3.3.10

Apabila isu plagiat menjadi medan mencaci.

Yang mana satu betul. Apabila plagiat tanpa pengetahuan atau sengaja menjadikan plagiat sebagai bahan untuk meraih populariti. Timbul isu antara Al Banjari dan Ali Bagan Utama sehingga keluarnya posting yang mengecam antara satu sama lain. Dibangkitkan pula posting kisah lama yang mengecam peribadi blogger yang menyokong Pakatan. Bukankah itu satu isu yang menambahkan lagi cerita sensasi kepada para Blogger Umno untuk menghentam bahawa blogger Pakatan sedang berperang. Tiada kebaikan yang diperolehi hanya keburukkan yang dipaparkan.
Umpamakanlah bahawa perselisihan faham yang terjadi adalah sesama ahli keluarga. Selesaikanlah didalam rumah. Jangan perbesarkan sehinggakan jiran tetangga mengetahuinya. Bukankah ini akan memalukan diri sendiri sehinggakan menjadi bahan bualan jiran tetangga dan mendatangkan aib kepada diri dan keluarga kita. Adakah begitu besar isu plagiat ini sehingga perlu menghentam keperibadian seseorang. Bukankah sikap blogger ini yang terlibat dalam menyalurkan maklumat kepada umum untuk menjadikan isu memerangi BN-UMNO adalah lebih penting.Sebarang gambar yang boleh dijadikan isu sememangnya akan menarik minat pembaca dan kiasan penulisan akan membawa banyak makna. Tujuan blogger Pakatan samaada yang berdaftar ataupun individu yang menyokong Pakatan akan menjuruskan kepada sifat membenci Umno-BN. Itulah tujuan Blogger Pakatan. Tak kiralah seandainya ianya membawa perasaan tidak senang kepada penyokong Umno-BN. Biarlah kita bertanggungjawab dengan hasil kerja kita dan kita menulis untuk memberi pengetahuan tentang rejim Umno-BN yang korup ini.
Kalau gambar yang menjadi hak milik tidak dibenarkan kepada orang lain sila tulis begini" DILARANG MENGAMBIL APAJUA TERBITAN GAMBAR, TULISAN, ULASAN, KOMEN DARIPADA LAMAN BLOG INI. SEMUA TERBITAN TANPA KEBENARAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA SABITAN JENAYAH AKTA HAK CIPTA".
AKTA HAKCIPTA 1987 Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.
* Menjual salinan langgaran karya hakcipta; * Menyewa salinan langgaran karya hakcipta; * Membuat salinan langgaran karya hakcipta; * Mengedar salinan langgaran karya hakcipta; * Memiliki salinan langgaran karya hakcipta; * Mengimport salinan langgaran karya hakcipta; * Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta; * Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;
* Salinan langgaran adalah salinan cetak rompak.
Denda yang boleh dikenakan
* Bagi kesalahan pertama membuat, menyewa, mengedar, memiliki, mempamerkan, mengimport salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM10,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM20,000.00 setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
* Bagi kesalahan pertama membuat/memiliki alat perekaan untuk membuat salinan langgaran denda boleh dikenakan sehingga RM20,000.00 bagi setiap salinan langgaran atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya clan bagi kesalahan berikutnya denda sehingga RM40,000.00 bagi setiap perekaan atau 20 tahun penjara atau kedua-duanya.
Bukankah mudah sekiranya undang-undang yang ada dipraktikkan dan jangan jadikan UMNO sebagai idola anda kerana kalau kata UMNO makanya jenis yang tak reti undang-undang kerana undang-undang, para hakim, polis, adalah harta mak-bapak mereka yang punya.

No comments:

Post a Comment