8.3.10

Zulkifli Nordin makan babi?

Dua tiga hari ni kisah Zulkifli Nordin sangat hangat diperkatakan. Tindakan si Zul ni yang memecah-belahkan parti dan cuba mengheret Pas sama dalam pertikaian Pakatan Rakyat apabila berasa seronok dengan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa beliau mungkin diterima masuk kedalam Pas. Dan setelah Mahfuz menidakkan kenyataan Tuan Ibrahim dan dijelaskan semula oleh Tuan Ibrahim bahawa Pas tidak akan menerima si Zul ini sedikit melegakan. Kita ikuti cerita selanjutnya kisah Zulkifli Nordin makan babi.
Apabila sembang kedai kopi keudara tentang cerita Zulkifli dipecat daripada PKR dan masih mahu menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu rata-rata pengundi di Kulim ini menjadi amat marah. Dengan kenyataan berapi-api bahawa beliaulah pembela agama dan malu kepada Allah dengan tindakan pemecatan beliau kerana memperjuangkan kalimah ALLAH daripada digunakan oleh orang kafir dan sikap Anwar Ibrahim kerana gagal memartabatkan Islam dan bangsa Melayu kerana terlalu menurut kata firaun-firaun kecil yang telah menganiaya beliau. Apabila disuruh meletakkan jawatan beliau bertegas tidak akan melakukannya kerana dengan alasan beliau telah dipilih oleh pengundi.
Sekarang ini setelah menjadi wakil bebas kerana tidak berparti maka Umno dengan senang hati mempelazwa beliau ikut berjuang bersama Umno yang dikatakan lebih prihatin kepada Islam dan rakyat. Maka timbullah isu khianat kepada pengundi. Khianat kepada penyokong PKR,PAS dan DAP yang memilih beliau sebagai wakil dalam Pakatan Rakyat. Rata-rata pengundi beliau kebanyakkannya Melayu menyokong Pas berasa beliau tidak layak lagi menjadi Ahli Parlimen. Dan tindakan mendesak beliau meletakkan jawatan dipandang mudah. Dan dek kerana takut kehilangan segala elaun dan bayaran sebagai Ahli Parlimen maka beliau akan terus mengekalkan status sebagai ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Dan bagi melayakkan beliau menerima pencen maka tindakan meletakkan jawatan amatlah merugikan. Maka sekarang ini isu khianat kepada pengundi semakin membarah. Para pengundi amat terkilan dan tidak redha akan segala pendapatan daripada perolehan beliau sebagai Ahli Parlimen. Mengharamkan segala pendapatan beliau yang akan menjadi darah daging. Takkanlah beliau yang bijak berugama dan pandai dalam bab hukum-hakam tidak tahu tentang halal dan haram. Dan sekiranya pengundi yang memilih beliau sehingga menang dan memperolehi pendapatan mengharamkannya bukankah lebih kurang makan babi juga tu!

13 comments:

  1. salam atau salam sejahtera,

    "Apabila sembang kedai kopi keudara tentang cerita Zulkifli dipecat daripada PKR dan masih mahu menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu rata-rata pengundi di Kulim ini menjadi amat marah."

    -anda round satu kulim ke untuk keluar statement ni, atau anda rasa anda hebat. ptui!

    "Sekarang ini setelah menjadi wakil bebas kerana tidak berparti maka Umno dengan senang hati mempelazwa beliau ikut berjuang bersama Umno yang dikatakan lebih prihatin kepada Islam dan rakyat. Maka timbullah isu khianat kepada pengundi."

    -Jgn buat fitnah! bila beliau kata nk masuk UMNO, dlm MI beliau tegas tidak akan sertai UMNO. Bla msnya beliau khinat?!

    "Rata-rata pengundi beliau kebanyakkannya Melayu menyokong Pas berasa beliau tidak layak lagi menjadi Ahli Parlimen."

    -lagi sekali anda buat fitnah, "rata-rata" bukan angka yg menunjukkan majoriti, anda penipu!

    "Dan dek kerana takut kehilangan segala elaun dan bayaran sebagai Ahli Parlimen maka beliau akan terus mengekalkan status sebagai ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu."

    - dia sorg lawyer dia sudah kaya, atas dasar apa anda buat statement fitnah gini? Tok Guru ajar anda kah?

    "Para pengundi amat terkilan dan tidak redha akan segala pendapatan daripada perolehan beliau sebagai Ahli Parlimen. Mengharamkan segala pendapatan beliau yang akan menjadi darah daging."

    - berapa org pengundi? mna angkanya? majoritikah? klu majoriti YB Zul patut letak jawatan klu sebaliknya dia harus kekal.

    Tulis pakai otak dan jgn malukan Islam!

    ReplyDelete
  2. Kepada penulis sapien babi:

    aku orang Kulim. Aku terlibat secara langsung dengan gerak kerja pilihanraya dia ni. Aku pengundi yang membawa pengundi dan membawa dia di berkempen di segenap pelusuk kampung. Kalau nak tanya orang Kulim ni bukan kata Melayu saja Cina, Hindupun tak suka kat dia ni. Kalau nak penerangan lebih lanjut sila la datang ke Kulim ni. Kalau hang dok di luar Kulim la. Kalau orang Kulim maksudnya hang ni orang Umno la.

