29.12.10

Ala ! Selangor dengan Perak sama saja.

Perlantikan Khusrin tidak boleh dicabar-Istana Selangor Agak-agak la pasai apa. Aritu dah tulis skrg nak kena tulis lagi ka.PR ni punya la layan rakyat bagai nak rak.Rakyat sukalah sangat.Lepastu PR menang pilihanraya.Tup-tup datang si mangkak Khusrin pecacai Umno ni buat onar. Jarum sikit kat Sultan macam kes MP pompuan masuk surau aritu lepas tu Sultan murka. Diarahkan MB masuk mengadap.MBpun kena sound sikit.Lepas tu Umnopun mula la buat sial. Lampu ijau dah dapat dari Sultan. Tunggu apa lagi. Makin naik tocang lah.Maka runtuhlah sebuah lagi kerajaan rakyat.
Jalan cerita lain sikit la dari Perak nu. Cuma tujuan lantikan Khusrin sama saja. Tunggulah kita.
Malas nak tulis panjang-panjang.Sakit ati la.

28.12.10

Sudah-sudahlah Gobala.Anda tak perlu kecewa.

Sebenarnya anda adalah individu yang diangkat oleh rakyat yang faham bahawa BN sememangnya parti yang sedang mereput.Sejak sekian lama anda berdiam diri dan memberikan sepenuhnya kesetian tak berbelah bagi kepada parti.Dan mengapa kini perlu ada luahan ketidakpuasan hati diatas pemilihan parti yang tidak memihak kepada anda. Tak perlulah secara terbuka mengkritik kepada Anwar Ibrahim yang pastinya akan memberi kesan yang buruk kepada personaliti anda.Anda dikenali sebagai individu yang kuat bekerja untuk pengundi dan untuk parti. Jangan kerana ketidakpuasan hati anda akan membuka peluang kepada UMNO-BN yang sentiasa menunggu masa untuk meratah dan memperlekehkan PR.
Buatlah kerja seumpama menarik rambut secara lembut dari dalam tepung nescaya semua akan mendapat kebaikan darinya.Saya yang secara peribadi sentiasa mengikuti perkembangan anda didalam Kawasan Parlimen anda dan sekaligus sebagai penyelaras bagi menggantikan Zulkifli Nordin yang belot amatlah mengharapkan yang terbaik daripada anda.Diamkanlah diri dan mintalah nasihat dan pendapat bagi meredakan kemarahan anda.
Apa salahnya kalau pendapat Tok Guru Nik Aziz diambil kira.Mungkin ada kebaikannya.

27.12.10

S/U! Ada pasai la.Takkan tak tau barua ni sapa punya

Mr Khusrin Barua yang dipaparkan ini sememangnya diketahui sebagai pecacai Umno.Semenjak azali lagi dek kerana pangkat ataupun nak meningkatkan darjat sebagai orang penting dalam negeri Selangor maka Mr Khusrin ini sanggup berbuat apa sahaja. Semaklah kembali setiap kontroversi bab agama yang berlaku selepas kemenangan PR di Selangor. Semuanya ada kaitan secara langsung dengan Mr Khusrin ni.
Tau-tau sekarang ni ada hati pula nak dilantik sebagai SU Kerajaan negeri. Agak-agaklah sebab apa. Kalau dalam bab agama habis tunggang-langgang jadinya PR di Selangor tiba-tiba masuk pula dalam bab pentadbiran negeri. Tahukah anda apa yang akan terjadi nanti. Hancurlah jawabnya.
Jadilah macam negeri Perak nun. Tuan empunya negeri pun dah dekat nak sama.Maka satu lagi siri rampasan kuasa akan berlaku kelak. Selepas pembubaran DUN untuk PR 13 mangkuk nilah yang akan mencaturkan setiap langkah DUN. Pandai Umno main chess. Cepat-cepatlah ambil tindakan. Protes tu penting. Bilik kecil kat tepi toilet tu siapkanlah cepat. Meja kasi cantik. Aircond kasi kuat sikit.
Sampai masa nanti karpet jingga jangan lupa.Hamparkan untuk si musibat ni.

22.12.10

Awat dia ingat dia saja pandai?

