31.5.09
Aku pi mengundi dapat apa?. Yang kaya depa saja.
Kemenangaan Dr Mansor memang sudah dijangka apabila melihat khemah Keadilan yang dikerumini oleh para pengundi pada waktu pagi dan petang tadi. Dan untuk makluman sememangnya para penyokong Pas dan Keadilan memberisokongan penuh kepada Dr mansor tetapi sekarang jumlah yang keluar mengundi amatlah rendah berbanding dengan tahun 2008. Ditambah pula dengan penyokong Umno yang memboikot pilihanraya kali ini.
Pengundi atas pagar juga banyak yang tidak keluar mengundi. Apabila ditanya kenapa tidak mahu mengundi jawapannya amatlah menyedihkan. Dapat apa kalau pi undi. Yang senang puak-puak depa la. Kami yang dok kerja siang malam ni tak dak sapa nak bantu. Mau tak mau kena cakar sendiri baru dapat makan. Dia tu mai bagi duit ka kalau kami pi undi dia. Puuh. Teruk sungguh mentaliti orang ni. Katanya lagi kalau sokong Pas Nik Aziz bagi kat adik beradik dia saja. Kalau sokong Umno Pak Lah Najib bagi kat anak-anak dia jugak. Aku dah dua kali tak pi mengundi. Betui ka dak apa yang aku kata. Kita dapat apa?. Aku? terdiam tak tau nak kata apa. Nak membantah kat sini tempat dia. Dengar saja la.
Siap boleh lapik tikar lagi. Begitulah betapa amannya Penanti pada PRK kali ini. Malu bila minta izin nak ambil gambar tu yang berpaling muka tu.
Gambar ni aku ambik masa kat Guar Perahu. Aku tanya bas apa ni. Takkan bawak pengundi hantu kot siang hari ni. Aku tanya orang kat situ depa kata tak tau mai mana. Rombongan dah batal tak tau la pulak kalau orang yang aku tanya tu pun tak tau apa-apa.
Yang ni orang kuat PR kat sini. Penyokong tegar dia ni. Rebus pun tak empuk (lembut).Dia sponsor makan dengan ais. Kira ok la. Makan lauk satu mata saja gulai daging dengan air mempelam. Dah perut lapar sedap gak makan.
Yang dok cekak pinggang posing depan kamera tu dia tak pi ngundi kot. Berniaga lagi baik. Pasai apa tak tau. Faham saja la na.
Amannya Negara Tanpa Umno-Penanti buktinya
Sekitar Pusat pengundian di Penanti umpama lepas perintah berkurung. Ramainya polis melebihi para pengundi. Nah sekarang terbukti siapa kah dalang sebenarnya dalam setiap kekecohan yang berlaku pada setiap kali berlakunya PRK. Pihak polis serta SPR harus sedia maklum akan keadaan ini. Jangan hanya menunding jari mengatakan pihak pembangkanglah punca kepada segala kekecohan.
Gambar-gambar sekitar pusat pengundian dan sekitar kawasan Penanti.
Kak Min! Hang tak dak tanjak la jadi YB
Berhari-hari aku dok perati Kak Min ni. Kempen sana kempen sini. Banyak la jugak tempat dia pi. Tapi yang paling aku nak tergelak masa dia pi kempen kat Kubang Semang. Ada suara kat belakang tu kata " Tak dak tanjak langsung nak jadi YB. Mami Penang ni jarum saja lebih". Maksud tak dak tanjak tu ialah tak dak ketokohan .
Mau ka tak dak dalam dok ikut dia berkempen tu sapa dia hangpa nak tau. Laki dia anak dia lepas tu ada la balaci yang dok tolong edar biodata dengan manifesto yang apa-apa tah. Kalu lalu kat tepi orang sapa pun tak peduli. Kesian la kat Kak Min ni. Banyak la duit dia kalau nak kena ada pilihanraya lain. Orang sponsor peduli apa kalau nak pilihanraya lapan kali lagi pun. Tu yang dia kata Wanita Umno sokong dia. Mana ada. Depa tu semua ahli Umno. Depa tu tak keluar mengundi esok ni. Boikot kata depa. Lepas tu ada la pulak mamat orang besar Umno Penang kata tak dak rancangan nak bawa pengundi pi melancong esok. Yang tu semua fitnah nak memburukkan Umno. Ni nak bagitau hang nak bohong kat sapa. Orang Umno yang bagitau sendiri rancangan hangpa tu. Tiba-tiba tak jadi pulak. Kecewa sungguh orang Umno kat Penanti ni. Tak boleh makan angin percuma.
