14.3.10

Himpunan pengundi desak Zulkifli Nordin

Pada 20-3-2010 ini akan diadakan satu himpunan pengundi P18 Kulim/Bandar Baru. Himpunan akan diadakan dihadapan Masjid Serdang dan akan berakhir di Dewan Dato Fadzil Noor dengan dihadiri oleh seluruh pengundi yang membantah tindakan khianat Zulkifli Nordin menyerang PR dan gagal menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen yang sepatutnya.Tindakan beliau yang selama ini membelakangkan dasar parti dan menganiaya para pengundi, para petugas serta PA beliau sendiri akhirnya membawa kepada pemecatan beliau dari PKR. Sikap Zulkifli Nordin yang suka berbohong dan mementingkan diri sendiri hanya membawa kerugian kepada pengundi Kulim/Bandar baru.
Pada malamnya 20-3-2010 akan diadakan ceramah di Markas PAS Cawangan Air Merah (Pusat Aduan Awam) bagi menjelaskan tentang pemecatan dan perangai Zulkifli Nordin yang sebenarnya. Para pengundi yang prihatin dan yang istikhamah dengan dasar Perjuangan PR adalah dialu-alukan menghadiri program bantahan dan ceramah bagi menunjukkan tanda sokongan kepada PR. Petisyen bagi mendesak Zulkifli Nordin mengosongkan kerusi Parlimen juga akan diedarkan.
Para Pemuda PR Kulim/bandar Baru adalah dijemput bagi menghadiri perjumpaan pada hari Rabu 17-3-2010 di Markas PAS Cawangan Air Merah dan seterusnya bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
Hebahan selanjutnya akan menyusul! Tunggu.

No comments:

Post a Comment