk didagangkan sudah meningkat adakah untung ciput yang akan digunakan untuk kos peyelenggaran terpaksa dikurangkan.Mulai hari ini juga harga barang pengguna akan dinaikkan 10 hingga 30 peratus. Banyak tu. Tapi tak mengapa kerana orang yang menyokong BN akan dikecualikan dari harga barangan yang meningkat ini. Terima kasih BN. Terima kasih UMNO. Tanpamu disisi siapalah kami rakyat marhaen ini.Luv u always. Peace
5.2.11
Masyarakat peduli ke kalau Kerajaan Zalim?
Demo anti Hosni Mubarak dihadapan Bangunan Tabung Haji telah menunjukkan sikap sebenar polis di Malaysia. Hanya dengan arahan pihak atasan yang berkepentingan yang cuba menutup ruang demokrasi. Apakah salah sekiranya rakyat bangkit untuk menunjukkan sokongan kepada jutaan rakyat Mesir yang menolak pemerintahan Hosni yang selama tiga dekad yang penuh dengan kezaliman?.Nampaknya pemerintah di Malaysia terutamanya Umno BN takut sekiranya penolakkan rakyat kepada rejim zalim di Mesir merebak ke Malaysia. Maka dipergunakannlah pecacai satu Malaysia yaitu polis yang merupakan raja Di Malaysia.Akan munculkah seorang pejuang demokrasi yang dapat membangkitkan semangat rakyat untuk melawan keganasan serta kezaliman pemerintahan Umno BN melalui pecacai polisnya melalui demonstrasi jalanan sehingga terjatuhnya kerajaan Umno BN?.Parti Pembangkang sekian lamanya cuba mengambil pendekatan selamat yaitu dengan menyertai pilihan raya bagi mengambil tampuk pemerintahan negara yang sekian kalinya telah dimonopoli dengan penipuan oleh agensi suruhan kerajaan.Biarlah segala penipuan yang terlaksana ini diendahkan kerana rakyat yang sering digula-gulakan dengan wang dan ringgit akan tetap menyokong Umno BN. Tidak ada rasa gundah gulana,kesempitan ataupun rasa amarah oleh segelintir masyarakat terhadap kerajaan kerana mereka ini sentiasa memperoleh apa yang mereka mahu tidak seperti masyarakat luar bandar yang terus dimomokkan dengan kebendaan setiap kali menjelangnya pilihan raya baik yang kecil ataupun yang besarnya.Apa lagi yang harus dilakukan untuk menyedarkan masyarakat kita ini bahawa kerajaan yang ada sekarang zalim dan memeras rakyatnya untuk kepentingan poket mereka sendiri. Cuba tanya masyarakat Melayu Felda dan orang kampung apa rasanya kalau tak ada duit untuk membeli baju raya?. Terukkan?P/s tak boleh demo kalau raya.Anak-anak nak baju raya,kasut raya,duit raya depa demo kat rumah boleh ke?.
22.1.11
Pecah Tembelang! TPM Islam tak suka Negara Islam.Proksi Yahudi ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)