    ReplyDelete
  3. Zulkifli Noordin kena pecat dgn parti.. bukan dia keluar parti.. dia tak khianat parti.. tapi parti khianat dia..

    Situasi berbza tu.. kena la faham.. Sebagai penyokong tak elok membabi buta ikut cakap pemimpin. Siasat dulu..

    Anda penyokong PAS.. parti islam.. tapi anda dengan sewenang-wenangnya menganggap orang lain makan babi.. kan tak elok tu.. walaupun makan babi yang anda perkatakan tu hanyalah perumpaan pada elaun yang dia dapat.. tapi anda ke yang tentukan halal haram rezeki dia tu? dan saya rasa ZN tak takut kehilangan elaun.. yang dia takut orang kulim hilang pegangan agama islam.. tu yang dia masih kekal sebagai MP di kulim..

    ISLAM ITU INDAH..

    ~ahmadrazmie~

    ReplyDelete
  4. quoted, "I do not agree with many things Zul has said but what horrible wrong did Zul Noordin do? He lodged a Police report not against a fellow party member but against a PAS fellow. So what? He had his own views about his religion. So what? You kick him out for that? Ini demokrasi style apa? These are the people who are being touted as the ‘champions of democracy’?".. baca lebih lanjut di

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/03/zulkifli-nordin-gets-liwatted.html

    ReplyDelete
  5. Tak baik ko babi kan orang.. kalo orang babi kan ko, anak bini ko macamana? Hina sangat kah Zul ni sebab dia keluar PKR? Lagipun, dia bukan nya keluar rela hati, dia dipecat. Dia pun cakap kat dalam blog dia, dia akan mengadap lembaga disiplin kalo semua Islam. Korang ahli pakatan rakyat kena bangga sebab ada sorang mamat macam dia, kerana dia lah Lim Guan Eng consider balik nak buat majlis maulud nabi, kerana dia lah, anasir2 kristian tak berani sangat nak bersuara. Kalo tak,kena pijak kepala la korang.
    Ko maki orang macam ni, ko tahu kan hidup ni umpama roda. Sat lagi anak cucu ko join parti yang ko asyik maki tu, padan muka ko.Ada berani ko nak maki parti tu lagi? Mesti tak berani kan, sebab kena kat anak bini ko balik. Time tu ko tau la langit tinggi rendah. Skarang sedap la maki orang kan?????

    Nak tulis tu perpada-pada la.. ni main taram aje..

    Ada berani publish komen aku?

    ReplyDelete
  6. Alalahai... semoga Allah memberi hidayah kepada penulis blog nie...

    ReplyDelete
  7. sapien ni penyokong Islam PAS kan ?

    tak heran la ayat dia ..

    ReplyDelete
  8. salam,

    Sedih sgt.bila baca tulisan anda ni, ........

    ReplyDelete
  9. manyak sedeh hoo..
    olang melayu sudah makan bak meeh!
    apa pasat ini macam cakap..?
    Lu nampak dia makan meeh...

    Tapi itu Zul siang2 cakap no no to umno bukan?
    Talak masuk Umno looo..

    hhamsaap punya cakap ini olang...


    Apek marah.
    p.s melayu jagan makan babi la..nanti halaga naik loo..

    ReplyDelete
  10. Bunyi macam kecewa aje penulis nie....
    Takpa laa... next election mintak PAS calonkan anda sebagai calon Ahli Parlimen Kulim bandar Baharu... Islam tak mengajar umatnya menghina orang lain...

    P/S : saudara jumpalah dengan YB Zul dan bincang laa baik-baik

    ReplyDelete
  11. Sapein, saya oghang kulim hi-tech...tak dengaq pun oghang maghah kat Zul...mungkin hang dok sembang dgn eng2 hang saja kot...mai sini sembang dgn kami.

    ReplyDelete
  12. Saudara Sapein,

    Saya orang Kulim. Lahir dan dibesarkan di Kulim. Duduk di Kg. Tunku Putra. Sekolah di SK Tunku Abdul Malik Kulim dan menengah di Sains Kedah Sg Petani. Lepas grad dan kerja, masih tinggal di Kulim. Tok, Mak Tok (dua-dua belah), emak dan bapa saya juga orang Kulim. Saya thoroughbred.

    Cara saudara menulis, saya boleh teka yang Saudara mungkin berhijrah ke Kulim selepas banyak taman-taman muncul di Kulim.

    Saya juga pengundi di Kulim. Parlimen KBB dan DUN Lunas.

    Saudara jangan tipu yang orang Kulim marah dengan YB Zul sebab saya orang Kulim tapi tak marah dengan dia. In fact saya lebih respect dengan dia sebab dah tinggalkan "Can I F*** U Today" Anwar.

    Saudara ni saya rasa jenis yang bebal politik tapi nak tunjuk hebat. Kalau dia letak jawatan, dia tak boleh bertanding dalam PRK yang akan datang. Lebih baik biarkan dia dan bila PRU akan datang, kita tengok samada dia masih diterima rakyat atau tidak.

    Saudara kata "rata-rata pengundi di Kulim ini menjadi amat marah". Siapa yang amat marah tu. Kalau setakat saudara dan juga geng-geng saudara saja, itu bukan kenyataan umum. Saudara patut tulis "rata-rata orang yang saya temui amat marah" dan bukannya membuat sweeping statement "pengundi Kulim".

    ReplyDelete