Jadi kita tunggu la keputusannya besok berapa ramai yang nak keluar mengundi. Berapa Kak Min nak dapat undi. Mintak-mintak tak hilang wang pertaruhan sudahlah.
28.5.09
UMNOpun Komunis Ka
''Pengganas komunis adalah manusia yang kejam. Tiada hati perut dan apa yang mereka tahu ialah menguasai dengan kekerasan," kata Adam yang kini berusia 76 tahun di sini hari ini.
Demikianlah petikan dari Lans Koperal Adam Yaacob. Apa yang berlaku di Negeri Perak mengimbau kenangan semasa komunis bermaharajalela. Mengganas dan merampas kuasa dengan kekerasan. Tapi tak timbulpun sebarang bantahan dari para pejuang negara. Mungkin mereka ini seangkatan dengan Cop Kapal Layar dahulu. Adakah apa yang polis buat ketika menceroboh DUN Perak dahulu yang turut di bantu oleh UMNO tidak boleh dianggap seperti komunis. Dan sekarang UMNO dan polis marahkan PKM dan Chin Peng pula kerana keganasan yang dilakukan. Tidak akan dimaafkan PKM dan Chin Peng kerana sifat pengganas mereka itu dahulu. Dan adakah UMNO mahu rakyat Perak melupakan kekerasan dan keganasan yang mereka lakukan sehingga jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak?
Apa bezanya UMNO, Polis dan Komunis. Idealogi mereka adalah sama. Matlamat menghalalkan cara.
UMNO Komunis. Penderhaka kepada Negara. Nyah dari Bumi Malaysia. Terdirinya Negara Malaysia ini adalah bukan kerana UMNO semata-mata. Dimanakah nama para pejuang yang berjuang melawan British dahulu berada. Benarkah sejarah telah dimanipulasi oleh UMNO pihak yang memerintah?.Adakah hanya UMNO sahaja yang berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu?.
26.5.09
Kebaikan yang UMNO buat.Apadia haaa.
Kali ni aku nak tulis tentang apa yang dibuat oleh UMNO sememangnya mambawa kebaikan.Selalu yang buruk sahaja aku tulis. Tapi apadia haa?.Nanti sat aku nak pikiaq!
Memerdekakan Tanah Melayu dari kuasa British. Hanya UMNO sahaja yang berjuang dan tanpa menitiskan walau setitik darah Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British.
UMNO telah memperkenalkan DEB sehingga orang melayu menjadi kaya raya dengan memonopoli bidang perniagaan.
Kerajaan BN yakni UMNO telah membina semua kemudahan awam seperti jalan raya, sekolah, hospital, bekalan air, bekalan elektrik, tandas awam dan banyak lagi kemudahan untuk rakyat.Dengan menggunakan duit rakyat
Hanya Kerajaan UMNO membina masjid untuk rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa dan yang paling popular adalah Masjid KRISTAL.
Hanya kerajaan UMNO membina penjara. Dan yang paling popular didunia adalah penjara Kemunting yang sememangnya menjadi daya tarikan seluruh dunia.
Kerajaan BN yakni UMNO dengan bangganya telah memperkenalkan Loteri Kebajikan Masyarakat demi untuk membantu masyarakat yang susah.Dan sekarang digantikan dengan loteri yang berjenama lain apa dia nama dia tak tau (Saya minta maaf).Dan juga memperkenalkan pusat nombor ekor bagi menggalakkan rakyat bersukan dan meminati sukan seperti Magnum,Kuda dan Sport Toto.
Demi untuk memberi hiburan kepada rakyat Malaysia dan Masyarakat antarabangsa yang melawat Malaysia maka dibenarkanlah membina Kasino dan pusat riadah seperti disko, kelab malam, rumah urut, pusat dangdut, karaoke dan sekarang ini yang paling popular adalah yang dipanggil "clubbing".
Kerajaan BN yakni UMNO juga prihatin dengan masyarakat antarabangsa dan yang bukan beragama Islam. Demi untuk menjaga sektor pelaburan yang terunggul maka dibenarkan dibina kilang arak yang amat besar di Selangor. Ini adalah untuk memastikan bekalan arak sentiasa mencukupi bagi bekalan dalam negara.
