4.2.12

Kebarangkalian KUIN dibatalkan hampir nyata

Tidak akan seronok puak gerombolan selagi mercu tanda Kerajaan Kedah dibawah pemerintahan PAS yaitu Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling yang majlis Pecah Tanah tapak kampus disempurnakan Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah INSANIAH, Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Haji Abdul Razak, pada 18 Februari 2010 lalu dibatalkan pendaftarannya.
Ini berikutan dengan protes supaya MB Ustaz Azizan untuk menolak akta yang dikenakan kepada Intitusi Pendidikan Swasta seterusnya membatalkan penggunaan akta tersebut keatas lima orang pelajar yang dikenakan hukuman berdasarkan akta tersebut.Tidak fahamkah SMM yang dikatakan suara majoriti mahasiswa yang kebanyakkannya berakal tetapi sempit pemikiran tentang strategi musuh politik. Segalanya seperti telah diatur disusun sebegitu rupa sebermulanya dengan protes pemindahan pelajar sehinggalah kepada satu tahap kesalahan yang amat serius.
Tidak membacakah mereka yang dikatakan mahasiswa ini dari gerombolan SMM yang masih terus menentang MB Kedah kerana penggunaan Akta 555 AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996 .Musuh yang merancang strategi untuk melenyapkan pengaruh PAS dalam negeri Kedah ini semakin menghampiri sasarannya.Apakah yang akan terjadi kepada PAS seandainya kehendak SMM ini dituruti oleh MB Azizan.Bencana besar akan menimpa dan PAS akan dituduh sebagai sebuah parti Islam yang meruntuhkan dan menghancurkan terus sebuah pusat pengajian yang dibina oleh kerajaan negeri Kedah semasa dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah yang dikuasai oleh PAS.
Cuba kita perhatikan salah satu sebab yang membolehkan KUIN dibatalkan pendaftarannya dan apakah yang sedang dipohon untuk dilakukan oleh SMM kepada MB Ustaz Azizan Razak.
AKTA INSTIT USI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996 Alasan bagi pengkanselan pendaftaran 55. (1) K etua Pendaftar boleh menyampaikan kepada institusi pendidikan tinggi swasta suatu notis tentang niat untuk mengkanselkan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat sedemikian atas mana-mana alasan yang berikut: (a) bahawa pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu telah didapatkan melalui apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan; (b) bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar; (c) bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini; (d) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; (e) bahawa disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu tidak dikekalkan dengan sewajarnya; (f) bahawa peruntukan perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta itu sengaja diabaikan; atau (g) bahawa institusi pendidikan tinggi swasta itu telah digunakan secara yang berlawanan dengan maksud penubuhannya. (2) Alasan di bawah perenggan (1)(a) hingga (g) adalah sebagai tambahan kepada mana-mana alasan lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.
Jadi apa perlu kita menurut kata mahasiswa yang entah dari mana letak duduknya yang tidak memandang tinggi pendapat seorang MB yang kita ketahui seorang yang adil, beramanah dalam segala urusan pentadbiran parti mahupun dalam urusan kerajaan negeri. MB Ustaz Azizan sudah tentulah akan melihat kehadapan akan sebarang kemungkinan yang membawa bencana kepada PAS amnya seandainya melibatkan diri dalam konflik KUIN yang sudah diketahui telah dimainkan peranannya oleh pihak pembangkang di Negeri Kedah ini. Syabas MB Ustaz Azizan Razak kerana berfikir di alam nyata tanpa menurut hawa nafsu yang melulu. Alhamdullillah kerana dikurniakan pemimpin yang matang dan bertanggungjawab seperti anda.
Kita lihatlah nanti pada 12 Februari 2012 apakah pemikiran sempit mereka ini akan disokong ataupun tidak.
P/S Ajaklah pemuda-pemudi mahasiswa ataupun belia yang cukup umur nu pi daftar mengundi dan jatuhkan Kerajaan UMNO/BN pada PRU 13 nanti. Selepas jatuhnya UMNO/BN hangpa(hang sapa-sapa) nak telanjang tengah jalanpun ada aku kisah.

3.2.12

Demi raja ku rela segalanya

Masihkah kita ingat lagi ketika isu gereja diserbu dan Jais yg menjadi tempat naungan kelompok umno yg mencari perlindungan dari kepupusan ?. Siapakah yg bersungguh sungguh mempertahankan tindakan tersebut walaupun pada ketika itu pimpinan Pas Pusat menjelaskan bahawa pihak Pas tidak bersetuju dengan tindakan menyerbu tempat ibadat penganut agama lain.
Bermula dari titik tolak itulah terjadinya pertelingkahan antara Hassan Ali dan Khalid Samad.Semua kita sedar bahawa Umno membayangi setiap langkah Sultan Selangor dan dengan kelebihan yg ada pada Baginda Sultan dalam bab menjaga Islam di Negeri Selangor maka Umno mengambil kesempatan keatas Hassan Ali dengan mempengaruhi setiap keputusan beliau dan ugutan yg mungkin ada ataupun tawaran sebagai MB sekiranya Umno berjaya merampas kembali Selangor maka pendirian Hassan Ali telah menjadikan beliau sebagi pendehaka kepada parti.Mana mungkin seperti yg kita ketahui Pas sebagai sebuah parti Islam yg berdaftar dan dikenali sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perlembagaan parti boleh kmengesyorkan ataupun mengambil sebarang tindakan tentang kemasalahan bab penganut Islam bertentangan pula dengan kehendak Islam?. Apa yang perlu adalah hak bagi mereka yang bukan penganut Isalm.Itulah yang diperintah oleh Allah sesuai sebagai seorang Khalifah yang diperintahkan untuk beramal dan berbakti kepada manusia.
Manalah puak puak Umno ini tahu bab yang ini.Maka Hassan Ali yang sebelum ini kita kita ketahui sudahpun termakan ugutan dan rayuan dari puak Umno yang berkubu didalam istana menjadi duri dalam daging kepada PR.Buta sangatkah Hassan Ali sebagai rakyat Selangor yang berkuasa tidak dapat melihat segala kebobrokan yang dilakukan oleh Umno dari dulu sampai sekarang dan yang paling mutakhirnya kes Khir Toyo.Itupun masih lagi Hassan Ali mahu bersekongkol bersama Umno yg bersarang dalam Istana?.Benarlah seperti yang dikata nafsu dendam amarah boleh msenghilangkan segala kebaikan.Semuanya kerana hasutan syaitan.Nampaknya Phd Hassan Ali tidak dapat menolongnya masuk kejalan menuju syurga.Sebabnya.Patuh kepada yang zalim dan dan tuli dari kebenaran mana nak nampak lagi dah jalan kesyurga.Paling lemah iman seseorang itu adalah dengan mengigunakan hati dengan tidak bersetuju kepada perkara kejahatan dan kemaksiatan.Kalau dah sampai masuk tv3 rtm dom tayang ucapan yang menyokong bahawa PR yang ada parti Pas bersamanya menolak Islam dan macam seperti mnyokong bahawa hanya Umno sahaja yang berjuang untuk Islam sedangkan kita tahu perkara yang sebaliknya.
Jadi kena balik mengaji kitab la.Aku cadangkan Hassan Ali yang terlebih pandai bab Islam sehinggakan ulama tersohor Malaysia pun kalah kerana kepandaian beliau datang mendaftar kat tempat anak aku yang berusia 4 tahun belajar Fardhu Ain.Mcm mcm ada.