Minda intelek Melayu. Dr Novandri Hasan Basri.
Antara orang Melayu yang tercerdik akal dalam Tanah Melayu ini.Tak dapat disangkal lagi beliau seorang yang terpelajar. Ada pangkat Dr la katakan. Belajar tinggi-tinggi duit habis beribu.Nak makan duit berubat orang tak la cukup pun.La ni banyak la orang yang dah tak pi jumpa doktor semuanya pi jumpa bomoh. Sebabnya banyak orang Malaysia dah tak berapa cerdik. Ramai yang dah dok sokong Pakatan Rakyat. Sebab tulah menteri umno boleh kata Ahli Parlimen Pakatan bodah dan gila.Bila dah nak berubat org dah tak laku maka atas vanpun jadilah merata pelusuk kampung dia masuk.Bukannya nak berubat orangpun sangat tapi dok kempen suruh sokong umno banyak la.
Bila rencana Dr ni disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia tipu Melayu.... maka dicananglah seluruh Tanah Melayu ni kata Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina tu mempertikaikan kerakyataan orang Melayu di Malaysia. Dia ni memanglah Dr tabik la aku tapi akai sempit mcm pokok daun karapole.Kalau nak buat gulai baru dipakai kalau tak reput la kat situ. Kering tak boleh digunakan lagi.
Hang kalau nak sokong Umno tu berpada-pada la. Jangan dok perbodohkan rakyat malaysia terutama Orang Melayu.Aku ingat hang ni kalau tak dak Umno mampuih kering macam daun karapole tu la. Tak boleh cari makan la jawabnya.Kalau nak harap duit orang berubat payah la sebabnya bil rawatan la ni mahal. Mau tak mau kalau sakit orang berebut pi jumpa bomoh maklumla kebanyakkan orang Malaysia la ni dah tak berapa cerdik dah tinggal orang Umno saja yang dikategorikan sebagai golongan intelek.Umno tu kan Melayu. Tapi geng mamak tu pun Melayu jugak ka.?.Jangan jadi kerbau dicucuk hidung lebih baik jadi manusia yang ada akal dan berfikir dengan berpandukan hukum.
Kalau baca blog dia berapi-api la komen tapi komen gang pecacai saja la.Siap ada kenyataan dari Majlis Raja-Raja lagi. Tapi dia lupa siapa yang dok memperbodohkan Raja-Raja Melayu.Siapa yang mempertikaikan Hak Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. Siapa yang menderhaka kepada Raja Melayu. Siapa yang menghina Raya Melayu.Siapa yang merampas hak bahasa Melayu. Siapa yang menjual hak Melayu.Siapa yang menjual Tanah Melayu kepada Singapura.Siapa jugalah yang merampas hak keistimewaan pelajar Melayu dengan digantikan dengan PINJAMAN. Mana dia biasiswa yang menjadi hak istimewa pelajar Melayu.
MENGAJI PANDAI TAPI PANDAI KOT LAIN. PANDAI DOK MENIPU ORANG MELAYU. HANG NI LAYAK JADI BROKER SAJA LA. BROKER TANAH KA, BROKER PASIR KA MAU TAK PUN JADI AGEN KUTIP DUIT KUT.

8.12.10

Apabila Sultan Perak Bertitah

Titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah jangan jadi penderhaka kepada bangsanya sendiri apabila Melayu mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu amatlah janggal. Adakah baginda sedar bahawa berapa ramai orang melayu yang hilang hak keistemewaan hatta baginda sendiri telah hilang hak keistimewaan sebagai Raja Melayu angkara perbuatan Melayu sendiri.
Angkara siapakah yang melucutkan hak keistemewaan Raja-Raja Melayu. Angkara siapakah tanah Melayu di Negeri Perak yang hilang terlepas ketangan bangsa bukan Melayu. Janganlah baginda hanya terperap didalam istana dan sekadar mencemar Duli berangkat kemajlis yang diaturkan dengan penuh gilang-gemilang dengan karpet dan alasan yang berwarna kuning sahaja. Jenguklah jalan yang berputar pusing ke Cameroun Highlands yang dipenuhi hutan tebal dan rumah beratapkan daun dan berdindingkan buluh. Siapakah mereka itu. Melayukah ataupun bukan. Dimanakah hak keistemewaan mereka?. Ampun Tuanku kerana menyembah sembah derhaka kerana tulisan sebegini. Tetapi itulah realitinya.
Melayu yang manakah yang menganiaya Melayu sendiri?. Sehingga tergadai tanah Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu di negeri yang mempunyai Sultan Melayu. Apa kuasa Sultan untuk menyekat kebobrokan ini. Dimanakah kuasa keistimewaan Sultan dinegeri Melayu ini?.