Kerajaan BN UMNO juga dengan secara agresifnya telah menghantar anggota polis untuk mendapat latihan di Amerika Syarikat bagi menangani masalah militan. Dipercayai selepas PR12 2008 makin banyak militan yang dilatih bagi memerangi pihak kerajaan. Dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah berani menahan dan mengusung keluar Speaker DUN. Hal ini tidak pernah berlaku dalam dunia apatah lagi dalam zaman moden ini anasir jahat boleh berselindung dimana-mana. Tahniah.
Kerajaan UMNO jugaklah yang berani menonjolkan budaya Hendonisme dalam masyarakat. Kita ambil contoh budaya punk, black metal, mat rempit, bohsia, bohjan, kaki ragut dengan membenarkan filem-filem dan artis antarabangsa mempromosikan diri mereka di Malaysia ini. Banyaknya rancangan hiburan untuk remaja bagi menjauhkan diri mereka ini dari anasir yang jahat seperti berdemonstrasi, berpiket, dan menjauhkan diri dari berpolitik kerana akan terpengaruh dengan idealogi yang merosakkan seperti menjadi ahli parti politik yang berteraskan agama kerana khuatir akan menjadi golongan ekstrimis agama. Islam yang liberal sudah memadai. Islam Hadhari adalah anutan yang disokong oleh Kerajaan UMNO. Hidup Islam Hadhari.
Majlis bersosial sememangnya digalakkan oleh Kerajaan UMNO dan bagi menjayakan majlis ini Jom Heboh dan konsert-konsert terbuka dibenarkan. Ini bagi menggalakkan remaja perempuan dan lelaki bercampur gaul. Ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan bukan muhrim antara mereka.
Dan sekarang kerajaan UMNO telah berjaya menampilkan Mufti yang menyokong segala dasar kerajaan samaada yang baik dan semuanya yang baik sahaja. Lihatlah sekarang berbagai komen dikeluarkan bagi menjaga kepentingan kerajaan UMNO yang melakukan yang terbaik bagi kesejahteraan rakyat Perak dengan merampas dan menculik YB-YB di Perak dari anasir yang tidak baik yaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang jahat yang cuba menjaga kebajikan rakyat Perak yang jahat yang telah menyokong Pakatan Rakyat pada PR12 yang lalu sehingga tumbangnya Kerajaan UMNO yang baik yang menjaga kepentingan juak-juak UMNO yang baik yang merampas harta dari rakyat Perak yang jahat.
Berapa banyak baik daa UMNO Poodah chit.
25.5.09
Sekitar Kempen PRK Penanti
Calon bebas turut serta berkempen. Dengan diiringi para pembantu dan jurugambar beliau turut serta dalam kempen PRK DUN Penanti. Rata-rata pengundi yang ada disini merasakan satu kelainan dalam pilihanraya kecil kali ini. Tanpa kelibat UMNO bertanding suasana Penanti nampak seperti biasa. Tidak ada anggota polis yang terlebih sudu dalam mengawal keadaan berbanding dengan pihak polis yang terpaksa mengawal penyokong UMNO dan calon serta menteri yang datang untuk berkempen.
Kelihatan juga ahli Parlimen Ampang Pn Zuraida Kamaruddin turut serta membantu dalam kempen PRK Dun Penanti bersama Dr mansor di Pasar Malam Mengkuang Kuala.
23.5.09
Dr Mansor Othman : Kena Pandai Ambil hati
Pada hari pertama berkempen lokasi yang menjadi tempat utama sebagai prasyarat sama ada diterima atau ditolak pengundi adalah Guar Perahu. Bilik gerakan AMK terletak disini.Boleh dikatakan Guar Perahu merupakan kubu terkuat PAS dan PKR.Jadi bagaimana boleh dikatakan Dr Mansor masih belum selamat?. Setahun yang lalu YB dari PKR melalui perkara yang sama. Selesai sahaja penamaan calon pada sebelah petangnya lokasi yang sama dikunjungi. Pasar Malam Guar Perahu.Hanya sekali itulah yang dilihat. Semasa berkempen selepas itu tiada susulan bagi meninjau sekiranya ada sebarang masalah yang dihadapi oleh peniaga disini. Sedangkan rumah beliau hanyalah lebih kurang 100 meter dari Pasar Malam ini. Macamana saya tahu?. Setiap hari Sabtu selalu datang kesini berborak bersama rakan peniaga. Macam-macamlah cerita yang keluar. Hendaknya tidak terjadi lagi seperti yang sebelumnya.
Disinilah terletaknya pusat jualan para penduduk yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat tak kira UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC,GERAKAN. Penerimaan calon boleh dilihat dari keramahan pengunjung ataupun peniaga yang boleh dikatakan amat ikhlas menerima sesiapa yang mereka suka. Banyak pengundi dari saluran 1 disini. Boleh dikatakan banyaknya juga yang menyokong PR. Sekiranya Dr mansor yang dikatakan sebagai penyelidik sehingga lahirnya TEKUN bagi membantu peniaga bumiputra maka gunakanlah segala kepakaran yang ada bagi menawan hati pengundi disini. Janganlah hanya sekali menunjukkan muka dan selepas itu menghilang lagi. Banyak pasar malam terdapat di DUN Penanti ini. Disinilah tempat pertemuan rakan-rakan bersembang bercerita .
Janganlah pula hanya mengharapkan PR sahaja untuk bertemu masyarakat setempat. lain pula jadinya nanti. Masyarakat disini sememangnya mengharapkan YB yang senang dikunjungi bagi membantu sekiranya ada sebarang masalah dihadapi. Ziarahlah sebarang kenduri kahwin sekiranya dijemput. Ziarahlah sebarang kematian yang berlaku sekiranya dikhabarkan. Janganlah kerana terlalu sibuk batang mukapun tidak kelihatan. Sememangnya masyarakat tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kalau boleh makan tak apalah juga. Besok akan ada ruang lagi untuk Dr Mansor membuktikan diri.
Penamaan Calon DUN Penanti Tak Best
Gambar Dato Sri Anwar Ibrahim bersama calon Dr mansor serta gerombolan yang mengiring beliau masuk ke Pusat Penamaan Calon.
Dalam banyak-banyak hari penamaan calon yang paling tak best dalam dunia adalah di Penanti. Punya la tak sabar nak tunggu hari ini pukul 2.30 pagi dah tunggu. Berjaga la aku ni dengan penjual air dan abg bihun sup. Tunggu punya tunggu dekat pukul 9 pagi baru orang ramai mula datang. Tak best langsung.
Terasa sungguh kehilangan UMNO. Tiada meriah dihati tanpa puak-puak UMNO ni. kalau ada UMNO pun turut bertanding kan best. Baru la meriah. Rata-rata yang aku tanya sebab tak meriah majoritinya kata UMNO takdak nak meriah mai kat mana. Nak mengata kat sapa. Nak kutuk kat sapa. Jawab seorang kawan dia tu la ni aku kata kata kat hang lepas tu hang kata kat aku pula. Jawab seorang lagi tu mai kita pi kutuk polis baru best. Lepas tu meriah la sungguh...
Tengok la sendiri foto kat IKBN Jalan Berapit ni. Best ka tak best lu fikir la sendiri.
Macam kenal ja. Nampak macam tak sihat tapi kerana semangat datang jugak.
Orang jauh-jauh ja banyak.
Abang bihun sup dan abang tomyam yang lepak dengan aku.
Yang ni selingan saja. Bukan anak dia tu anak saudara dia la.
Kerusi speaker pun turut dibawa oleh One Black and the Gang.
19.5.09
MAFREL-ULAR PATUK TAK BISA
Bila MAFREL kata tak patut buat pondok panas sebab UMNO-BN tak bertanding kat Penanti jadi tak payah la buat pondok panas lagi. Jadi takkan MAFREL yang bebas ni pun nak jadi penyokong UMNO-BN jugak. Dia ni nak pantau PRK Penanti dan akan melaporkan jika PKR gunakan jentera kerajaan Penang kepada SPR dan SPRM. NI nak tanya sejak bila SPR dan SPRM dengar cakap MAFREL ni. Punya la banyak aduan dan laporan salahguna jentera kerajaan oleh UMNO-BN semasa pilihanraya yang lalu tapi SPR-SPRM tak pakaipun cakap MAFREL. Boleh ka kat PRK Penanti ni pihak SPR-SPRM nak dengar cakap mereka ni.
MAFREL NI BOLEH LA DIKATAKAN MACAM ULAR LIDI. PATUK TAK DAK BISA
18.5.09
UMNO Penang Gayat Naik Komtar.
