29.4.09

Najib Menggadaikan Islam

Semakin ramai yang marah, meluat hingga hilang pertimbangan diatas keputusan Najib dan Kabinetnya. Keputusan yang dibuat terhadap pihak mualaf yang dihalang daripada mengislamkan anak-anak mereka. Apa hak najib dan kabinetnya dalam memutuskan perkara ini. Dimanakah para mufti dan pembela agama Islam dari Pemuda UMNO yang menentang keputusan ini. Sanggup Najib menggadaikan Islam demi politik UMNO dan BN yang semakin ditolak oleh rakyat. Adakah ahli UMNO yang ada ini tidak berasa sedikitpun marah ataupun sanggup menegur keputusan Najib. Nampaknya UMNO sanggup berbuat apa sahaja demi untuk terus memerintah. Dengan membelakangkan pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan Islam. Nanti dulu! Bukankah pihak Jakim terdiri dari ahli UMNO. Nampaknya semua mereka ini takut. Penakut. Bacul. Takut kehilangan pendapatan. Pihak mufti yang gah bercakap tentang menderhaka kepada raja adalah salah, senyap sahaja. Hatta program Jom Heboh yang diadakan di negeri beliau sendiripun tidak dapat dibantah apatah lah keputusan ini adalah keputusan PM najib yang sememangnya digeruni kerana sifat jahat dalam diam beliau. Nampaknya tiada apa yang boleh diharapkan dari PM Najib ini. Membela agama jauh sekali apatah dalam membantu individu yang baru memeluk Islam.Nampaknya dengan keputusan ini maka dapatlah ditawan hati penganut ugama lain. Maka akan kembali popularlah UMNO dan BN kepada rakyat yang bukan berugama Islam. Macamana pula dengan yang berugama Islam? Akan disokongkah lagi UMNO yang secara terangan mengkhianati Islam. Pilihanraya Penanti ini akan memberi gambaran tentang penolakan penduduk Penanti yang majoriti berugama Islam. Adakah ahli UMNO di DUN Penanti ini akan terus menyokong parti UMNO yang menjahanamkan Islam. Seandainya ada lagi penyokong UMNO yang terus mempercayai UMNO maka jelaslah hati mereka sudah hitam tidak dapat menerima cahaya Islam. Lupakanlah hal parti yang bertanding. PAS, PKR harus bergandingan untuk menewaskan parti UMNO yang umpama Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan dari parti Mustafa Kamal Attaturk. PERTUBUHAN KEBANGSAAN? Ada persamaankah mereka ini.Minta dijauhi oleh Allah.

16.4.09

DUN Penanti : Menanti Khairy Dan Najib

Bukit Gantang dah. Bukit Selambaupun dah. Bukit Lanjan tak menjadi kini UMNO dan BN akan terus menanti. Akan bangkitkah kembali UMNO di Parlimen Permatang Pauh ini. Datuk Jalil akan berkokok lagi atau akan ada muka baru yang akan bertanding disini. Akan adaberapa orang calon bebaslagi yang akan menjadi calon. Dun Penanti yang sememangnya amat sinonim dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim akan menjadi medan perhitungan lagi. Ayuh bekerja kuatlah kita selepas ini. Hidup PAS. Bangunlah Keadilan. Bersatulah DAP

8.4.09

Di Bukit Gantang UMNO Terlentang

. Hilang suarapun tak dengar. Cerita tentang derhaka, bagi tanah kat cina, Nizar boneka tenggelam bersama suara rakyat. Takkan tak paham lagi kot. Rakyat Bukit Gantang menolak UMNO dan BN. Pelbagai kaum terutamanya kaum cina secara total menolak Umno dan BN. Tadi masa makan kat Kuala Trong ada ternampak blogger BPN yang macam aku kenai. Sapa ya? Tapi tak apa lah kemenangan sudah tersurat sakarang ni kita tunggu apa titah Sultan Perak. Mahukah baginda bersama rakyat Bukit Gantang. ini ada ole ole dari Bukit Gantang semasa pengundian petang tadi. Menang sudah menang. Mana dia zambry keling, mana dia semail danok, mana dia najib tunya