5.2.11

Masyarakat peduli ke kalau Kerajaan Zalim?

Demo anti Hosni Mubarak dihadapan Bangunan Tabung Haji telah menunjukkan sikap sebenar polis di Malaysia. Hanya dengan arahan pihak atasan yang berkepentingan yang cuba menutup ruang demokrasi. Apakah salah sekiranya rakyat bangkit untuk menunjukkan sokongan kepada jutaan rakyat Mesir yang menolak pemerintahan Hosni yang selama tiga dekad yang penuh dengan kezaliman?.
Nampaknya pemerintah di Malaysia terutamanya Umno BN takut sekiranya penolakkan rakyat kepada rejim zalim di Mesir merebak ke Malaysia. Maka dipergunakannlah pecacai satu Malaysia yaitu polis yang merupakan raja Di Malaysia.Akan munculkah seorang pejuang demokrasi yang dapat membangkitkan semangat rakyat untuk melawan keganasan serta kezaliman pemerintahan Umno BN melalui pecacai polisnya melalui demonstrasi jalanan sehingga terjatuhnya kerajaan Umno BN?.
Parti Pembangkang sekian lamanya cuba mengambil pendekatan selamat yaitu dengan menyertai pilihan raya bagi mengambil tampuk pemerintahan negara yang sekian kalinya telah dimonopoli dengan penipuan oleh agensi suruhan kerajaan.Biarlah segala penipuan yang terlaksana ini diendahkan kerana rakyat yang sering digula-gulakan dengan wang dan ringgit akan tetap menyokong Umno BN. Tidak ada rasa gundah gulana,kesempitan ataupun rasa amarah oleh segelintir masyarakat terhadap kerajaan kerana mereka ini sentiasa memperoleh apa yang mereka mahu tidak seperti masyarakat luar bandar yang terus dimomokkan dengan kebendaan setiap kali menjelangnya pilihan raya baik yang kecil ataupun yang besarnya.
Apa lagi yang harus dilakukan untuk menyedarkan masyarakat kita ini bahawa kerajaan yang ada sekarang zalim dan memeras rakyatnya untuk kepentingan poket mereka sendiri. Cuba tanya masyarakat Melayu Felda dan orang kampung apa rasanya kalau tak ada duit untuk membeli baju raya?. Terukkan?
P/s tak boleh demo kalau raya.Anak-anak nak baju raya,kasut raya,duit raya depa demo kat rumah boleh ke?.