4.2.12
Kebarangkalian KUIN dibatalkan hampir nyata
Tidak akan seronok puak gerombolan selagi mercu tanda Kerajaan Kedah dibawah pemerintahan PAS yaitu Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling yang majlis Pecah Tanah tapak kampus disempurnakan Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah INSANIAH, Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Haji Abdul Razak, pada 18 Februari 2010 lalu dibatalkan pendaftarannya.Ini berikutan dengan protes supaya MB Ustaz Azizan untuk menolak akta yang dikenakan kepada Intitusi Pendidikan Swasta seterusnya membatalkan penggunaan akta tersebut keatas lima orang pelajar yang dikenakan hukuman berdasarkan akta tersebut.Tidak fahamkah SMM yang dikatakan suara majoriti mahasiswa yang kebanyakkannya berakal tetapi sempit pemikiran tentang strategi musuh politik. Segalanya seperti telah diatur disusun sebegitu rupa sebermulanya dengan protes pemindahan pelajar sehinggalah kepada satu tahap kesalahan yang amat serius. Tidak membacakah mereka yang dikatakan mahasiswa ini dari gerombolan SMM yang masih terus menentang MB Kedah kerana penggunaan Akta 555 AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
SWASTA 1996 .Musuh yang merancang strategi untuk melenyapkan pengaruh PAS dalam negeri Kedah ini semakin menghampiri sasarannya.Apakah yang akan terjadi kepada PAS seandainya kehendak SMM ini dituruti oleh MB Azizan.Bencana besar akan menimpa dan PAS akan dituduh sebagai sebuah parti Islam yang meruntuhkan dan menghancurkan terus sebuah pusat pengajian yang dibina oleh kerajaan negeri Kedah semasa dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah yang dikuasai oleh PAS.Cuba kita perhatikan salah satu sebab yang membolehkan KUIN dibatalkan pendaftarannya dan apakah yang sedang dipohon untuk dilakukan oleh SMM kepada MB Ustaz Azizan Razak.
AKTA INSTIT USI PENDIDIKAN TINGGI
SWASTA 1996
Alasan bagi pengkanselan pendaftaran
55.
(1) K etua Pendaftar boleh menyampaikan kepada institusi
pendidikan tinggi swasta suatu notis tentang niat untuk mengkanselkan
pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu jika dia berpuas
hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian atas
mana-mana alasan yang berikut:
(a) bahawa pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didapatkan melalui apa-apa pernyataan yang palsu
atau mengelirukan;
(b) bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat yang
dikenakan oleh Ketua Pendaftar;
(c) bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta
ini;
(d) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah
disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau
mana-mana undang-undang bertulis lain;
(e) bahawa disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu
tidak dikekalkan dengan sewajarnya;
(f) bahawa peruntukan perlembagaan institusi pendidikan
tinggi swasta itu sengaja diabaikan; atau
(g) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah
digunakan secara yang berlawanan dengan maksud
penubuhannya.
(2) Alasan di bawah perenggan (1)(a) hingga (g) adalah
sebagai tambahan kepada mana-mana alasan lain sebagaimana
yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta
ini.
Jadi apa perlu kita menurut kata mahasiswa yang entah dari mana letak duduknya yang tidak memandang tinggi pendapat seorang MB yang kita ketahui seorang yang adil, beramanah dalam segala urusan pentadbiran parti mahupun dalam urusan kerajaan negeri. MB Ustaz Azizan sudah tentulah akan melihat kehadapan akan sebarang kemungkinan yang membawa bencana kepada PAS amnya seandainya melibatkan diri dalam konflik KUIN yang sudah diketahui telah dimainkan peranannya oleh pihak pembangkang di Negeri Kedah ini. Syabas MB Ustaz Azizan Razak kerana berfikir di alam nyata tanpa menurut hawa nafsu yang melulu. Alhamdullillah kerana dikurniakan pemimpin yang matang dan bertanggungjawab seperti anda.Kita lihatlah nanti pada 12 Februari 2012 apakah pemikiran sempit mereka ini akan disokong ataupun tidak.P/S Ajaklah pemuda-pemudi mahasiswa ataupun belia yang cukup umur nu pi daftar mengundi dan jatuhkan Kerajaan UMNO/BN pada PRU 13 nanti. Selepas jatuhnya UMNO/BN hangpa(hang sapa-sapa) nak telanjang tengah jalanpun ada aku kisah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...
ReplyDeletebagi saya isu kuin ini sangat jelas...
ini bukannya masalah guna auku atau aipts 1996 saudara...
isu sebenarnya ialah ustaz azizan tak mau campur tangan dalam urusan kuin...
dia tak mau ikut perangai umno yang suka mencampuri urusan ipta...
kalau kita perhatikan, mereka yang marah ustaz azizan pasal tak mau campur tangan inilah juga yang marah sangat bila merasakan ada campurtangan umno kat uia haritu...
adakah mereka fikir kalau orang lain buat salah tapi kalau kita buat tak apa sebab orang lain buat jahat lebih banyak dari kita...
macam itu ke?
wallaahu a'lam bissawaab.
Salam,
ReplyDeleteperangai yahudi selagi tak ikut mereka tak senang
KLIK:PUSAT TUSYEN HIDUP KERANA GURU TAK BERKUALITI