21.3.10

Demo desak Zulkifli kosongkan Kerusi P18

Rata-rata yang hadir dalam demo bantahan terhadap Zulkifli Nordin supaya mengosongkan kerusi Parlimen P18 adalah pemuda yang menjadi petugas pilihanraya 2008. Atas kesedaran sebagai tenaga yang menggerakkan jentera pilihan raya maka tanggungjawab untuk memberi mesej jelas kepada Si Zulkifli ini bahawa kemenangan yang beliau perolehi bukanlah kerana seorang individu yang bernama Zulkifli Nordin tetapi adalah kerana Parti yang menjadi tunjang kepada PR yakni dari Pas. Menurut kata Yang DiPertua PAS Kulim/Bandar Baharu Ustaz Hassan Razak Zulkifli Nordin akan kehilangan wang pertaruhan sekiranya bertanding atas tiket bebas.
Sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan beliau juga sedia maklum tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat dikawasan Kulim/Bandar Baharu ini akibat tindakan Zulkifli Nordin yang tidak mengambil peduli tentang masalah rakyat dan lebih suka berada dipejabat beliau di Kuala Lumpur. Kenyataan beliau bahawa beliau amat prihatin kepada masalah penduduk dan sering melawat kawasan adalah dianggap sebagai satu pembohongan.

No comments:

Post a Comment