29.4.09
Najib Menggadaikan Islam
Semakin ramai yang marah, meluat hingga hilang pertimbangan diatas keputusan Najib dan Kabinetnya. Keputusan yang dibuat terhadap pihak mualaf yang dihalang daripada mengislamkan anak-anak mereka. Apa hak najib dan kabinetnya dalam memutuskan perkara ini. Dimanakah para mufti dan pembela agama Islam dari Pemuda UMNO yang menentang keputusan ini. Sanggup Najib menggadaikan Islam demi politik UMNO dan BN yang semakin ditolak oleh rakyat. Adakah ahli UMNO yang ada ini tidak berasa sedikitpun marah ataupun sanggup menegur keputusan Najib.
Nampaknya UMNO sanggup berbuat apa sahaja demi untuk terus memerintah. Dengan membelakangkan pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan Islam.
Nanti dulu! Bukankah pihak Jakim terdiri dari ahli UMNO. Nampaknya semua mereka ini takut. Penakut. Bacul. Takut kehilangan pendapatan. Pihak mufti yang gah bercakap tentang menderhaka kepada raja adalah salah, senyap sahaja. Hatta program Jom Heboh yang diadakan di negeri beliau sendiripun tidak dapat dibantah apatah lah keputusan ini adalah keputusan PM najib yang sememangnya digeruni kerana sifat jahat dalam diam beliau.
Nampaknya tiada apa yang boleh diharapkan dari PM Najib ini. Membela agama jauh sekali apatah dalam membantu individu yang baru memeluk Islam.Nampaknya dengan keputusan ini maka dapatlah ditawan hati penganut ugama lain. Maka akan kembali popularlah UMNO dan BN kepada rakyat yang bukan berugama Islam. Macamana pula dengan yang berugama Islam? Akan disokongkah lagi UMNO yang secara terangan mengkhianati Islam. Pilihanraya Penanti ini akan memberi gambaran tentang penolakan penduduk Penanti yang majoriti berugama Islam. Adakah ahli UMNO di DUN Penanti ini akan terus menyokong parti UMNO yang menjahanamkan Islam. Seandainya ada lagi penyokong UMNO yang terus mempercayai UMNO maka jelaslah hati mereka sudah hitam tidak dapat menerima cahaya Islam.
Lupakanlah hal parti yang bertanding. PAS, PKR harus bergandingan untuk menewaskan parti UMNO yang umpama Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan dari parti Mustafa Kamal Attaturk. PERTUBUHAN KEBANGSAAN? Ada persamaankah mereka ini.Minta dijauhi oleh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment