14.1.13

Anak aku nak belajar percuma tanpa perlu pinjaman PTPTN



Bolehkah anak aku mendapat pendidikan percuma tanpa perlu meminjam dari tabung PTPTN. Kenapa perlu kerajaan mengadakan satu tabung yang dikhususkan kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi dan dikenakan pula faedah diatas jumlah yang dipinjam tersebut.Kemanakah perginya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang dibentuk dari pelbagai parti politik yang bergabung untuk membentuk sebuah kerajaan. Dari rakyat menjadi kerajaan dan kepada rakyat dipulangkan segala kemudahan dan kesejahteraan yang dibentuk.

Tetapi kenapa pula harus rakyat dibebankan dengan pelbagai cukai serta pinjaman yang membebankan demi untuk mengkayakan kroni dengan pelbagai universiti dan juga kolej swasta yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk khusus yang disediakan. Disini juga pelajar telah dimasukkan dengan pelbagai dakyah serta suapan minda yang melemahkan jiwa untuk mendapat sinar kebangkitan dalam meniti hari hari mendatang tanpa kebodohan dalm berfikir tentang kebebasan minda.
Dari Universiti dan Kolej ini juga telah disediakan profesor profesor yang jumud dan diasuh oleh gerombolan  yang menipu untuk kesenangan sendiri untuk meniupkan debu debu yang mendap kefikiran anak muda sehingga kelam tanpa nampak kebenaran serta cahaya kebangkitan. hanya segelintir sahaja yang mampu melepasi perangkap kepalsuan ini. Syabas aku ucapkan.

Jangan ingat mereka yang bergelar professor tu semuanya cerdik ada juga yang bodoh mindanya. Lembu dicucuk hidungpun akan melawan kalau sakit sangat. Tapi lembu ni bodoh tahap 8 ni. Saksikanlah .


No comments:

Post a Comment