Kenyataan Awang Adek bahawa tindakan perlu diambil oleh pengurusan Bank Islam terhadap ketua pakar ekonomi mereka berkaitan dengan kenyataan bahawa BN akan memperolehi undi tipis pada pilihanraya ke13 nanti amatlah mendukacitakan. Ini seolah olah memperkecilkan peranan Azrul Azwar sendiri sebagai seorang pakar ekonomi yang berpengalaman dan diperakui pula sebagai pakar ekonomi yang berjaya dalam bidang beliau itu.
Kenyataan Awang Adek disiniSememangnya kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu tentang fakta ekonomi yang menyebabkan para pelabur hilang keyakinan tentang kemampuan kerajaan yang ada sekarang yaitu kerajaan BN untuk terus mentadbir negara.Dengan tekanan politik yang diberikan kepada beliau Azrul Azwar untuk menutup segala kepincangan yang berlaku menambahkan lagi kebenaran tersebut. Kenapa harus Bank Islam menuruti arahan politik yang sememangnya boleh mengancam kestabilan Bank Islam itu sendiri.
Update terkini.
Seperti diramalkan tindakan yang bersandarkan arahan serta keputusan yang berlandaskan politik dari Umno/Bn telah menyebabkan Pengurusan Bank Islam menggantung tugas beliau sebagai Ketua Ekonomi BIMB. Keputusan sebegini sememangnya mengundang masalah kepada pelabur serta bakal pelabur yang akan membuat sebarang kerjasama perbankan dengan BIMB. Ketidakpastian tentang keyakinan pelabur ini akan menjejaskan usaha dalam memperkembangkan Perbankan Islam di Malaysia bersama BIMB . Para pelabur mungkin akan melihat keputusan pengurusan BIMB ini yang dipengaruhi oleh arahan politik atasan akan membahayakan pelaburan mereka dan ketidak boleh harap dalam urusan bersama BIMB yang boleh dengan mudah dipengaruhi oleh arahan politik tanpa sikap professional yang dijelaskan dengan fakta serta ramalan analisis dari pakar mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment