21.8.11

Hj Azizi Hj Abdullah yang aku kenal

Segalanya bermula ketika era reformasi 98 dimana ketika itu ramai anak muda yang bangun menentang ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Era reformasi telah menyedarkan aku tentang kezaliman kerajaan pemerintah yaitu UMNO/BN.Aku didatangi oleh Allahyarham Azizi Abdullah ketika sedang kuat berkempen pilihanraya di Taman Selasih. Allahyarham telah mengajak aku untuk duduk dalam jamaah PAS bagi Cawangan Kulim Bandar pada ketika itu yang tidak mempunyai kalangan pemuda PAS yang ramai.Di markas PAS Kulim Bandarlah segalanya bermula dalam perjalanan aku sebagai ahli PAS.
Sikap peramah dan ambil tahu segala permasalahan yang berlaku dalam PAS cawangan dan peribadi yang suka membantu amatlah diingati.Setelah beralihnya pimpinan PAS Cawangan dalam pemilihin peringat cawangan aku dilantik sebagai Ketua Pemuda dan selepas itu juga sebagai Setiausaha PAS cawangan dibawah pimpinan beliau.Banyak yang aku belajar.Boleh dianggap beliau sebagai seorang bapa yang banyak membantu dan memberi nasihat dalam perjalanan organisasi PAS cawangan.
Sikap bertanggungjawab dan mahukan kesempurnaan dalam organisasi adalah sifat beliau yang amat aku kagumi.Aku juga bolehlah dianggap sebagai penasihat peribadi secara tidak rasmi selain dari menantu beliau dalam bab komputer rosak ni.banyak yang ingin aku pelajari dari beliau namun begitu kesempitan masa dalam bekerja membataskan pembelajaran aku.
Namun segalanya adalah dalam ketentuan Ilahi.Pemergian beliau amatlah dirasai.Ketika sakit dan terlantar dihospital beliau tidak jemu menulis dalam blognya.Sikap tidak menunjukkan rasa sakit dan kepayahan menghadapi kesulitan akibat dari kompilasi jantung dan yang terakhirnya buah pinggang telah mambawa kepada kematian beliau. Masih sempat juga dikirimkan sms bahawa beliau semakin pulih rupa-rupanya itu hanyalah kata-kata untuk menyedapkan hati. Disepanjang bulan ramadhan ini boleh dikatakan setiap hari aku teringatkan beliau dengan harapan pada hari raya nanti bolehlah diziarahi beliau.Namun segalanya telah berlalu. Allahyarham akan sentiasa berada dalam kenangan sebagai seorang guru seorang ayah dan seorang pejuang yang banyak berbakti kepada masyarakat baik dari penulisan mahupun bakti sebagai seorang ahli PAS seumur hidup kepada parti PAS.

1 comment:

  1. patah tumbuh hilang berganti....
    insyaALLAH perjuangan beliau akan diwariskan pd yg lain pulak...

    ReplyDelete