6.5.12

Ahli Majlis Fatwa Pembodek-Dimana Silapnya

Hari ini setelah genap seminggu berakhirnya demonstrasi Bersih 3.o telah dikhabarkan berita gembira dari Para Alim Ulamak dipihak Kerajaan yang memerintah iaitu BN/Umno bahawa perhimpunan Bersih 3.o yang baru berlangsung itu adalah haram.Sebabnya adalah kerana membawa kemusnahan kepada harta benda awam,ganas dan niat menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui demonstrasi dilarang dalam Islam.
Adakah menjatuhkan kerajaan yang zalim yang juga dipilih oleh rakyat secara demokrasi melalui penipuan itu adalah haram. Bagaimanakah dengan kerajaan Mesir yang juga mengadakan pilihan raya yang dimenangi oleh parti pemerintah iaitu Hosni Mubarak yang diketahui berlaku begitu banyak penipuan. Adakah ianya haram. Tiada ulama tersohor didunia ini yang mengeluarkan fatwa bahawa ianya adalah haram. Begitu banyaknya nyawa yang terkorban,begitu riuhnya huru hara yang berlaku demi untuk menuntut kebebasan rakyat secara adil.Apa yang berlaku sebaliknya rakyat yang berhimpun secara aman telah dikasari dan dizalimi maka dari situlah timbulnya keadaan yang dikatakan huru hara.
Dengan kehadiran pelbagai kaum dari pelbagai agama menuntut agar demokrasi pilihanraya dilaksanakan dengan penuh keadilan bersih dari unsur penipuan yang sememangnya diketahui seperti daftar pemilih yang dimanipulasi,pemberian kad pengenalan kepada warga asing dengan tujuan untuk mengundi parti BN/Umno yang sememangnya boleh dibuktikan,penipuan undi pos serta daftar pemilih yang bertindih(pengundi hantu).Bukankah ini adalah haram yang sejelasnya.Dimanakah fatwa tentang haramnya perbuatan ini. Sememangnya diketahui Ahli Majlis Fatwa menerima gaji dan elaun serta anugerah pangkat kebesaran dari UMNO. Kemanakah lagi nak diberikan sokongan sekiranya tidak kepada Kerajaan BN yang memerintah sekarang ini. Walaupun jahat,zalim dan tidak beretika tetap juga diberikan sokongan. Biarlah kamu dengan fatwa kamu itu.Biarlah kami dengan alim ulama tok guru kami yang tidak mengharapkan pangkat serta kedudukan.Hanya keredhaan ALLAH yang dicari. Kita tunggu Bersih 4.0 nanti.Adakah nyawa para pendokong keadilan akan melayang. Seandainya itu berlaku demi ALLAH jihad melawan para munafik akan berlaku juga.
Biarlah pemimpin kami yang sepakat dalam menjatuhkan kerajaan yang korup lagi menzalimi rakyat memimpin kami. Kami tidak perlukan Ahli Majlis Fatwa yang seperti pelacur ilmu seperti kamu yang tunduk kepada tuntutan hawa nafsu pemerintah yang masih mahu meneruskan penipuan dan terus mahu membodohkan rakyat yang ahli Umno seperti kamu yang sudahpun bodoh.
Ayuh bangunlah anak muda bangkitlah kita dari lena untuk menentang kerajaan yang zalim ini. Turutilah kata wala' kita yaitu pimpinan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang merupakan ketua Parti Islam Semalaysia yang sentiasa berjuang untuk menegakkan Islam di Tanah Air Malaysia yang kita cintai ini. Andaikata jihad yang memerangi pihak Munafik yang diseru maka itulah jihad kita.
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam)

1 comment: