21.8.11

Hj Azizi Hj Abdullah yang aku kenal

Segalanya bermula ketika era reformasi 98 dimana ketika itu ramai anak muda yang bangun menentang ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Era reformasi telah menyedarkan aku tentang kezaliman kerajaan pemerintah yaitu UMNO/BN.Aku didatangi oleh Allahyarham Azizi Abdullah ketika sedang kuat berkempen pilihanraya di Taman Selasih. Allahyarham telah mengajak aku untuk duduk dalam jamaah PAS bagi Cawangan Kulim Bandar pada ketika itu yang tidak mempunyai kalangan pemuda PAS yang ramai.Di markas PAS Kulim Bandarlah segalanya bermula dalam perjalanan aku sebagai ahli PAS.
Sikap peramah dan ambil tahu segala permasalahan yang berlaku dalam PAS cawangan dan peribadi yang suka membantu amatlah diingati.Setelah beralihnya pimpinan PAS Cawangan dalam pemilihin peringat cawangan aku dilantik sebagai Ketua Pemuda dan selepas itu juga sebagai Setiausaha PAS cawangan dibawah pimpinan beliau.Banyak yang aku belajar.Boleh dianggap beliau sebagai seorang bapa yang banyak membantu dan memberi nasihat dalam perjalanan organisasi PAS cawangan.
Sikap bertanggungjawab dan mahukan kesempurnaan dalam organisasi adalah sifat beliau yang amat aku kagumi.Aku juga bolehlah dianggap sebagai penasihat peribadi secara tidak rasmi selain dari menantu beliau dalam bab komputer rosak ni.banyak yang ingin aku pelajari dari beliau namun begitu kesempitan masa dalam bekerja membataskan pembelajaran aku.
Namun segalanya adalah dalam ketentuan Ilahi.Pemergian beliau amatlah dirasai.Ketika sakit dan terlantar dihospital beliau tidak jemu menulis dalam blognya.Sikap tidak menunjukkan rasa sakit dan kepayahan menghadapi kesulitan akibat dari kompilasi jantung dan yang terakhirnya buah pinggang telah mambawa kepada kematian beliau. Masih sempat juga dikirimkan sms bahawa beliau semakin pulih rupa-rupanya itu hanyalah kata-kata untuk menyedapkan hati. Disepanjang bulan ramadhan ini boleh dikatakan setiap hari aku teringatkan beliau dengan harapan pada hari raya nanti bolehlah diziarahi beliau.Namun segalanya telah berlalu. Allahyarham akan sentiasa berada dalam kenangan sebagai seorang guru seorang ayah dan seorang pejuang yang banyak berbakti kepada masyarakat baik dari penulisan mahupun bakti sebagai seorang ahli PAS seumur hidup kepada parti PAS.

Azizi Hj Abdullah meninggal dunia

Sebentar tadi ketika melalui dihadapan rumah beliau telah dikhabarkan bahawa Azizi Hj Abdullah telah meninggal dunia. Al Fatihah keatas roh beliau. Berita menyusul kemudian.
Gambar pengebumian Allahyarham Ustaz Azizi Abdullah

13.8.11

Baru dilantik - Zahid Hamidi Mufti Pulau Pinang

Zahid Hamidi - Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Mufti Pulau Pinang (MPPKP)
Tak boleh baca ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu subuh?
Mufti Kerajaan Pulau Pinang yang baru dilantik oleh Najib bagi pihak Kerajaan Persekutuan yaitu Al-Sheikh Zahid bin Hamidi hari ini membidas dasar kerajaan Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng kerana tidak membenarkan bacaan ayat-ayat suci AL-Quran diperdengarkan melalui pembesar suara sebelum masuknya waktu subuh. Fatwa yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang amatlah bertentangan dengan dasar Islam yang menggalakkan syiar Islam dari berkembang katanya.
Beliau seterusnya berpendapat bahawa sebarang fatwa baru yang dikeluarkan seharusnya dirujuk kepada yang DiPertuan Agong terlebih dahulu kerana baginda sebagai ketua agama.Baginda mungkin murka kerana tidak dimaklumkan akan fatwa yang dikeluarkan kerana tiada sebarang kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Wooi pelaq Umnongok aku nak tanya hang la hang sapa yang dok nak masuk campoq hal negeri orang. Awat kalau hang dilantik sebagai Pengerusi Umno Pulau Pinang hang ingat hang boleh ambik tau ka pasai urusan hal ehwal bab fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ni. Awat hang tak bagi tau kata ada fatwa yang larang orang Islam terlibat dalam bab perjudian dan arak nu. Bagi tau la kat Yang DiPertuan Agong kata Kerajaan Kelantan mengharamkan sebarang lesen untuk premis perjudian di Negeri tersebut. Bagitau la jugak kata Lim Guan Eng tidak membenarkan lesen perjudian bolak sepak di Negeri Pulau Pinang ni.Hang makan kedarah la duit hasil judi,hasil arak sampai boroi perut hang tu. Umno kalau bab tang syiar no 1. Kalau bab syariat dok bawah tapak kaki la jawabnya.
Nampak gayanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang kena ikut jejak Sarawak yang tidak membenarkan individu yang tertentu dari dibenarkan masuk ke Negeri Sarawak. Zahid hamidi ni antara orangnya.
Nak tunjuk pandai tak bertempat.Bodah yang tak boleh diajar. Kalau hang Zahid Hamidi bodoh,jahil bab agama duduk diam-diam la.Jangan dok buat pandai. Nampak sangat yang hang ni tak belajaq agama.Bodoh macam babi dalam kandang.
Rujuk la dulu cakap ORANG YANG PANDAI BAB AGAMA ISLAM.