Setiausaha Umno Penang Cikgu Azhar Bouncer kata Umno tak takut nak lawan PKR kat Penanti. Dia kata Umno ni parti yang kuat, ada sokongan rakyat. Pemuda Umno Bahagian kata Umno akan tetap bertanding. Jangan tak bertanding. Nanti tak masuuuk. Tapi bila pi tanya orang Penanti sendiri depa kata " kami tak mau Umno. Kami nak Pas. Tu yang Umno Bahagian Permatang Pauh kata PKR tak dak tera mana pun. Sebenarnya kalau nak kira BAB AHLI atau PENYOKONG kat Penanti boleh kata majoritinya orang Pas. Pasai tu kalau boleh depa semua ni nak calon Pas yang bertanding. Tapi bila TGNA kata Pas tak akan letak calon di Penanti sebab menghormati keputusan bersama yang dibuat semasa PR12 maka orang Penanti ni pun faham la. Maka PKR yang akan di sokong semasa PRK nanti.
Jadi la ni bila Najib yang takut bila cakap bab Pilihanraya kata Umno tak akan bertanding PRK Penanti maka putuslah harapan juak-juak yang nak dapat projek tu. Tapi tunggu dulu. Umno tak bertanding atas nama saja. Yang dia pi sponsor calon bebas tu buat apa. Orang Umno tu. Kalau orang Pas atau Pkr atau Dap tak sapa yang nak jadi calon bebas. Nak lawan parti PR. Takkan orang tak tau sapa yang nak jadi calon. Semua orang situ jugak. Pi mai pi mai jalan yang ada kat Penanti tu satu saja jalan utama. Tak dak orang lain dah orang situ jugak.
Tu yang kata gayat naik komtar tu pasai Bangunan Yayasan Aman tu pun depa nampak dah tinggi.
14.5.09
Seru Semua Rakyat Penyokong PR Buat Laporan Polis Terhadap Zambry Dan Konco-konconya
ADUN BN, Bebas buat laporan polis terhadap Sivakumar
May 14, 09 5:54pm
Seramai 27 ADUN BN dan tiga ADUN bebas di Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar yang didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan semasa persidangan DUN 7 Mei lalu.
Kesemua mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri, tiba di balai polis Sungai Senam di Ipoh pada jam 2.15 petang untuk membuat laporan mereka.
Exco Kanan Kerajaan Perak Datuk Hamidah Osman berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa esok, lapor Bernama
Ketua Polis Daerah Ipoh Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.-"Malaysiakini"
Takkan Polis tu berani nak ulas.Buat-buat ditukarkan ke pendalaman Sabah tak ka naya.
Kalau semua rakyat Penyokong PR membuat laporan polis keatas tindakan Zambry dan konco-konconya boleh pitam polis yang ambil report tu. Takkan tak sangkut satu atau dua laporan yang dibuat. Takkan berani polis tu nak tolak laporan keatas salah guna kuasa atau kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker Sivakumar dalam DUN. Lagi satu laporan polis terhadap Hamidah dilupa jangan bersabit salah guna kuasa apabila mencampuri dan mempengaruhi urusan polis tentang kes pukul terhadap warga Perak yang dibuat sebelum ini.
Perangai Macam Setan
Kalau dah perangai mecam setan tu buat baik pun tak guna. Orang dah tahu kejahatannya. Nak mengaku ketuapun tak mahu. Malu la.Dah tahu ada macam-macam cerita buruk tentang di ni. Tapi tak mengaku jugak. Dah tu penakut pulak tu. Takut nak adakan pilihanraya kecil seluruh negeri Perak. Kata terror. Hampeh pun takdak. Piraah.
13.5.09
Sekejap Ja Dah Berubah.Hakim Bacul.
Kalau nak di ingat tentang perjalanan mahkamah di Malaysia ni macam-macam bunyi ada. Semenjak terjadinya krisis pemecatan hakim pada tahun 80an dahulu sehingga kini tak pernah lene dari kontroversi. Sehinggakan timbulnya pita Linggam yang menjadi titik tolak kepada sejarah kejatuhan maruah di bidang kehakiman di Malaysia.
Hakim yang dibeli, hakim yang menurut kata pihak eksekutif, hakim yang menyokong pihak tertentu amat ketara sekali penglibatannya. Kita boleh melihatnya dari kacamata seorang rakyat yang prihatin dan boleh memikirkan kesimpulannya. Dalam kes Perlembagaan Negeri Perak dengan jelas penghakiman hanyalah boleh dikatakan sebagai memberi keputusan tanpa memberi kelebihan kepada sesuatu pihak sahaja. Maksudnya tiada yang menang atau yang kalah. Oleh kerana negara kita ini mengamalkan tiga peringkat mahkamah maka setiap pihak akan mendapat pengadilan yang boleh dikatakan tidak konsisten.
Kita ambil contoh Kes MB Nizar vs MB haram Zambry. Satu mahkamah dengan jelas mengatakan MB Nizar MB yang sah berikutan sebab yang telah diketahui. Ternyata memang benar pengadilan terhadap kes tersebut berdasarkan perlembagaan negeri Perak. Apabila rayuan dibuat oleh MB haram Zambry maka rayuan diterima hanya bersandarkan kes ini akan disemak semula. Kalau dah secara terang-terangan Perlembagaan Negeri Perak menjelaskan MB Nizar adalah MB yang sah adakah rayuan penangguhan yang diberikan kepada Zambry bertujuan untuk menyemak Perlembagaan Negeri Perak?. Mana mungkin terjadi.
"Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.
Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan )" Peguam PAS Hanipa Maidin
Keadaan istimewa yang dimaksudkan disini adalah (mungkin) Hakim Mahkamah Tinggi silap mentafsirkan Perlembagaan Perak. Kalaupun silap bagaimana dengan penghakiman yang lepas bukankah boleh diambil sebagai rujukan kes.
Sebenarnya yang berlaku sekarang ini adalah sikap hakim yang mengendalikan kes. Kalau boleh dibeli diugut maka akan jadilah kes yang sebegini. Kita lihatlah nanti jawatan apa pula akan dipegang oleh hakim ini sekiranya kes ini berjaya. Sebab itulah yang sepatutnya Tuanku Sultan lebih mempunyai hak dal kes ini. Mahkamah dengan secara jelas mengatakan DS Nizar MB Perak yang sah. Maka MB Nizar dengan berlapang hati memohon dibubarkan DUN supaya rakyat Perak dapat memilih kerajaan mereka sendiri. Biar rakyat yang tentukan. Kenapa perlu diikut cakap Najib. Najib sememangnya takut kepada PR. Dengan kekalahan yang bertimpa-timpa tidak mahu beliau kehilangan kredibiliti sebagai PM yang paling banyak tewas PRK. Dalam sejarah Malaysia belum pernah terjadi UMNO-BN tewas PRK sebegini banyak.
Semoga Tuanku Sultan perkenaan menghadap MB Nizar dan membubarkan DUN. Lebih cepat lebih baik sebab lepas ni PRK Penanti pulak. Banyak nak kena buat.
12.5.09
UMNO TERKEDU.MCM KENA H1N1
Datuk Sri Nizar yang mendapat kembali hak sebagai Menteri besar sememangnya harus dipuji. Dalam kepayahan mengharungi segala dugaan dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat Perak dan juga seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan pertelingkahan yang berlaku selama 3 bulan akibat kerakusan UMNO merampas kuasa akhirnya tanpa gentar mengembalikan hak untuk memilih kerajaan kepada rakyat Perak.
Seluruh negara merayakan kemenangan moral kepada PR. Apa yang penting demokrasi. Perbuatan yang dilakukan UMNO merampas tanpa memikirkan kesan yang diterima akibat perbuatan mereka amatlah merugikan. Mahukah rakyat menerima kembali UMNO secara keseluruhannya di Perak . Apa yang akan terjadi kepada malaun 3 ekor yang menjadi calon bebas dan menyokong Umno. Akan dicalonkan lagikah mereka ini pada pilihanraya kecil nanti. Tak jejak kakilah mereka ini di kawasan masing-masing. Kasut, terompah kayu akan menghujani mereka ini.
Kepada tiga ekor balaci UMNO yang digantung tugas harap bersabarlah. Lepas ni jangan lupa balik ke kampung masing-masing untuk melihat tanah yang diperoleh untuk bercucuk tanam. Ubi kayu ikan keli harganya mahal sekarang. Mungkin lepas ni boleh jadi petani pulak. Kerja kat opis dah tak boleh buat. Takkan nak duduk relaks sahaja. Nanti sakit-sakit pulak badan tu. Balik kampung nanti jangan lupa pi cerita kat orang kampung auta kamu tu. Yakinkan orang kampung kamu supaya pilihanraya nanti untuk undi UMNO. Jangan pula nanti silap-silap kena terajang tang muka. Sebabnya orang kampung kamu tu dah meluat. Kamu kata raja disanjung tapi yang kamu pi jerkah MB Nizar dihadapan Raja Nazrin tu kenapa. Nak sangat tunjuk perangai kurang ajar kamu tu.
Sekarang ni kita mengharapkan Raja Nazrin akan menerima mengadap MB Nizar bagi mendengar permohonan untuk membubarkan DUN. Dengan cara inilah sahaja maka akan dapat memakmurkan kembali negeri Perak dan mengusir anasir yang menjahanamkan perpaduan rakyat Perak.
Kepada Tuan Speaker yang sah diharapkan semoga tuan akan terus berusaha untuk mempertahankan kemuliaan dewan. Halanglah mereka yang tidak berhak untuk mengambil bahagian dalam sidang tergempar DUN yang diura-urakan akan diusulkan undi tidak percaya kepada MB Nizar nanti.
11.5.09
Alhamdulillah! Allahuakbar. Yang benar tetap benar
Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Sifat Umno yang jahat lagi tidak berakhlak (kurang ajar) menghempap muka Najib dan Zambry Kelingkia.Mana nak boh muka yang ditempek dengan kulit babi tu. Malunya seluruh tujuh keturunan Zambry orang tak habis nak cerita. Mati esok orang akan kata yang mayat ni yang dulu rampas kuasa MB Perak. Dia ni la yang dulu teringin nak jadi MB Perak sanggup buat apa saja. Dekat anak kat sekolah kawan-kawan akan gelakkan anak dia. OOii! Bapak hang dah tak jadi MB lagi. Tu la kami kata bapak hang MB haram. Hang tak caya. Hang tak malu ka bapak hang buat macam tu. Dekat cucu pulak kawan dia akan berkata tok wan hang dulu pernah jadi MB sat saja. Masa dia rampas kuasa. Hang tak malu ka ada tok wan macam tu. Tu la jangan sokong UMNo hang nak jugak. Dekat cicit dia lagi teruk. Tok nek wan hang dulu pernah jadi MB haram sat. Masa tu tok nek wan hang JOIN PARTI APA TAK TAU NAMA DIA.
Masa tu UMNO dah bungkus dah.
Dalam masa mahkamah membuat keputusan pasti akan terlintas di fikiran mereka tak mau tunjuk kata hakim ni masuk sebelah UMno maka depa ni bagi keputusan kata Nizar MB yang sah. Maka seronok la orang kita ni. Lepas ni ada persidangan DUN pulak. Barua yang 31 tu akan buat undi tak percaya melainkan Tok speaker Siva kita masih ada kuasa speaker maka dia kan suruh musibat yang 10 ekor tu keluar dewan. tak bolehlah depa ni nak buat undi tak percaya. Macamana pulak kalau Si Ganeson tu dok nak jadi jugak speaker? Payah juagak kan.
Yang paling utama ialah macamana nak terajang SUK Si Rahman celaka tu. Dialah anak haram besar. Kepala akal dok buat angkara. Lepas tu macamana nak tampaq kepala si bentara barua besar tu. Tak malu ka dok buat macam ni. Anak bini dia tak kata apa ka bapak depa dok jadi pak turut . Macam keldai kena tarik hidung.
Selepas ni rombak semualah yang ada kat DUN tu. Kita cari penyokong PR sahaja. yang lama kita tendang keluar buang. Dah dok tau depa la musuh dalam selimut. Jangan simpan. kalau tidak jadi balik la selepas ni peristiwa yang dah berlalu.
Apa kata Najib pulak lepas ni. Pilihan raya kecil yang besar seluruh Perak mungkin terjadi. Minta Paduka Sultan perkenankan sembah Nizar nanti.Insyaallah.
7.5.09
Hari Ini Dalam Sejarah: UMNO Tamat Riwayat PR13
Rasa seksa hari ini berlalu. Makan tak lalu kerja tak menjadi memikirkan apa yang akan terjadi dalam Sidang DUN di Perak telah terjawab. Inilah harinya UMNO telah tamat riwayatnya di hati rakyat Malaysia. Keganasan dan paksaan dan tidak menghiraukan undang-undang telah mamatikan UMNO dihati rakyat Malaysia. Rakyat keseluruhannya telah melihat bagaimana BN-UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi untuk berkuasa.
Pada hari ini juga tercipta dalam sejarah negeri Perak dan sejarah negara malaysia hatta sejarah dalam dunia bagaimana Speaker DUN diheret keluar bagi melantik speaker yang lain yang tidak diiktiraf tatkala masih terdapat speaker yang sedia ada. Mana mungkin terjadi satu pihak melantik speaker yang lain pada masa usul untuk memecat speaker yang terdahulu ditolak. Inilah Malaysia. Malaysia Boleh.
Sakit hati tidak terkira apabila terbaca dan melihat bagaimana pihak berkuasa sanggup menggunakan kekerasan bagi memenuhi selera BN-UMNO. Tidak terfikirkah mereka ini tentang halal dan haramnya perbuatan mereka ini. Dan terdetiklah dihati ini akan kemarahan kepada mereka ini. Tidak ku halalkan segala gaji dan pendapatan dari titik peluhku ini melalui cukai ataupun apa sahaja yang diambil untuk membayar gaji mereka ini. Mungkin nampak melalut ataupun tidak praktikal namun kemana sahaja cukai yang dikenakan keatas aku digunakan seperti membayar gaji pihak ini tidak ku halalkan didunia dan akhirat.Begitulah marahnya aku pada hari ini.
Hanya Allah Maha mengetahui betapa kecewanya dengan apa yang terjadi. Tetapi apakan daya aku ini hanya rakyat biasa. Kuasa yang ada hanyalah pada setiap kali pilihanraya.
Kepada pemimpin ku yang disayangi dari PR berjuanglah jangan berputus asa. Rakyat yang tahu menilai akan tetap bersama kamu semua.
1.5.09
Ahli PAS bersama tetap kepada Jamaah
Walaupun sekarang ini banyak pihak terutama orang UMNO mangkak yang mengadu domba antara PAS dan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti namun perpecahan tidak akan terjadi. Bukan keuntungan yang dicari tetapi memakmurkan parti. Walaupun banyak cerita yang timbul bahawa PAS Pulau Pinang ingin meletakkan calon pada pilihanraya kecil Penanti namun PAS Pusat tidak bersetuju. Inilah yang dinamakan berpegang kepada prinsip. PAS tidak akan sekali-kali menikam kawan dari belakang seperti yang UMNO buat kepada PAS dahulu. Melainkanlah PKR sendiri yang tidak mahu meletakkan calon mereka pada pilihanraya itu nanti namun calon sudah diumumkan bahawa PKR akan bertanding maka tak perlulah pihak lain merasa marah.
Pihak UMNO akan melakukan apa sahaja termasuk menghasut ahli PAS supaya memboikot gerak kerja parti bagi membantu jentera pilihanraya itu nanti sehinggakan ada blogger yang menyarankan ahli PAS supaya menyokong calon UMNO BN. Ahli PAS bukannya bodoh seperti ahli UMNO. Ahli PAS telah didik untuk berbaiah kepada parti dan patuh kepada UMARAK selagi tidak bersalahan ianya kepada ALLAH.
Rasa marah mungkin timbul pada sesetengah orang namun harus jangan dilupa PAS Kedah menang kerana sokongan semua pihak termasuk PKR dan DAP. Perjuangan PAS sekarang adalah untuk menjatuhkan UMNO BN yang zalim. Walaupun siapa yang bertanding selagi ianya bersama dengan PAS maka haruslah ditolong. Jangan sesekali berpaling tadah dari perjuangan hanya kerana ingin mendapatkan kuasa. Janganlah meminta sesuatu jawatan yang belum tentu dapat kita penuhi. Ada hikmahnya yang tersembunyi bahawa PAS tidak menjadi calon. Dapatkah nanti wakil PAS berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat seperti yang sebelumnya. Seandainya tidak maka akan dipandang hinalah wakil PAS tersebut. Diumpat dicerca dan ini akan mendatangkan rasa benci. Mungkin belum sampai masanya tetapi kita amat berharap akan menjadi kenyataan seperti ADUN Permatang Pasir yang ternyata amat dihormati.
Pihak UMNO sememangnya berasa amat iri hati dan gerun seandainya PKR dan PAS bersatu di Penanti. Amat susah mereka ini untuk memenangi kerusi Penanti dengan hanya bersandarkan kepada ahli UMNO sahaja. PAS Pusat sememangnya amat bijaksana kerana tidak meletakkan calon di Penanti kerana jika hal ini berlaku maka akan berpecahlah Pakatan Rakyat bukan hanya di Penanti malah diseluruh negara.
Bersyukurlah kita kehadrat ALLAH kerana kemenangan yang diberi dapat menonjolkan bahawa PAS mampu memerintah dengan penuh keadilan dan keberkatan.
Tak perlulah berpadu dengan UMNO selagi hukum ALLAH tidak ditegakkan. Walaupun Melayu namun mahukah kita menjadi seperti Mesir. Sesama Arab namun yang Arabnyalah yang diseksa dan didera seperti yang berlaku di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)