10.3.10

Pengundi secara total menolak Zulkifli Nordin.

Kalau yang banyak-banyak ni yang komen kata Zulkifli Nordin tu baguih mai la Kat Kulim Ni tanya orang Cina Pekan Serdang ataupun orang India Ladang Sg Ular ataupun tanya Melayu Taman Kenari. Yang dia kata ada pejabat dia kat Taman Kenari tu aku round banyak kali dah tanya pun sudah tapi tak jumpa la lagi. Kot aku tak reti cari ataupun pejabat dia bawah tanah kot sebab tu la tak jumpa lagi.
Kalau Zulkifli Nordin nak perbodohkan orang yang baca Utusan Malaysia ka Berita Harian ka boleh la.Yang tu akhbar pembodek. Mai turun sendiri tanya pengundi dia kat sini. Jangan tanya yang belah Umno. Tambah lagi la kalau geng Abdul Aziiiz tu. Zulkifli dengan dia rakan sebantal. Sebab tu la sekarang ni Abdul Aziiiz tu sedang masuk jarum dok penaik nama dia sendiri. PKR tak baguih Umno baguih. Cakap saja Datuk Abdul Aziiiz boleh tolong. Tapi jangan lupa la plak masa pilihanraya ni pangkah saya.
Jangan jadi macam kat Baling tu sudah la. Duit ambil tapi dewan kosong.Macam kat sini

2 comments:

  1. Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)

    Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".


    Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ? Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.

    Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.

    ReplyDelete
  2. Saudara,
    Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

    Saya pengundi di Kulim dan mengundi YB Zul. Saya tak tolak YB Zul pun. Malah lebih respek sebab dia ada prinsip.

    Jadi apa yang saudara maksudkan "total" tu. Total tu maksudnya semua. Saudara dah buat bancian ka? Kalau saya dah tak tolak dia, maknanya bukan total lagi lah. Mungkin kena tukar "majoriti" dan lepas buat bancian mungkin saudara kena tukar jadi "penyokong PR" saja la kot.

    ReplyDelete