29.3.09
BuKit Selambau Medan Pertempuran.
Setelah 13 calon bebas mendaftarkan diri sebagai calon bagi Dun Bukit Selambau terdapat sebilangan pengundi yang berasa yakin PR akan tewas disini. Sebenarnya apa yang berlaku adalah selepas risikan dan pengumpulan pendapat yang dibuat kesemua calon bebas ini adalah yang diupah oleh pihak BN. Calon Melayu diupah oleh UMNO dan calon India diupah oleh MIC dan PPP.
Selepas tinjauan pendapat dan risikan boleh dikatakan hampir 60 peratus undi telah diberikan kepada PKR. Penduduk Bukit Selambau yang boleh dikatakan 90 peratus adalah pekerja ladang dan petani telah lama dipinggirkan. Dan selepas PAS memerintah Kedah dan Ahli DUN Bukit Selambau dilantik sebagai exco maka banyak pembaharuan yang cuba dibawa kesini. Tetapi oleh kerana tempoh perkhidmatan wakil Bukit Selambau yang singkat maka segala rancangan telah terhenti.
Sekiranya calon PKR berjaya memenangi DUN Bukit Selambau maka segala perancangan awal akan disambung semula. Penduduk mengetahui perkara ini kerana wakil rakyat yang sebelum ini sentiasa berhubung dengan penduduk dan amat dikenali oleh semua.
Dan sekiranya wakil bebas yang memenangi DUN Bukit Selambau maka mereka ini akan dibeli untuk menyertai BN, perkara tersebutlah yang tidak diingini oleh penduduk sekitar.
Wakil calon dari MIC sememangnya amat dikenali di DUN Lunas setelah memenanginya pada pilihanraya ke-11 2004 yang lalu. Ganeson dikenali dengan sifat sombong telah menipu pengundi Dun Lunas dengan umpanan untuk mendirikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan India di DUN Lunas tetapi tidak beliau tepati. Dan beliau juga amat sukar dihubungi oleh pengundi. Bukit Selambau dan Lunas tidaklah jauh. Penduduk Bukit Selambau yang hendak ke Kulim akan melalui Lunas terlebih dahulu. Jadi segala yang terjadi di Lunas akan mereka ketahui. Sebab itulah pengundi Bukit Selambau menolak sepenuhnya calon MIC ini sama seperti Dato V Saravanan pada pilihanraya yang lepas.
Bekas Menteri Besar Dato Mahathir Khalid sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk memenangi DUN Bukit Selambau maka segala perancangan jahat telah dibuat. Maka calon bebas ditaja bertujuan untuk memecahkan undi kepada PKR. Kes yang melibatkan kaum India di Malaysia masih menghantui mereka. Tidak akan ada undi kaum India kepada calon MIC. Rampasan Kuasa di Perak akan menyebabkan kaum Melayu akan berasa marah. Pengundi kaum Cina akan menolak BN secara total setelah apa yang berlaku kepada kaum cina di Perak.
Rasuah yang menjalar dalam UMNO terutamanya yang berlaku kepada Khairy Jamaludin akan menyebabkan ahli UMNO ahli MIC dan Ahli MCA akan berfikir dua kali bagi mengundi calon BN. Parti rasuah yang hanya membela golongan atasan BN tetapi rakyat bawahan dan ahli akar umbi diabai dan dilupakan.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat pada hari pengundian nanti .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment