17.1.13

Piihanraya 23 March 2013?



Tarikh akhir sidang Dewan undangan negeri Johor yang bakal berakhir pada 21/2/2013 akan menjadi faktor untuk pembubaran parlimen yang akan dilakukan oleh PM Najib pada 22/2/2013 dan mengatakan pilihanraya akan berlangsung pada 23/3/2013. dari maklumat yang aku dengar dari org kuat Umno kawan kawan MB Umno la jugak Najib dah tak tahan dah dok gatai mulut nak ucap tarikh pilihanraya dah nuuuu

P/s dok menangis tak berlagu Sabah dah rebah.

15.1.13

Dua peguam ada hak saman. Perkasa tak mau mengamuk ka.



Dua peguam ada hak menyaman PM, TPM dan kerajaan Malaysia seperti yang dibenarkn oleh Mahkamah Rayuan kerana mempunyai locus standi akibat berlakunya diskriminasi keatas Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJK T).Berita disini 

p/s Sekolah Agama x da orng nak bela ka. Ni kalau masuk kes boleh dapat billion billion jugak ni. Dah nak dekat pilihanraya ni. Musti dapat punyalah

14.1.13

Anak aku nak belajar percuma tanpa perlu pinjaman PTPTN



Bolehkah anak aku mendapat pendidikan percuma tanpa perlu meminjam dari tabung PTPTN. Kenapa perlu kerajaan mengadakan satu tabung yang dikhususkan kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi dan dikenakan pula faedah diatas jumlah yang dipinjam tersebut.Kemanakah perginya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang dibentuk dari pelbagai parti politik yang bergabung untuk membentuk sebuah kerajaan. Dari rakyat menjadi kerajaan dan kepada rakyat dipulangkan segala kemudahan dan kesejahteraan yang dibentuk.

Tetapi kenapa pula harus rakyat dibebankan dengan pelbagai cukai serta pinjaman yang membebankan demi untuk mengkayakan kroni dengan pelbagai universiti dan juga kolej swasta yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk khusus yang disediakan. Disini juga pelajar telah dimasukkan dengan pelbagai dakyah serta suapan minda yang melemahkan jiwa untuk mendapat sinar kebangkitan dalam meniti hari hari mendatang tanpa kebodohan dalm berfikir tentang kebebasan minda.
Dari Universiti dan Kolej ini juga telah disediakan profesor profesor yang jumud dan diasuh oleh gerombolan  yang menipu untuk kesenangan sendiri untuk meniupkan debu debu yang mendap kefikiran anak muda sehingga kelam tanpa nampak kebenaran serta cahaya kebangkitan. hanya segelintir sahaja yang mampu melepasi perangkap kepalsuan ini. Syabas aku ucapkan.

Jangan ingat mereka yang bergelar professor tu semuanya cerdik ada juga yang bodoh mindanya. Lembu dicucuk hidungpun akan melawan kalau sakit sangat. Tapi lembu ni bodoh tahap 8 ni. Saksikanlah .


Bila Fakta Tidak Menyebelahi Mereka Inilah Jadinya




Kenyataan Awang Adek bahawa tindakan perlu diambil oleh pengurusan Bank Islam terhadap ketua pakar ekonomi mereka berkaitan dengan kenyataan bahawa BN akan memperolehi undi tipis pada pilihanraya ke13 nanti amatlah mendukacitakan. Ini seolah olah memperkecilkan peranan Azrul Azwar sendiri sebagai seorang pakar ekonomi yang berpengalaman dan diperakui pula sebagai pakar ekonomi yang berjaya dalam bidang beliau itu.
Sememangnya kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu tentang fakta ekonomi yang menyebabkan para pelabur hilang keyakinan tentang kemampuan kerajaan yang ada sekarang yaitu kerajaan BN untuk terus mentadbir negara.Dengan tekanan politik yang diberikan kepada beliau Azrul Azwar untuk menutup segala kepincangan yang berlaku menambahkan lagi kebenaran tersebut. Kenapa harus Bank Islam menuruti arahan politik yang sememangnya boleh mengancam kestabilan Bank Islam itu sendiri.
Kenyataan Awang Adek disini 

Update terkini.

Seperti diramalkan tindakan yang bersandarkan arahan serta keputusan yang berlandaskan politik dari Umno/Bn telah menyebabkan Pengurusan Bank Islam menggantung tugas beliau sebagai Ketua Ekonomi BIMB. Keputusan sebegini sememangnya mengundang masalah kepada pelabur serta bakal pelabur yang akan membuat sebarang kerjasama perbankan dengan BIMB. Ketidakpastian tentang keyakinan pelabur ini akan menjejaskan usaha dalam memperkembangkan Perbankan Islam di Malaysia bersama BIMB . Para pelabur mungkin akan melihat keputusan pengurusan BIMB ini yang dipengaruhi oleh arahan politik atasan akan membahayakan pelaburan mereka dan ketidak boleh harap dalam urusan bersama BIMB yang boleh dengan mudah dipengaruhi oleh arahan politik tanpa sikap professional yang dijelaskan dengan fakta serta ramalan analisis dari pakar mereka sendiri.


13.1.13

PM Najib, Utusan tipu warga India Semenyih

Gambar Malaysiakini

Kalau dah tak ada modal nak berkempen tu janganlah sampai menipu .Isu Kg Buah Pala yang dah lama selesai tu pun masih dijadikan modal untuk menipu. Apa cerita PR Semenyih tak nak buat pencerahan sikit ka kat pengundi kawasan kamu tu. Cerita Utusan Meloya macam ni Cerita Malaysiakini pulak macam ni.

Gambar sekitar HKR 112.


Layan saja la.Tak boleh ambil lebih lebih. Sakit kepala tahap gaban punya. Nak buka mata pon dah tak boleh.






L

12.1.13

HKR 112 dah bermula

Central Market.Jalan lenggang lenggang kangkung


Himpunan Kebngkitan Rakyat 112..Buku Kehadiran

Semangat membara sampai dah tak boleh buka mata nak bawa kereta.Mengantuk tak tau nak habaq dah.